Tuesday, May 12, 2015

Video Anjing Berkawan Dengan Tikus Viral!!

Kebiasaannya kita dengan kisah anjing berkawan baik dengan tuan ataupun kucing. Namun lain pula kisah kali ini yang mana seekor anjing berkawan rapat dengan seekor tikus. Seperti yang kita tahu, tikus bukanlah satu haiwan yang senang untuk dijinakkan lebih-lebih lagi spesis tikus liar. Mickey Alice Kwapis bagaimanapun telah memuat naik beberapa keping gambar dan video menerusi akaun Instagram khusus untuk peliharaannya. Instagram tersebut memaparkan gelagak-gelagak haiwan peliharaannya iaitu seekor anjing jenis Dutch Shepherd diberi nama Osiris dan tikus yang merupakan kawan baik anjing tersebut, Riff. Akaun tersebut juga sudah popular di kalangan netizen sehingga mempunyai pengikut mencecah 16 ribu orang. Dilihat pada gambar-gambar serta video, kedua-dua haiwan peliharaannya itu sangat mesra sesama mereka dan berkawan baik.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.