Saturday, January 31, 2015

Jackie Chan Kini Bergelar ‘Datuk’

PETALING JAYA: Bintang antarabangsa, Jackie Chan adalah antara 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan pada Ahad. Pelakon dari Hong Kong itu merupakan antara 71 penerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Sementara itu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai penerima dengan dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique. Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Zainal Abidin Osman.
Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney; Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd Datuk Seri Abu Zaki Zakaria. Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah Datuk Mohammad Kazim Elias; pelakon antarabangsa Hong Kong Datuk Chan Song Kang @ Jackie Chan; Pengerusi MIC cawangan Taman Kok Lian Datuk P. Gunaseelan; Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Datuk Sr Ahmad Fauzi Nordin; Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman; Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Datuk Dr. A. Sundaran; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Datuk Dayang Sadiah Abg Borhan serta Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi Asean Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk P. Ravidran. Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Chen Chaw Min; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr. Lee Choon Hui; Setiausaha Bahagian (Bahagian Khidmat Pengurusan) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Abu Bakar Idris; Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan Datuk Ariffin Imat; Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Datuk Mohamed Jusoh; Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Aziz Khalidin; Pakar Fotonik Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Harith Ahmad; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perancangan Dasar) Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Azizi Ahmad Termizi; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Rohayah Karim; Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Tan Keng Chok; Pensyarah Institut Pengajian China Universiti Tunku Abdul Rahman Prof. Datuk Dr. Lim Chooi Kwa. Turut menerima PMW Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia Datuk SAC Mohd Khalil Kader Mohd; Aide-de-camp (ADC) kepada Perdana Menteri Datuk ACP Mohd Yusri Hassan Basri; Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin; Pengarah Bahagian Penjenamaan Negara Jabatan Perdana Menteri Datuk Farisha Pawan Teh; Peguambela dan Peguamcara Syarikat Ng and Anuar Datuk Tan Hiang Joo; Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Datuk Chin Kwai Yoong; Ketua Pengawai Eksekutif TV Al-Hijrah Che Wan Alias Che Wan Abdullah; Anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional Datuk Quay Chin Teik; Anggota MCA Wilayah Persekutuan Datuk Oong Boon See; Setiausaha Agung Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) Datuk T. Loganathan; Anggota Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk V. Pulainthiran dan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah Bahagian Labuan Datuk Peter Mak Chun Vun. Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Saharudin Zainal Abidin; Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang Datuk Sulaiman Abdul Razak; Datuk Dr. Khairul Azmi Mohamad dari Jabatan Penyelidikan dan Latihan, Barisan Nasional; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Datuk Abu Bakar Ahmad; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Affendi Zahari; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri Datuk Ainon Mohd dan Pegawai TugasTugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Shokri Shafee juga menerima PMW. Penerima lain PMW ialah Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dari Ibu pejabat UMNO Malaysia; Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Corporation Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad; Pengurus Besar (Jualan) Suez Domain Sdn. Bhd Datuk Ter Leong Hing dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Merry Noel Robert. Turut menerima PMW adalah Timbalan Pengarah Urusan MKH Bhd Datuk Chen Fook Wah; Datuk Hazmat Aqbal Mohd Ayub Khan dari DB Integra Sdn. Bhd; Pengarah Urusan K and N Kenanga Holdings Berhad Datuk Chay Wai Leong; Datuk A. Paramasalam dari Persatuan Masyarakat India Harmoni Wawasan Malaysia; Pengasas V.M. Ravi and Associates Datuk M. Ravindran; Pengarah Selekta Spektra Sdn. Bhd Datuk Ng Kwok Siong; Ketua Pengarah Kumpulan Perdana ParkCity Sdn. Bhd. Datuk Joseph Lau dan Datuk V. Panneerselvam dari Malaysian Airlines System (MAS). Pengarah Meridian Solutions Sdn.Bhd Datuk Ooi Teik Huat; Pengarah MR Contractor Sdn. Bhd. Datuk Alli Hassan @ Elly Yacob; bekas presiden Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur Datuk Joy Wilson G.P. Appukuttan dan Pengarah urusan UDA Holdings Berhad Datuk Ahmad Abu Bakar. Pengasas Bersama Lee Hishammuddin Allen and Gledhill Datuk Aznam Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sunway Medical Centre Datuk Dr. Tan Kim Heung; Ketua Pegawai Eksekutif MAA Group Berhad Datuk Muhamad Umar Swift; Datuk Lim Mooi Choo dari Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia; Pengarah Kumpulan, Kewangan, Kawalan Kredit dan Undang-Undang Kumpulan Bina Puri Holdings Bhd Datuk Tan Kwe Hee serta dari Lee Foundation States Of Malaya Datuk Lee Seng Chuan @ Leei Siong Chuan. Turut menerima anugerah PMW, Pengurus Kanan (Pembelian) Syarikat Tan Chong and Sons Motor Co Datuk Yap Kok Wah; Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Yasmin Datuk Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat; Pengarah Urusan Syarikat Remajaya Sdn. Bhd Datuk Chua Soon Ping dan Datuk Nik Azman Husain (Avocado Cosmetics Enterprise) serta Datuk Judy Ng Yoke Meng dari ECH Development and Management Sdn. Bhd. Sementara itu seramai 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); manakala 69 orang dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW). Seramai 60 orang lagi dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) termasuk tiga pengamal media iaitu Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak Abdul Aziz Harun; Ketua Biro Utusan Melayu (M) Berhad Putrajaya Norliza Abdul Rahman, dan Ketua Biro The Star Publication Putrajaya Zuhrin Azam Ahmad; manakala 96 lagi individu menerima pingat pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, pada Ahad. Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan. -mstar

Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati

Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati | Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati menarik perhatian ratusan pelayar laman video YouTube. Dalam video tersebut, keadaan Brutus menyayat hati apabila dia menangis dan tidak berganjak walaupun ditenangkan tuannya, Brett Bennett.
Menurut laporan Dailymail UK, Hank, kembar kepada Brutus, mati ketika tidur dan punca kematian haiwan berkenaan tidak diketahui. Hank disahkan mati 20 Januari lepas. Brutus dilihat jelas menitiskan air matanya ketika baring di atas kepala Hank dan reaksi anjing berkenaan menarik simpati pencinta haiwan anjing dan seumpamanya. -AP

Kisah Seram Penunggu Bangunan Akan Dibongkar

KUALA LUMPUR: Matlamat untuk membuat sedikit kajian bagi sebuah filem berjudulGarang akhirnya mengheret tiga selebriti iaitu Khir Rahman, Sein (Ruffedge) dan Aqasha ke sebuah aktiviti paranormal di sebuah bangunan berhantu. Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman berkata, keputusan meneruskan aktiviti paranormal itu dibuat selepas mendengar cerita yang sama daripada rakan mangsa yang pernah mengalami peristiwa seram di sebuah bangunan yang sama. “Projek ini pada asalnya untuk kami buat kajian filem pertama kerjasama syarikat kami iaitu Camwerk Studio dan Suar Channel bagi menerbitkan filem berjudul Garang. “Namun dalam proses membuat kajian itu kami mendapat perkara lain iaitu tentang kisah misteri kehilangan dua individu di sebuah bangunan yang sehingga kini masih menjadi kes polis. Hasilnya terjadi pula filem Bangunan,” ujarnya kepada mStar Online. Khir berkata demikian pada sidang media selepas tayangan media filem Bangunan yang diadakan di GSC Nu Sentral, di sini, malam Khamis lalu. Tambah Khir, apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah kisah benar yang ditemui sepanjang penyelidikan mereka terhadap sebuah bangunan yang masih beroperasi. Maklumat tersebut diceritakan sendiri oleh rakan-rakan mangsa dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebenar yang diperolehi di bangunan tersebut. “Kita terima pelbagai kisah dan cerita hantu daripada orang ramai dan ada dua individu yang saling tidak mengenali tetapi menceritakan perkara yang hampir sama tentang kehilangan di bangunan yang sama. “Jadi kami teruja untuk tahu lebih lanjut dan buat penyiasatan buka fail semula dan cuba sendiri ke bangunan tersebut dengan bantuan seorang kawan yang pakar dalam aktiviti paranormal,” ujarnya. Tambahnya, filem tersebut tidak mempunyai skrip, jalan cerita dan pengarah seperti cerita paranormal yang sedang ditayangkan iaitu Villa Nabila atau Puaka Balai Gombak. Katanya, segala yang dipaparkan dalam rakaman tersebut adalah apa yang berlaku sepanjang kajian yang dilakukan mereka. “Kalau ditanya tentang kelainan Bangunan dengan cerita paranormal lain ialah kami bukan cerita yang dirancang, tiada skrip, jalan cerita dan pengarah. “Apa yang berlaku semuanya dirakam ketika proses penyelidikan kami terhadap bangunan tersebut,” katanya. Filem tersebut mengisahkan kajian yang dibuat oleh Khir, Akasha dan Sein serta beberapa rakan mereka di sebuah bangunan yang dikatakan mempunyai kes polis terhadap dua kehilangan misteri. Mereka turut dibantu seorang pakar agama iaitu Yusran ketika mereka cuba memasuki bangunan yang dianggap keras itu. Akibatnya, seorang krew mereka dirasuk oleh makhluk halus yang meminta mereka untuk menghentikan rakaman dan keluar daripada bangunan itu. Filem Bangunan akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Februari ini. -mstar

