Sunday, November 29, 2015

Emma Maembong Mahu Saman Penulis??

Hanya kerana isu berkaitan Emma Maembong membeli alat ujian kehamilan untuk kakaknya, Yaya Maembong, kini keluarga tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis yang membuat laporan berkenaan. Tambah Emma, dia terpaksa mengambil tindakan berkenaan kerana laporan tersebut membabitkan soal maruahnya dan keluarga, apabila orang ramai percaya bahawa alat ujian kehamilan yang dibelinya itu untuk kegunaan sendiri. “Memang ikutkan ini berkaitan maruah. Saya memang kecewa. Malah keluarga saya juga marah. Keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang dalam soal ini memandangkan mereka mahu nama saya dibersihkan, tetapi buat masa sekarang saya serahkan kepada keluarga sahaja” “Membayangkan saya sendiri kenal pihak yang menulis kisah ini, memang saya tidak sampai hati,” katanya kepada Utusan Online mengenai perkara tersebut.

Kantoi!!! Surat Jawapan Isteri Kepada Suami Curang Dengan Janda

Pengakuan seorang suami curang dengan janda atas alasa hilang selera kepada isterinya baru-baru ini mengundang jawapan dari pihak isterinya pula. Mah, isteri kepada suami curang turut menulis surat buat suaminya yang curang. Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan. Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya. Abang yang dikasihi, Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat. Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya. Bagaimana Mah boleh tahu? Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam. Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda. Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima. Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu. Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki. Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri. Bye abang. yang benar, Mah.

Al-Fatihah' Yus Jambu Meninggal Dunia!

Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita semua. Maklumat awal mengatakan Yus Jambu mengalami sesak nafas di Hospital Selayang. Punca dan sebab pemergian pelawak popular ini masih belum diketahui dan berita sedih ini sangat mengejutkan ramai pihak ketika ini. al-fatihah dan takziah buat keluarga Yus Jambu.

Thursday, November 26, 2015

Mantap bro!!! Sekuriti Bank Cantik Jadi Viral Di Laman Sosial

Beberapa gambar yang memaparkan seorang gadis cantik dan comel memakai seragam sekuriti di sebuah bank telah menjadi viral di laman sosial terutamanya Instagram. Gerangan nama sekuriti bank yang cantik manis ini adalah Rima Fitriani Melati yang bekerja sebagai pengawal di Bank BUMN Bandung Indonesia. Rata-rata netizen memuji kecantikan yang dimilikinya dan ada juga yang tidak percaya gadis secantik ini bekerja sebagai sekuriti bank. Tanpa perlu membuang masa lagi, mari kita skodeng:

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun??

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas. Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri. Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd. Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam. Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut. “Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post.

Wednesday, November 25, 2015

Pesawat Pejuang Rusia Ditembak Jatuh??

Semalam, pesawat pejuang Rusia Su-24 ditembak jatuh oleh tentera Turki berdekatan sempadan Syria berikutan berulang kali menceroboh ruang udara negara tersebut. Menurut seorang pegawai kanan Turki, pesawat tersebut telah diberikan amaran sebanyak 10 kali dalam tempoh lima minit menceroboh ruang udara Turki. Selain itu, tambahnya lagi, pesawat kedua turut menghampiri sempadan dan telah diberikan amaran.
“Data yang kita peroleh adalah sangat jelas. Terdapat dua pesawat yang mendekati sempadan kita, kita telah memberikan amaran mereka apabila mereka terlalu hampir,” Rakaman dari penyiar Turki, Haberturk TV menunjukkan pesawat pejuang itu terhempas dalam keadaan terbakar di kawasan hutan, sehingga mengakibat kepulan asap tebal. Rakaman yang berbeza daripada Agensi Anadolu di Turki menunjukkan dua juruterbang menggunakan payung terjun keluar dari pesawat sebelum ia terhempas.

Biar betul!!! Emma Maembong Hamil Anak Pertama?

