Wednesday, December 21, 2016

Polis Berjaya Tahan 2 Suspek Kes Rogol

Semalam, dua lelaki termasuk suspek kes rogol ditahan polis selepas berlaku pergelutan dalam kejadian di Kampung Tepi Sungai, dekat Tanah Merah. Dalam pada itu, suspek kes rogol berusia 27 tahun yang juga pemandu kereta jenis Proton Iswara dan penumpang, 34, ditahan pada jam 5 petang oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, Ketua Polis Daerah Tanah Merah menyatakan bahawa sebelum ditahan, dua lelaki itu cuba melarikan diri apabila polis cuba menahan dan mereka bertindak melanggar dua kereta Proton Waja yang dinaiki anggota polis terbabit. “Anggota polis terbabit kemudian keluar untuk menyerbu kenderaan suspek dan dalam usaha itu, mereka bertindak agresif. Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan kereta suspek sebelum menahan mereka” jelasnya hari ini. Menurutnya, polis merampas lima biji pil eramin 5, dua biji pil kuda dan satu tiub mengandungi dadah jenis heroin. “Polis turut merampas sebilah pisau, sebilah parang dan sebilah pedang yang ditemui di dalam kenderaan mereka” katanya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB), Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952” katanya lagi.

Tips Elak Hilang Wang Dari Kad Debit Baru Tarik Perhatian Netizen

Seperti yang kita semua tahu, bermula Januari depan semua kad debit dan juga kad kredit akan menggunakan sistem sekuriti PIN, menggantikan tandatangan.Ini kerana supaya keselamatan pemegang kad debit/kredit dapat dipertingkatkan. Ada sesetengah negara seperti Australia telah pun menggunakan sistem PIN ni. Jadi jangan pelik kenapa mereka minta masukkan PIN jika ingin lakukan sebarang transaksi di luar negara. Meskipun anda telah tukar Debi Kad baru, anda boleh menggunakan RM250 ke bawah tanpa masukkan PIN. Tapi jikalau kad kredit anda hilang, macam mana anda nak atasinya? Lelaki yang bernama Anwar Badroldin telah memuat naik posting berkenaan dengan tips bagaimana nak mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru melalui akaun Facebooknya. Dalam pada itu, posting tersebut mendapat 17.8 ribu share dan 6.4 ribu like di laman Facebooknya.

Monday, December 19, 2016

Menggelikan!! Kongsi Pengalaman Meraba Dalam Buaian Pusing

Trend memuatnaik rasa cinta dan sayang antara pasangan kekasih nampaknya sudah semakin menular kepada memuatnaik perbuatan romantik dan kadangkala lucah dalam kalangan mereka sehingga tidak terkawal. Aktiviti berdua-duaan di bilik hotel, memuatnaik gambar selepas mengadakan hubungan kelamin termasuk memuatnaik status berbaur lucah. Di media sosial Facebook, tersebar gambar sepasang kekasih pergi bersama-sama ke pesta tempatan atau “‘fun fair” yang selalu diadakan di bandar-bandar kecil dengan pelbagai permainan serta tarikan disediakan. Si wanita berbangga menceritakan bahawa mereka berdua menghabiskan masa berdating di fun fair sambil menaiki buaian pusing atau ‘ferris wheel’ sambil berkongsi bahawa mereka berdua melakukan perkara tidak senonoh. “Berdating dengan kesayangan dekat fun fair, meraba dalam buaian pusing. “Ada rezeki Ahad jumpa lagi, maybe last (akhir) tunggu cuti semester kita jumpa lagi,” kata si wanita.
Pastinya perlakuan wanita remaja ini tidak diketahui oleh keluarganya kerana kebiasaan ibu bapa tidak mahu masuk campur urusan peribadi anak-anak mereka terutamanya apabila melibatkan akaun media sosial mereka. Pada mereka anak-anak yang sudah dewasan amat pandai menjaga diri mereka sendiri dan pandai menjaga maruah serta harga diri. Persoalannya, jika perkongsian sebegini disebarkan oleh rakan kepada wanita itu yang tidak bertanggungjaab dan menyebarkannya ke serata media sosial, wanita itu pasti akan berasa malu dengan dirinya sendiri.

Saturday, December 17, 2016

Hati2 Semua!!!Mentol ‘Ajaib’ Rakam Video Bogel Wanita

Golongan gila seks mengunakan berbagai cara untuk memuaskan nafsu mereka yang sememangnya pelik dan menakutkan. Para wanita dinasihati berwaspada susulan penjualan kamera intip (spy camera) berbentuk lampu mentol ‘ajaib’ dan rantai kunci bagi merakam video bogel wanita secara sulit di hotel dan tandas. Kamera intip itu dikesan boleh diperoleh dengan mudah oleh ‘kaki skodeng’ di pasaran pada harga serendah RM50 sehingga RM100. Golongan lelaki gila seks dikatakan meletakkan kamera intip model baru itu di rumah atau bilik hotel untuk memerangkap mangsa. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, kamera intip itu turut digunakan pihak tertentu untuk memeras ugut dan menindas mangsa. Dalam kes terbaru, seorang wanita membuat aduan diperas ugut teman lelaki selepas kegiatan seks mereka dirakam tanpa pengetahuannya. “Mangsa yang mahu memutuskan hubungan sebaliknya diugut suspek yang mahu menyebarkan rakaman video itu di media sosial. “Tindakan itu menyebabkan mangsa berusia 20-an berasa malu dan tertekan. Dia bimbang ketelanjurannya itu diketahui rakan sepejabat dan keluarga,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu. “Memang tiada siapa menyangka objek menyerupai lampu mentol yang dipasang di dalam bilik itu adalah kamera intip. “Sehingga kini pihak kami menerima lima aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas dan hotel menggunakan kamera intip sejak tahun lalu,” katanya. Dia berkata, orang ramai terutamanya wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian itu supaya tidak menjadi mangsa.