Aktiviti Mencurigakan Dalam Kereta Waktu Hujan di RNR Berjaya Dirakam.

Gambar aktiviti yang mencurigakan telah berjaya dirakam oleh lensa handphone seorang penumpang bas ketika hujan di sebuah RNR. Akitiviti yang mencurigakan tersebut dilakukan oleh seorang perempuan dengan seorang lelaki dibahagian tempat duduk hadapan sebuah kereta. Tidak dapat dipastikan apakah aktiviti sebenar yang berlaku antara mereka berdua. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku antara mereka. Mungkin perempuan itu sedang mencari handphonenya yang terjatuh di tempat duduk lelaki yang memandu kereta tersebut. Tetapi sebaliknya jika aktiviti 'aiskrim' yang berlaku di dalam kereta itu. kita harapkan agar mereka hentikan perbuatan tersebut di khalayak ramai meskipun kemungkinan mereka adalah suami isteri. Tak elok...

Penyokong JDT Rentang Gambar Anjing Piala Sumbangsih 2015

Pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT vs Pahang, penyokong JDT merentangkan banner bergambar anjing memakai baju lambang FAM sambil memegang anak anjing. Foto tersebut telah tersebar menerusi media sosial bagaimanapun telah mendapat kritikan orang ramai dengan menyifatkan perkara tersebut sangat keterlaluan. Meskipun banner tersebut tidak ditujukan kepada Pahang namun tenyata ia dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun kami tidak tahu apakah sebenarnya maksud kain rentang dengan gambar anjing tersebut. Semoga ianya tidak memberi maksud yang tidak baik kerana sukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara pihak lawan. - Siakapkeli

Mana Nak Letak Muka, Aksi "Panas" Disebar Bekas Teman Lelaki

Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit hati jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini.
Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit. Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah.. Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb? 1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah. 2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali. 3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya.. 4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa. 5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh. Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu.. mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri.. dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh.. Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue.

‘Bom’ Tandas Bunuh Seekor Lipas

TAIPEI – Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini. Memetik laporan, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan. Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati. Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar. “Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas. “Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut. Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi. Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong. – Metro.co.uk

Hanis Zalikha Dan Hairul Beli Cincin Di Dubai?

Selepas lamaran yang dibuat oleh Hairul kepada Hanis di program Gegar Vaganza awal Januari lalu, kisah cinta mereka ini mendapat pelbagai respon dari masyarakat, baik positif mahupun negatif. Terbaru, ada pula yang mengkritik apabila melihat gambar-gambar mereka berdua di luar negara dikongsikan di laman sosial. Seperti biasa, ramai menganggap Hairul dan Hanis cuma bercuti berdua. Namun hakikatnya, mereka ditemani oleh seluruh ahli keluarga Hanis. Nampak tak macam mana cara Hairul pandang wajah Keknis? Okay, sekarang kami faham kenapa Amran Fans makan hati sangat bila Keknis pilih Hairul dan bukan dia. Persoalannya sekarang, adakah pasangan selebriti ini ke London dan Dubai untuk membeli cincin dan barang hantaran atau sekadar mengeratkan silaturrahim antara keluarga bakal pengantin perempuan? Eh tak kisahlah, janji diorang happy. -ohbulan

Penipuan Rozana Dibongkar Anak Awie?