Emma Maembong Mengandung Anak Luar Nikah | Pelakon terkenal, Emma Maembong telah disalah anggap oleh pekerja farmasi yang menyangka aktres cantik itu sedang mengandung. “Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor. Bila saya nak cakap, dia akan mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar. Ada juga pelanggan lain yang dengar pasal hal ini,” katanya. Tambahnya, dia pergi membeli alat tersebut tetapi belum sempat diterangkan untuk siapa, pekerja farmasi tersebut telah membawa Emma untuk bertemu dengan doktor. “Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya tetapi untuk kakak saya. “Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang,”

Monday, November 23, 2015

Meghan Trainor ‘Comolot’ Ghairah Atas Pentas!!!

PASANGAN duet, Meghan Trainor dan Charlie Puth mencetuskan sensasi di kalangan peminat mereka apabila bercium mesra di atas pentas ketika mempersembahkan lagu hits mereka, Marvin Gaye dalam majlis American Music Awards, semalam.
Aksi ciuman ghairah mereka dilakukan sebaik lagu itu berakhir sambil Puth meraba punggung Trainor. Walaupun ramai berpendapat mereka melakukan aksi itu secara spontan, namun begitu ada sumber mengatakan mereka berdua memang merancang perkara itu malah berlatih aksi mesra itu sebelum persembahan dilakukan. Malah wakil Trainor turut menafikan mereka berpacaran sebaliknya mengatakan mereka berdua hanya berkawan baik.

Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik!!! – Yeo Abdullah

SAYA sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan hubungan kelamin kerana isteri saya langsung tindak memberikan tindak balas. Saya sudah berusaha pelbagai kaedah untuk isteri merasai keseronokan ketika bersama, tetapi amat menghairankan dia jarang menunjukkan reaksi berahinya. Saya tidak pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berumah tangga kerana sedar hukum zina dalam Islam. Saya hanya mengetahui isteri saya tidak mempunyai dara selepas melakukan hubungan kelamin, tetapi kerana jujur dan ikhlas demi memulakan hidup baru, saya sanggup melupakannya. Dia juga tidak pernah mengajak saya melakukan hubungan kelamin sejak berkahwin dan pada awalnya saya beranggapan wanita memang bersifat pemalu. Sejak beberapa tahun lalu, saya mengetahui isteri saya berlaku curang dan melakukan zina dengan ramai lelaki dan perempuan. Isteri saya cukup licik menyimpan rahsia dan berdalih serta mampu berpura-pura seperti menangis terutama apabila ada kaum keluarga di rumah, menyebabkan saya dituduh suka menyakiti hatinya. Dia juga sanggup meninggalkan anak di rumah semata-mata untuk melepaskan nafsu peliknya. Dia sanggup melakukan hubungan dengan suami orang dan saya mengesyaki dia juga melakukan hubungan kelamin dengan berlainan bangsa, kemungkinan rakan sekerjanya. Saya juga mengesyaki isteri saya seorang l3sbian kerana sering berdua-duaan di rumah kawannya sama ada janda atau isteri orang. Sehingga tahun ini, sudah hampir 12 kenalan perempuannya yang saya kenali silih berganti setiap tahun. Saya amat kecewa dengan keanehan nafsu peliknya, namun sebagai Muslim saya tidak boleh menuduh dan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti mengikut syarak. Isteri saya juga sering meninggalkan rumah tanpa kebenaran saya dan biarpun keluarganya tahu, tetapi tidak pernah memaklumkannya kepada saya. Dia juga mahir dengan pelbagai kaedah ketika melakukan hubungan seks. Perubahan fizikal dan tanda-tanda pada buah dada dan farajnya amat ketara dan keterlaluan sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya pernah cuba berbincang dengan keluarganya tetapi sering kecewa kerana mereka tidak mempercayai dan menuduh saya melakukan fitnah. Saya sering menasihatinya dan cuba membuat dia mengaku dan menyesal atas perlakuannya, tetapi saya sering ditengking kerana menuduhnya tanpa bukti. Saya cuba menekankan nilai-nilai isteri solehah yang berpegang pada akidah serta menguatkan keimanan dengan ajaran Islam yang sejati. Kadangkala isteri saya mendirikan solat tetapi selalu tidak dan bersolat duduk dengan memberikan alasan kakinya sakit dan sering solat di penghujung waktu dan memberi alasan, senang solat dua waktu sekali. Saya cuba membabitkan diri kami dengan kegiatan di masjid bagi mendidiknya solat pada waktunya, tetapi akhirnya saya dituduh berpura-pura. Rakannya sama ada lelaki atau perempuan sering mengelak kerana tidak mahu terbabit dengan permasalahan rumah tangga orang. Saya sedih dengan keadaan yang menimpa, lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yang mempunyai seorang ibu sedemikian rupa. Bagaimanakah pengaruh yang akan dibawanya nanti? Bagaimanapun, saya simpati dengannya, tiadakah sedikit ruang cahaya Ilahi di hatinya sehingga sanggup menuruti nafsu peliknya semata-mata? Setiap kali solat, saya iringi doa semoga ada insan yang mampu menolong saya serta anak-anak dan semoga dilimpahi rahmat Ilahi kepada isteri saya pada suatu hari nanti. Apakah yang perlu saya lakukan? YEO ABDULLAH, Padang Besar, Perlis.

