Friday, January 6, 2017

perh!!Tikus Dalam Mesin Pemanas Makanan 7 Eleven

Rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven memohon maaf ekoran kejadian tikus memasuki mesin pemanas makanannya di premis itu di Kelana Center Point, Petaling Jaya.Bagaimanapun, 7-Eleven menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah kejadian terpencil. “Kami telah mengadakan siasatan dalaman kami sendiri dengan segera dan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Daerah Petaling mengenai perkara tersebut,” kata 7-Eleven dalam kenyataannya di Facebook. Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 2 Januari lepas. Gambar tikus itu dirakam berada di atas sosej di dalam kedai berkenaan. Dalam kenyataan itu, 7-Eleven berkata pihaknya mempunyai jaminan kualiti audit dan langkah kawalan serangga atau binatang perosak untuk mencegah kejadian tersebut dari berlaku. “Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting kepada kami dan kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit. “Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.