EPISOD pergolakan rumah tangga vokalis kumpulan Wings, Awie dan Rozana Misbun terus berlanjutan apabila anak sulung Awie kini ‘campur tangan’ dengan menangkis cerita Rozana sekaligus membela bapanya. Menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook dan Instagram, Putri Aleeya Antasha, anak pertama hasil perkongsian hidup Awie dan pelakon Arni Nazira mendakwa ibu tirinya itu telah menipu media!
“INI SEMUA MENIPU SEMATA-MATA! Yes, memang, memang ada yang mandikan adik-adik saya, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha, yang siapkan baju mereka, yang bagi mereka makan dan minum, memang ada tetapi bukan ibunya malah orang gaji yang siapkan semuanya, bukan sahaja orang gaji, kadang-kadang saya dan adik saya Aleefa yang harus siapkan.” “Ayah saya seorang yang bertanggungjawab!! Bukan ayah yang biarkan anaknya tak terjaga, bukan ayah yang takda hati perut, takda perasaan. ITU BUKAN AYAH SAYA!! “Dan saya ingatkan pada sesiapa yang sokong sangat pihak sana tu, JANGAN PANDAI-PANDAI CAKAP ITU INI KALAU TIDAK TAHU CERITA SEBENAR OK? “Kalau saya dipanggil mahkamah untuk dijadikan saksi, saya sanggup… saya sanggup! Sebab saya tahu, sebab saya tahu, ayah saya TAK SALAH!” Dalam erti kata lain Aleeya membayangkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Rozana tidak tepat dan seolah-olah, ibu tirinya itu cuma prihatin terhadap ketiga-tiga anak kandungnya sahaja iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha. Aleeya juga menepis dakwaan Rozana bahawa dia menghabiskan masa seharian menguruskan anak-anak dan prihatin terhadap tugasan sekolah mereka kerana perkara itu banyak dilakukan orang gaji dan ibu saudara mereka. Aleeya menegaskan Awie seorang yang bertanggungjawab dan dia bersedia menjadi saksi di mahkamah bagi membela bapanya andai diperlukan.

Friday, January 30, 2015

Kes Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut

SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah. Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal. "Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya. Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini. Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang. Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis. "Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman. Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya. "Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. "Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.

Murid Mengandung Anak Datuk Akhirnya terbongkar

SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam. Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar. Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin. Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa. “Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima, lapor Sinar Harian

‘Surprise Party’ Sempena Hari Lahir Umie Aida

BERTUAH sungguh menjadi Umie Aida atau nama sebenarnya Datin Paduka Umi Kalsum Bt Rahmad Ali yang sentiasa dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyayangi dan mengasihinya. Lihatlah, meskipun hari lahirnya sudah berlalu hampir dua minggu masih ada rakan-rakan sanggup mengadakan surprise birthday party buat Umie Aida. Bukan calang-calang orang dapat layanan istimewa sebegini. Ye dak? Memang meriah majlis yang diadakan ini hinggakan kita yang melihatnya pun rasa teringin berada di sana. Lagi-lagi dikelilingi selebriti wanita jelita dan popular seperti Betty, Ning Baizura, Zahida Rafiq, Linda Onn dan ramai lagilah. Dengar-dengarnya mereka siap berkaroake bagi menunjukkan bakat masing-masing. Jom kita lihat kemeriahan sambutan hari jadi Umie Aida…