Terbaik!! Kandungan Siti Semakin Jelas

PETAING JAYA: Desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil anak sulung akan terbukti. Ini berikutan sekeping gambar yang mula tersebar menunjukkan Siti Nurhaliza dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih belum membuat pengesahan mengenainya. Sebuah laman portal melaporkan, gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30). Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu. Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu. Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat. Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu. Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung. Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.

Friday, November 20, 2015

Saya Punya Tak Cukup Untuk Awak Ke ?

Awek mengamuk pakwe hadiahkan hadiah hari jadi pembedahan pembesaran payudara | Kerana silap membeli hadiah hari jadi, seorang lelaki ditinggalkan teman wanitanya, tetapi sebelum itu dia dipukul dan kemaluannya ditendang. Lelaki berkenaan, Wang Chen, 26, menempah untuk kekasihnya, Wen Ting, 24, menjalani pembedahan pembesaran payudara di sebuah klinik pembedahan kosmetik, sebagai hadiah hari jadi memetik Harian Metro. WEN menyerang kekasihnya di luar pusat bedah kosmetik. Bagaimanapun, Wen mengamuk sebaik mereka tiba di depan klinik berkenaan. Wanita itu berasa begitu terhina kerana payudaranya tidak cukup untuk teman lelakinya.

Tidur Dengan Pasangan Buat Tubuh Lebih Segar Dan Sihat!!

Tidur dengan suami atau isteri dapat membuatkan tubuh anda lebih sihat dan segar. Terkejut?? Satu survei dilakukan menunjukkan pasangan yang tidur bersama pada setiap malam akan hidup lebih lama dan sihat. Saraf-saraf anda akan mulai merasa tenang, peredaran darah akan lebih teratur dan ini akan menambah ketenangan anda. Antara manfaat lain adalah:
-Sentuhan akan membuatkan kamu kurang stress. Bercinta dan berpelukan lah selalu untuk mengurangkan stress. – Tidur akan lebih nyenyak. Bagi mereka yang berpasangan serta imsonia pun dapat di atasi. -Selain itu tubuh pasangan juga menjana haba yang dapat melancarkan peredaran darah, selain ia berfungsi untuk melindungi kulit dan membuatkan ia lebih berkilau. -Dikala tidur bersama, tubuh, otak, jantung dan seluruh organ lain akan lebih santai. Ia akan menghindarkan seseorang daripada penyakit dan memanjangkan umur. Memang banyak manfaat tidur bersama pasangan. Keintiman dan keharmonian rumahtangga juga akan lebih terjaga. Semoga bermanfaat.