Jage2 Para Isteri!!Coco ‘Lots Of MIX’ Didakwa Rampas Suami Wanita Mengandung

Apabila sebut sahaja nama Coco, pasti ramai yang masih ingat lagi dengan video viralnya yang bercakap menggunakan accent mat salleh sambil mendakwa dirinya mempunyai keturunan Cina, Pakistan dan Serani.Bermula dari insiden itulah, Coco terus mendapat perhatiannetizen di media sosial meskipun ada yang menjadikan accent-nya sebagai bahan ketawa. Dengan populariti yang dikecapi itu, baru-baru ini timbul cerita kurang enak mengenai gadis berasal Kuala Lumpur ini. Ini kerana seorang wanita mendakwa Coco telah mengoda dan merampas suami kepada seorang wanita hamil. Melalu posting yang dimuat naik, wanita itu mendakwa Coco telah meninggalkan tunangnya setelah lelaki itu menawarkannya RM40,000. “Bukan betina murah konon, tinggalkan tunang untuk jantan yang offer RM40 ribu. Pastu cakap tunang yang tinggal kau. “Tolong jangan berlagak suci. Kalau kau bukan perempuan murah, kau takkan goda lelaki dah kahwin untuk duit,” tulisnya. Pada masa yang sama, posting itu turut mendapat perhatian rakan Coco yang kemudian memaklumkan kepada Coco. Bagaimanapun, Coco dilihat mempertahankan dirinya dengan membalas komen, “Wow ada bukti? cakap jangan sampai jadi fitnah.” Sementara itu, seorang netizen bertindak berkongsi gambar Coco bersama seorang lelaki dipercayai suami orang yang dimaksudkan menerusi ruangan komen wanita tersebut. Dalam pada itu, kami cukup tertarik dengan kapsyen Coco menerusi sebuah gambar yang dimuat naik, semalam. “Sentiasa ingat, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi jangan salahkan aku. Sikit tak heran jika dia pergi, come on aku king,” tulisnya. Walauapapun, jika benar dakwaan wanita itu, Coco sudah besar, pandai-pandailah dia fikir apa yang baik untuk dia. Betul tak?

Wednesday, December 14, 2016

gempak wei!!! Pistol Pertama Buatan Malaysia Bakal Di Pasaran

Malaysia kini mengorak selangkah ke hadapan dalam industri pertahanan apabila menjadi antara salah sebuah negara pengeluar pistol buatan sendiri. Pistol semi automatik yang merupakan pistol pertama buatan Malaysia bakal berada dipasaran tidak lama lagi (mungkin Disember ini) apabila sebuah syarikat, Aegis Malinnov Sdn Bhd memperkenalkan pistol buatan mereka April lalu. Tan Sri Hashim Meon yang merupakan pengerusi Aegis Malinnov Sdn Bhd, memberitahu bahawa syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Pistol seberat 830 gram berkualiti dan dikatakan setaraf dengan pistol-pistol yang ada di pasaran antarabangsa. Proses pembuatan pistol ini mengambil masa selama 5 hingga 6 tahun untuk dihasilkan untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol yang menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran. Kebanyakan anggota pasukan R&D untuk pembuatan pistol ini mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas.
Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan: Barrel length: 119.1 mm Weight: 830gm Caliber: 9MM Overall length: 210mm Height: 139.1mm Width: 35mm Magazine capacity: 16 Action: Double Action Dengan adanya kemahiran dalam menghasilkan pistol buatan sendiri oleh anak tempatan, pasti ramai yang mengharapkan perkembangan dalam industri pertahanan dan keselamatan negara akan terus berkembang pesat seiring negara-negara kuasa besar yang lain. Jika hari ini anak tempatan sudah mampu menghasilkan pistol pertama buatan Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga mampu menghasilkan jet pejuang, helikopter tempur atau kapal selam sendiri. Malaysia Boleh!!!

hmm Fazura Pakai Payudara Silikon?

Dia memiliki aset payudara yang agak besar memungkinkan ramai orang yang suka, dan tidak kurang juga ada yang kurang senang dengan aset sebegitu rupa. Pekara ini juga terjadi pada Fazura, apabila timbul gosip mengatakan dia dikejarkan ke hospital kerana silikon dalam buah dada Fazura pecah. Itu berita yang sudah setahun lamanya berlaku. Mungkin ini sekadar penyegar berita tentang Fazura yang sudah lama sepi dalam dunia hiburan ini, Fazura sewaktu dihubungi pihak media sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya isu dirinya yang dituduh membuat pembedahan plastik, apatah lagi silikon di dalamnya pecah. “Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik. Saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya” katanya. “Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri” katanya lagi.

Saturday, January 2, 2016

SUBHANALLAH!! Inilah bukti kebenaran AGAMA ISLAM

SUBHANALLAH Inilah bukti kebenaran AGAMA ISLAM (Sebagai muslim jangan lupa beri jempolnya ya sob) Injil Asli yang Menggemparkan Dunia Itu, 12 Tahun Dirahasiakan, Menjelaskan Nabi Isa Tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW, Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!! Bismillahir-Rah maanir-Rahim … Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih). Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih. Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW. Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :”Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah”Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum. apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak. Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya. Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu. Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam Insya ALLAH kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah --- Semoga Bermanfaat ---
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.