S@ks jadikan otak lebih pintar – kajian

WASHINGTON – Selain dapat memberikan kenikmatan seksual, ternyata bercinta juga mampu membuatkan pasangan suami isteri menjadi lebih cerdas, itu kesimpulan hasil penyelidikan oleh pihak Universiti Maryland, Amerika Syarikat. Anehnya, penemuan secara tidak sengaja itu didedahkan saintis neuro atau kaji saraf otak apabila mereka mendakwa berjaya menemui fakta yang membongkar rahsia aktiviti seks dapat melonjakkan kualiti kebijaksanaan dan daya ingatan seseorang. Paling unik, hasil penemuan tersebut ‘dijumpai’ secara kebetulan menerusi siri rangkaian penyelidikan universiti itu yang pada asalnya adalah untuk merumuskan bahawa aktiviti seks mampu membakar banyak kalori sekali gus menguruskan lemak badan. Kajian julung kali itu dilakukan ke atas sekumpulan tikus makmal dan hasilnya secara jelas memperlihatkan kegiatan seks memiliki peranan amat penting dalam pembentukan neuron yang terletak dalam kawasan hippocampus di bahagian otak. Ruang pada otak itu sebenarnya bertanggung jawab dalam pembentukan memori jangka panjang dan secara saintifik, pembentukan neuron akan berkurangan jika pasangan jarang bercinta dan seterusnya melakukan hubungan seks. “Kami menemui bukti ada penghasilan neuron terbaharu dan peningkatan tahap kemampuan kognitif pada tikus sepanjang eksperimen namun, apabila sampel uji kaji itu dibiarkan tidak buat seks selama beberapa waktu, neuron itu pun turun,” kata saintis. Bagaimanapun, seorang pakar psikologi, Tracey Shors menulis dalam jurnal Neuroscience bahawa penemuan tersebut masih boleh dibahaskan kerana tahap kecerdasan orang yang kuat seks pada umumnya tidak istimewa atau terlalu pintar. “Anda boleh cipta sel neuron ini dengan bersukan dan seks. Jika selaku melakukan latihan jasmani, anda dapat meningkatkan produktiviti neuron. Namun, jika seimbang antara sukan dan seks, maka kehidupan terasa lebih bahagia,” terangnya. – Agensi

Punca wanita ini cukur rambut suami guna kaki

Punca wanita ini cukur rambut suami guna kaki | Bai Aixiang, 49, merupakan penghidap polio sejak kecil. Wanita ini tidak mampu menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan sempurna kerana kecacatan yang dialaminya namun, beliau tetap boleh menyempurnakan semua kerja dengan hanya menggunakan kaki. Aixiang mampu memasak, membasuh, menjahit dan juga mencukur rambut suaminya dengan kaki!
Suaminya, Ma Wanwa, 70, berkata, Aixiang mampu mencukur kepalanya menggunakan pencukur tanpa rasa takut. Selain itu, Aixiang juga amat terkenal di kampungnya kerana kebolehan unik beliau. Menurut laporan China Daily, wanita hebat itu masih berupaya membantu fakir miskin dan penduduk lain yang cacat dengan menjahitkan baju dan mengemas rumah. -AP

Zamani Slam Tidak Mengaku Miliki Dadah

Zamani Ibrahim, 43 atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam dan pembantu peribadinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah, minggu lalu. Zamani Slam & Nur Juliana Abdul Rani,32 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dihadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Mengikut pertuduhan, Zamani dan Nur Juliana didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 January. Manakala bagi pertuduhan mengambil dadah yang dibacakan berasingan, Zamani didakwa telah memberikan kepada dirinya dadah jenis Morphine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 2 pagi, tarikh yang sama. Manakala Nur Juliana didakwa melakukan perbuatan yang sama dengan memberi dirinya dadah jenis Amphetamine pada 2.05 pagi ditempat dan tarikh yang sama. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan kes.

Thursday, January 29, 2015

Lelaki Rakam Gambar Letusan Lava Gunung Berapi

HOLUHRAUN, Iceland – Seorang jurugambar sanggup menggadaikan nyawanya dengan mengambil gambar letusan lava di bahagian sebuah gunung berapi di sini pada jarak yang terlalu dekat. Jurugambar tersebut, Tomas Freyr Kristjansson merakamkan gambar menakjubkan itu bagi menunjukkan keajaiban gunung berapi Holuhraun yang mula aktif sejak beberapa hari lalu. Kristjansson berkata, keadaan di gunung berapi berkenaan sangat bahaya sehingga pihak berkuasa terpaksa menutup kawasan tersebut kepada para pelancong. “Walaupun keadaan ketika itu sangat bahaya tetapi saya tetap teruja untuk merakamkan letusan lava yang menjulang sehingga beberapa puluh meter. “Saya cuba merapati letusan lava itu sehampir yang boleh untuk mengambil gambar yang menarik sehingga terasa bahang yang sangat panas dan turut merasai gegaran yang kuat setiap kali letusan berlaku. “Gambar-gambar yang saya rakamkan ini menggambarkan kejadian alam yang paling menakjubkan dan cantik yang pernah saya saksikan,” katanya. – Agensi