Thursday, November 19, 2015

Kantoi!!! 'Masa Dia Datang Pun Muka Dah Ketat' - Pegawai JPN

Susulan kes seorang wanita mengadu seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Manjung berkelakuan biadab, tampil pegawai bernama Rezuan menjelaskan keadaan yang berlaku pada 2 minggu lalu. BACA : 'Hang Mai Sini Buat Apa? Pergilah Buat Ic Di Balai Polis Dah Nak Sangat Dengar Cakap Polis' - Pegawai JPN Baca penjelasan pegawai JPN di bawah: Ceritanya, dua minggu lepas, perempuan ini mai nak buat IC hilang. Masa dia mai kat aku pun muka dah ketat. Aku tanya hilang macam mana, tercicir ke, orang curi ke. Dia bagi report polis kat aku. Aku baca report dia, kes dia, dia letak purse dia dalam raga motosikal. Lepas itu aku pun katalah yang ini adalah kes kecuaian. Kali pertama hilang, bayaran RM110. Dia kata pasai pa pula? Dia pergi buat report, tadi polis kata kali pertama takyah bayar. Lepas itu, nak letak purse di mana lagi dia kata. Aku katalah yang polis itu tidak tahu prosedur JPN. Dia kata aku nak makan duit dia pula dah. Dia kata lagi kerajaan memang suka makan duit rakyat. "Aku refer pada penyelia aku, tunjuk report polis perempuan itu. Penyelia aku kata bagi free sajalah," Selepas itu aku nasihatkanlah dia, lain kali jangan letak benda-benda penting dalam raga motosikal. Dia pula tidak puas hati kenapa aku kata macam itu. Aku pun terus buat IC dia. Dia pula rakam gambar aku dua minggu lepas, tapi tak viral lagi masa itu. Hari ini dia datang sekali lagi nak buat pendaftaran kelahiran untuk anak menakan dia. Pegawai di kaunter sebelah aku yang buatkan. Datangnya, semua dokumen tidak dibuat salinan. Pegawai kaunter sebelah suruh dia pergi buat salinan dulu, baru boleh terus proses. Dia terus membebel, dia kata di klinik, jururawat tak suruh buat salinan pun. Pegawai itu pun tunjukkan pada dia bahawa dalam borang kelahiran ada mengatakan dokumen-dokumen yang perlu dibuat salinan. Selepas itu dia boleh pula sound kata jururawat di klinik tak reti buat kerja. "Orang Kerajaan semua tak reti buat kerja!" Selepas itu dia pun pergilah buat salinan dan datang semula ke kaunter 10 apabila nombor gilirannya dipanggil. Saja-saja nak bebai kat orang mana boleh? - Rezuan

Baca Kisah Seorang Warganegara Bangladesh Yang Hidup Di Malaysia Selama 10 Tahun'

Semua orang tahu, ramai warganegara Bangladesh jadi penduduk di Malaysia. Mereka datang ke sini hanya mahu mencari makan. Tapi, mungkin ramai yang tidak tahu kehidupan di Bangladesh di sana bagaimana. Seorang pengguna Facebook (Mufarwa Farid) menceritakan pengalamanan beliau berbual dengan seorang Bangladesh yang telah menetap di Malaysia selama 10 tahun Ketika saya menaiki kereta api tadi, saya duduk di sebelah seorang warganegara Bangladesh. Dia duduk sambil menyanyi-nyanyi, dan saya pula sedang membaca buku. Disebabkan terasa terganggu, mood saya nak membaca itu sudah pudar. Saya pun memandang ke tingkap, dalam hati, berasa geram dengan dia. Tetapi setelah dua stesen, tiba-tiba saya rasa ingin berbual dengan dia. Mungkin dia pun bosan, sebab itu menyanyi sambil menari-nari di sebelah saya. Saya memberi salam, lalu kami pun berkenalan. Namanya Muhammad Mubarak Khan. “Semua nama orang Bangladesh mesti ada Muhammad.” Katanya. “Sama macam Malaysia. Muhammad atau Ahmad.” Kata saya lalu saya memperkenalkan diri saya dengan nama penuh. Dia sudah berada di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu. Berkahwin dengan orang Malaysia yang berbangsa India dan bekas penganut Hindu. “Keluarga isteri tak marah ke dia convert masuk Islam?” “Mula-mula marah la. Tapi sekarang sudah ok. Saya suruh dia bagi semua gaji pada mak ayah dia. Nasib baik semua adik beradik dia perempuan. Kalau dia ada abang ka, adik lelaki ka, isteri saya kahwin dengan kepala saya sahaja. Badan sudah kena kerat.” Dia berseloroh. Kami meneruskan perjalanan kami dengan berbicara tentang politik di Bangladesh. “Bangladesh dahulunya sebuah negara bawah Pakistan. Tetapi disebabkan Pakistan itu sangat jauh, malah dipisahkan oleh negara Nepal, pembangunan Bangladesh sangat-sangat mundur kerana pemimpinnya lebih mementingkan Pakistan. Sedangkan kami sangat dekat dengan negara India. Tetapi disebabkan masa dahulu, Pakistan berpisah dengan India kerana Pakistan ingin menubuhkan negara Islam, Pakistan mengambil Bangladesh juga sebagai salah sebuah negeri mereka. Kemudian Bangladesh pula yang berpisah dengan Pakistan.” Saya tekun mendengar sejarah negaranya. Saya sebenarnya sudah tahu sejarahnya kerana saya mempunyai kawan baik yang bernama Ahmad Shauky dari Bangladesh di UIA. “Tapi sekarang, Bangladesh masih mundur. Kalau dekat Malaysia ha, aman sangat. Semua bersih. Semua orang di sini semuanya baik-baik. Rezeki mudah nak cari. Yang penting kena rajin. Kalau malas ha, baik mati aje. Rasuah kat sana ha, sangat banyak. Kalau nak hidup, mau dapat projek bangun bangunan ke apa ha, kena rasuah banyak orang. Sebab itu tak ada orang nak buat bangunan kat sana.” Saya bertanya pula tentang agama di Bangladesh. “Bangladesh, 98% orang Islam. Yang lain-lain ada Hindu. Di sana, kami wajib belajar bahasa Arab. Kami wajib belajar Al-Quran. Siapa yang tak belajar Al-Quran, masuk penjara. Siapa yang tak puasa, kalau kena tangkap, kena masuk penjara 3 bulan. Dan penjara akan bagi makan rumput sahaja. Pak cik saya ha, tadak puasa, dia kena makan rumput 6 hari seminggu.Tak ada nasik. Semuanya makan roti dengan rumput saja.” “Tapi ha, mintak maaf ya saya cakap, walaupun dekat Malaysia banyak aman, banyak cantik, banyak baik, tapi Islam dekat sini tadak kuat sangat. Kalu di sana ha, nampak perempuan tak tutup aurat, boleh kena denda RM10,000. Kalau ada orang pakai tatu, polis akan tangkap, dan akan letak iron panas sampai tatu tu hilang. Dekat Malaysia ha, orang perempuan semua ramai tadak tudung. Ada yang nampak dada. Berani sangat. Kalau di Bangladesh, masa kecik-kecik, kami takut dengan polis. Tapi bila sudah besar, kami tak mahu buka aurat sebab kami takutkan Allah.” Saya fokus dan otak saya bermacam-macam yang difikirkan. “Itulah kurangnya di Malaysia. Tetapi masjid semua cantik. Kalau dekat sana ha, ada banyak masjid tak ada dinding. Tapi orang semua sembahyang di masjid. Tetapi apa pun, Malaysia memang bagus.” Sambungnya sambil memberikan isyarat bagus. Lalu kami pun berbual lagi tentang pembangunan Bangladesh serta berbual tentang keluarganya. Sesampainya di Seremban, dia sangat bersedih kerana terpaksa berpisah dengan saya. Katanya, “Abang orang sangat baik. Ramai orang selalu hina orang Bangladesh. Kami sini mau cari makan sahaja. Tadak kacau orang.” Lalu dia pun mengambil nombor telefon saya, dan perpisahan kami diakhiri dengan lambaian.

Semua Mesti Bace!!! 'Apa Hal Mamat Ni Nak Tolong Isi Minyak?'