Bandar Diliputi Ais

Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang. Kejadian itu berlaku kerana paip yang membekalkan air panas ke setiap rumah bocor dan air itu mengalir ke seluruh bandar. Air yang setinggi paras pinggang itu bertukar menajdi ais disebabkan cuaca sejuk yang melampau iaitu -40 darjah selsius. Dudinka yang mempunyai bilangan penduduk lebih dari lebih 22,000 orang terletak di tengah Siberia dan bersempadan dengan lautan Artik.
Jurucakap kerajaan tempatan, Eugena Gerasimov berkata, kawasan mereka sememangnya sejuk dan air panas terpaksa dibekalkan ke rumah penduduk. “Jika sesiapa masih ragu-ragu betapa sejuknya kawasan ini, mereka boleh menyaksikan sendiri gambar berkenaan. “Air panas yang dibekalkan ke rumah pun boleh jadi beku,’’ katanya. Disebabkan kejadian itu, pihak berkuasa terpaksa mengisytikarkan darurat dan memikirkan cara untuk membuang air setinggi paras pinggang itu.

Cikgu Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Murid

Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku. Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet. Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah. Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya. Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?
Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015
Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak. Tetapi jika Teacher Aishah memang seorang guru, admin mengucapkan selamat mengajar dan BOLEH KITA BERKENALAN? sumber : Facebook IRDK

Rozana Mohon Awie Lepaskannya Cara Baik

Sayu juga hati kami bila baca kenyataan isteri Awie, Rozana Misbun berkaitan masalah rumahtangga mereka yang masih belum selesai. Walaupun mahkamah telah memutuskan hak penjagaan sementara tiga anak mereka diserahkan kepada Rozana, namun wanita itu kini terbuka hati untuk berdamai dan berbincang secara baik. Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan. Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta. Siapa yang tak malu apabila suami sendiri tuduh saya macam-macam sedangkan saya ni isteri dia? Memang jatuh air muka saya dan ada masa-masanya saya malu sangat untuk berdepan dengan masyarakat. Tapi dalam klausa (4) perintah makhamah, ada ditulis secara terang dan nyata bahawa Awie ditegah sama sekali dari mengaibkan saya melalui media elektronik, Internet dan cetak. Kalau dia berdegil juga, maknanya dia menghina makhamah dan biarlah mahkamah saja yang tentukan hukumannya. Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah, celik mata aje, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar mereka sendiri ke sekolah. Tengah hari pulak saya sibuk di dapur untuk siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya pula, jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya pula, saya pastikan mereka mengaji dan ‘monitor’ buat kerja sekolah. Pukul 9 malam, semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah. Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai ‘ayahanda’, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini? Mestilah ada ‘mata-matanya’ akan segera memberitahu ‘ayahanda’ Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar. Hmm complicated juga masalah antara Awie dan Rozana ni. Apapun, kami harap agar kedua-duanya dapat berbaik demi kebajikan anak-anak. – mStar Online

Wednesday, January 28, 2015

Bikini peserta Miss California tertanggal

Tak dapat dibayangkan betapa malunya kalau berada di tempat peserta Miss California, Chanelle Riggan ini! Langkah dan senyuman yang sudah diatur dengan begitu baik tiba-tiba berterabur apabila bikini yang dipakainya untuk sesi pakaian mandi tiba-tiba tertanggal sekaligus mendedahkan payudaranya. Insiden itu bukan sahaja mengejutkan Chanelle, tetapi juga penonton yang tidak menyangka akan menyaksikan sesuatu di luar jangkaan mereka. Biarpun hampir tergelincir, dia tetap profesional dan meneruskan langkahnya sambil memegang tali baju dalamnya. Penonton juga turut bersorak bagi memberi semangat kepada Chanelle. Walaupun berdepan dengan detik memalukan itu, dia berjaya melepasi peringkat tersebut dengan mendapat tempat keempat.

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dihukum Penjara 7 Hari

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi memerintahkan bekas isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi dijatuhi hukuman penjara tujuh hari mulai hari ini selepas ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania. Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan sedemikian selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya. BEKAS isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi dijatuhi hukuman penjara tujuh hari mulai hari -BH

Tuesday, January 27, 2015

Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian

Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu. Namun penampilan terbaru Diana yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami. Patah Tumbuh Hilang Berganti Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru. Doakan Yang Terbaik Buat Diana Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti.