Kisah pelik pagi ini. Singgah di stesen Shell, nak isi minyak. Semasa nak parking, nampak ada kereta Proton Inspira berwarna hitam pun parking di pam sebelah. Selepas membuat pembayaran di kaunter, ada seorang lelaki berusia lingkungan 20'an berdiri di sebelah kereta saya dan ready nak tolong isi minyak. Tapi saya tak rasa yang dia adalah pekerja stesen Shell. Pertama, sebab saya tak pernah nampak dia. Kedua, dia tidak memakai sebarang uniform kakitangan Shell. Saya masuk dalam kereta since dia dah buka penutup tangki minyak dan ready nak isi minyak. Saya pun lock pintu kereta. Tiba-tiba lelaki itu kata minyak tidak keluar. Terpaksa saya keluar balik dari kereta. Bila saya pergi pada dia, soalan pertama yang dia tanya ialah, "Eh cik mengandung ke? Berapa bulan? Anak ke berapa?" Saya cuma menjawab kandungan berusia tujuh bulan dan check kenapa minyak tak keluar. Apabila dia menekan sekali lagi, barulah meter pam bergerak. Saya cepat-cepat masuk semula ke dalam kereta dan lock pintu sekali lagi, sambil mata memandang ke arah pam. Bila dah berhenti, lelaki itu masih tidak meletakkan nozzle itu kembali ke tempat asal. Dia suruh saya buka tingkap kereta, katanya ada masalah. Saya cepat-cepat menurunkan tingkap kereta sikit dan kata memang saya isi minyak 20 liter sahaja. "Dah cukup, saya memang isi 20 liter sahaja," Mendengar jawapan saya, barulah dia meletakkan nozzle kembali ke tempat asal. Saya naikkan tingkap, angkat tangan sebagai tanda mengucapkan terima kasih dan memandu keluar dari stesen Shell itu. Semasa saya nak keluar, barulah saya perasan bahawa lelaki itu adalah pemilik kereta Proton Inspira di sebelah saya. Rupanya dia tak isi minyak pun. Saya nampak dia hidupkan enjin dan mengekori saya. Saya cuba bertenang, pandu kereta seperti biasa. Bila sampai di Balai Polis Pedas, saya cepat-cepat masuk tanpa signal dan dia pun terlajak. Saya tunggu dalam balai selama 10 minit. Bila rasa keadaan sudah selamat, barulah saya keluar dari balai berkenaan. Apa yang saya musykil ialah: 1. Mengapa dia beria-ria nak menolong saya mengisi minyak? Kalau kata nak mengurat, memang butalah kot? Terang-terang saya memakai baju mengandung. Di kereta siap ada tampal pelekat "Baby on board" dan mustahil dia tidak nampak carseat anak-anak saya yang penuh dalam kereta. 2. Kenapa dia parking di pam minyak kalau tak isi minyak? Sebab pam yang dia parking tak boleh bayar guna kad, mesti guna cash. 3. Apa motif dia keluar pam minyak sama masa dengan saya sedangkan masa sampai sama-sama tetapi dia tidak isi minyak, tapi rajin pula tolong isikan minyak saya. Lepas itu bila saya blah, dia pun blah. Tak ke pelik? Apa-apa pun niat dia, kalau baik, alhamdulillah. Tetapi disebabkan banyak sangat kes ragut, rompak, bunuh dan sebagainya sekarang ini. Memang saya agak paranoidlah kan. Tambah-tambah lagi bila lelaki yang tidak dikenali berminat sangat pula nak tahu kita mengandung berapa bulan bagai. Pelik saya rasa. - Dr Siti

Akhir Zaman!! 'Mmmm, Sunyi Mama, Sabtu Ni Papa Takde'