Bekas Isteri Nedim Bakal Buat Nora Danish Tergugat

Kredit penuh kepada blog hiburan yang telah berkongsi beberapa keping gambar terkini wajah sebenar Nabilah Khan, bekas isteri Nedim Nazri yang semakin kelihatan cantik dan semestinya masih jelita. Untuk pengetahuan peminat, Nedim Nazri ialah kekasih kepada pelakon comel Nora Danish di mana mereka dikatakan merancang untuk berkahwin pada tiba waktunya. Buat korang tahun mengenai latar belakang pendidikan Nabilah Khan, dia ialah pemegang kelulusan ijazah dalam bidang undang-undang dan merupakan kawan baik kepada pelakon sensasi Lisa Surihani. Hasil daripada perkahwinan bekas pasangan Nabilah Khan dan Nedim Nazri, mereka dikurnikan seorang anak lelaki yang amat comel.

Monday, January 26, 2015

Jamal Mahu Bantu Zamani

“Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah),” kata Datuk Jamal Abdillah, di sini, semalam. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali mengulas kenyataan dibuat Zamani, 43, yang juga vokalis kumpulan Slam untuk mendapatkan rawatan akibat ketagihan dadah. Zamani sebelum ini ditahan polis dalam serbuan di kediamannya di Taman Keramat, Ampang di sini, tengah malam Rabu lalu di atas kesalahan memiliki dadah sebelum direman. Zamani kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis jam 10 pagi, kelmarin. Menurut Jamal, Zamani dikenali ramai dan mungkin dia tidak selesa jika beritanya mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian. “Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani. – myMetro online

Perogol Bersiri Sasar Wanita Tua

BANGKOK – Polis menggiatkan buruan seorang lelaki yang didakwa merogol lapan wanita veteran atau pertengahan umur serta membunuh dua daripadanya dalam kejadian yang berlaku di daerah Nakhon Pathom dan Samut Songkhram antara 2010 hingga 2014. Ketua Biro Siasatan Pusat, Thitirat Nonghanpitak berkata, polis terus memburu suspek terutama selepas dia mengganas lagi pada 25 Disember tahun lalu. Kata Thitirat, suspek seorang lelaki dengan ketinggian 170 sentimeter dan berbadan sasa memecah masuk ke rumah wanita berusia 70 tahun untuk merogolnya. Suspek menyerang anak perempuan wanita warga emas itu yang berusia 39 tahun. Laporan doktor menunjukkan tiada kesan rogol selain luka akibat serangan fizikal.Namun polis menjumpai kesan air mani di tempat kejadian yang sepadan dengan lapan kes rogol lain. Kes pertama berlaku pada 26 September 2010 membabitkan seorang wanita berusia 70 tahun yang dirogol di rumahnya di Nakhon Pathom. Pada 10 November pula, seorang wanita berusia 71 tahun dari wilayah sama menjadi mangsa kedua lelaki terbabit. Kes ketiga – pada 8 Januari 2012 – membabitkan serangan seksual dan bunuh ke atas seorang wanita berusia 61 tahun. Dua mangsa lain lelaki penggemar wanita warga emas itu berusia 59 dan 70 tahun. Semua kejadian berlaku di Samut Songkhram pada 2012. Hanya dalam kes keenam mangsa lelaki itu agak muda, iaitu berusia 47 tahun. Pada 23 Mac 2012 suspek kembali menyerang wanita lebih tua, kali ini mangsa berusia 75 tahun. Mangsa seterusnya wanita berusia 78 tahun mati pada 11 Jun 2013, lapor Hmetro.

Sunday, January 25, 2015

Aksi Manja Keith Foo Bersama Kekasih

Sejuk mata memandang, ringan lagi bahu yang memikul apabila Murai Batu melihat Keith Foo bersama kekasihnya dan juga tunangnya Kim Raymond bercuti di pusat peranginan di Thailand. Pasangan romantis ini Murai Batu rasa bercuti di Kohlipe antara kawasan pelancongan yang termasyhur di Thailand selain Phuket dan Krabi. Keith dan Kim telah bertunang pada 24 Jun tahun lalu, dan ini masa yang sesuai buat mereka berdua untuk berehat dan bermesra-mesra yang jauh dari pekikan kota. Murai Batu pun intai-intailah foto Keith di instagram miliknya dan didapati hubungan mereka berdua sungguh romantis dan manis sekali. Diharapkan perasaan cinta dan sayang mereka kekal ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Jadi dengan kesempatan ini, Murai Batu ‘share’ dengan korang gambar mereka berdua yang masih dalam proses bercuti. Kot-kot korang pun teringin untuk bercuti di Kohlipe ini nak bermesra dengan pasangan anda, Murai Batu amat alu-alukan… MURAI BATU: Ikan Di Laut Asam Di Darat, Dalam Periuk Bersatu Jua

Aksi Melampau Bertudung Tapi Berbikini

KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar tiga gadis yang dikatakan memakai ‘bikini’ sejak hari Jumaat lalu. Apa yang dimaksudkan dengan pemakaian persalinan pantai itu adalah lakaran tubuh badan yang disertakan bikini pada baju yang dipakai tiga gadis berkenaan. Gambar kontroversi itu mulai tersebar di laman Facebook apabila dimuat naik oleh pemilik akaun Amran Fans. Lebih mendukacitakan, dua dari tiga gadis terbabit memakai tudung sekaligus telah mencemarkan imej wanita muslimah. Para pengguna laman sosial mula menghujani ruangan komen di page berkenaan yang rata-ratanya kecewa dengan perkara tersebut. Individu yang memuat naik gambar itu turut menyertakan kapsyen yang berbaur teguran malah menyaran pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan terhadap gadis-gadis terbabit. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi gambar diambil namun ia dipercayai berlaku di Malaysia.

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral

Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral | Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yang dapat meningkatkan penglihatan telah menjadi viral. Video yang disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set tersebut yang diikat di kepala. "Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz dalam video popular itu. Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt. Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata. Imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka. "Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu. -AP

Gadis Melayu Berkelakuan Tidak Senonoh Dalam Tandas

Sedih bila melihat dua gadis melayu yang siap memakai tudung dan sepatutnya berketampilan sangat berbudi bahasa, mengikut budaya melayu yang sepatutnya bukan seperti ini yang kita mahu, inilah budaya gadis melayu akhir zaman yang memalukan bangsa dan agama. Jika dahulu gadis melayu dikenali seorang yang penuh dengan kelemah-lembutan dan bersopan santun serta menjadi ikon pada bangsa-bangsa lain namun hari ini gadis melayu tidak seperti yang kita sangkakan. Dunia tanpa sepadan menyebabkan manusia leka serta hanyut di bawa arus permodenan akhir zaman budaya barat dijadikan trend manakala budaya melayu tradisional di anggap ketinggalan zaman maka tidak hairanlah mengapa wanita-wanita melayu jadi seperti ini.

Saturday, January 24, 2015

Siti Nurhaliza Punca Zamani Terjebak Dadah?

PETALING JAYA: Penyanyi Zamani (Slam) memohon maaf terhadap tindakannya meninggikan suara terhadap seorang jurugambar ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya pada Rabu lalu. Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu dilakukan tanpa sengaja sewaktu dia berada dalam keadaan tertekan. “Saya minta maaf pada jurugambar yang secara tidak sengaja dan tidak sedar saya telah meninggikan suara padanya. “Ketika itu saya dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit,” ujarnya ketika ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu. Zamani berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dia memaki jurugambar yang mengambil gambarnya ketika ditahan baru-baru ini. Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu. Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik. Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine. Mengenai kenyataan komposer Shaari Amri pula, penyanyi berusia 44 tahun itu memilih untuk tidak mengulas perkara yang mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai punca dia terjerumus dengan gejala dadah itu. “Orang yang berhak mengulas perkara ini ialah Shaari Amri sendiri kerana dia yang mengeluarkan kenyataan demikian. “Apa yang berlaku pada diri saya tiada kena mengena dengan dia (Siti Nurhaliza) dan ia adalah ketentuan takdir qada dan qadar yang terpaksa saya terima,” ujarnya. Dalam pada itu, Zamani turut berterima kasih kepada masyarakat yang masih menerimanya dan memberi sokongan moral untuk dia pulih. “Saya sangka selepas ditangkap masyarakat akan marah dan benci pada saya kerana kesilapan ini sangat berat dan sukar dimaafkan. “Namun saya tidak sangka ramai yang memberi mesej sokongan dan mengharapkan saya berubah sehingga membuatkan saya terharu,” ujarnya yang akan menggunakan peluang kedua ini untuk berubah.
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.