JIJIK lagi menjelekkan! Itulah yang kami rasai tatkala membaca screen shoot perbualan lucah pasangan yang sedang ‘sangap’ ini. Mana tidaknya, perbualan mereka penuhi dengan fantasi s3ks yang melampau-lampau lagi ‘menghairahkan’. Apa yang lebih mengejutkan, berdasarkan perbualan mereka dapat diduga bahawa pasangan ini barangkali mempunyai ikatan ibu dan anak. Ini kerana lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Rie’ ini, memanggil wanita itu sebagai mama, manakala suami lelaki itu sebagai papa
Malah, wanita tersebut turut membahasakan lelaki tersebut sebagai anaknya. Barangkali dunia sudah mahu kiamat, seorang ibu ini tergamak merancang melakukan maksiat bersama anaknya sendiri di sebuah resort secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan suaminya. Lebih parah, si anak nampaknya tanpa segan silu turut menyatakan sudah menantikan saat-saat untuk meratah tubuh badan ibunya. Menerusi perbualan WhatsApp itu, boleh diagak jelas bahawa ini bukan kali pertama dua beranak ini melakukan maksiat bersama. Alahai, mengucap panjang dan menggeleng kepala kami melihat situasi sebegini. Moga-moga mereka diberi hidayah agar segera bertaubat kepada Yang Maha Esa.

Wednesday, November 18, 2015

Perh!! 'Aku Makan Alat Sulitnya Kerana Dia Mer0gol Isteriku'

INDONESIA - Berang mengetahui isterinya telah dirogol seminggu sebelum perkahwinan, seorang lelaki berusia 25 tahun telah memotong dan makan kemaluan seorang lelaki dalam kejadian di wilayah Lampung, Sumatera. Rudi Efendi, 25, yang bernikah dengan Nuriah, 20, mendapati isterinya itu sudah hilang dara di malam pertama, sebulan sebelum kejadian tersebut. Setelah didesak oleh suami, Nuriah memberitahu bahawa dia telah dir0gol oleh seorang pemandu kereta sewa yang juga bernama Rudi, berusia 30 tahun, seminggu sebelum mereka berkahwin. Ekoran itu, Rudi meminta isterinya mengaturkan pertemuan dengan lelaki terbabit.
Ketua Polis (kiri) bercakap dengan suspek, Rudi Efendi Difahamkan, Rudi Efendi pada mulanya berpura-pura mahu menumpang kereta sewa lelaki itu. Apabila berada di dalam kereta, Rudi mengambil kesempatan membunuh mangsa dengan senjata tajam sebelum membakar keretanya. Menurut Ketua Polis Lampung, Brigadier Jeneral Edward Syah Pernong berkata, suspek juga mengaku telah mengerat alat sulit mangsa dan membawa pulang ke rumah untuk dimasak. "Sampai di rumah, dia terus menggoreng alat sulit mangsa dan memakannya sebagai ubat bagi merawat hatinya yang terluka," jelasnya. Bagaimanapun, Rudi menegaskan dia melakukan jenayah itu seorang diri dan isterinya tidak terlibat dalam jenayah yang dilakukan.

Hati2!! “Saya Diterkam Dari Belakang, Ditiarapkan,Tangan Diikat Dengan Wayar” – Hanisah

Hanisah Abdullah, 26, seorang Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan telah menjadi mangsa rompakan di rumahnya. “Sebaik masuk ke bilik, saya menyedari seperti kehadiran kelibat seseorang. Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar,” katanya menggambarkan detik cemas berdepan kejadian samun di kuarters penjawat awam 5R1, Presint 5. Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang kelmarin di mana beliau baru pulang dari kerja ke rumah rakan yang ditumpangnya beberapa bulan lalu. “Selepas tangan saya diikat ke belakang, saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam.” “Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Kepala Terputus Dijumpai Dalam Karung Di Jolo?

SATU kepala yang terputus dari badan dipercayai milik tebusan rakyat Malaysia, Bernard Then dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada Selasa malam, demikian menurut pegawai polis di selatan Filipina. Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu The Star bahawa seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan tulisan “Bernard Then Ted Fen” di Marina Street di Jolo kira-kira pukul 8.30 malam Selasa. Beliau berkata mereka segera mengepung kawasan itu dan kemudiannya mengambil kepala berkenaan untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 10.30 malam. “Kita telah menyerahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk ujian pemeliharaan dan DNA,” katanya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberitahu mengapa jurutera kelahiran Sarawak berusia 39 tahun itu dihukum sedangkan rundingan pembebasannya sedang berlangsung. “Kami masih menyiasat,” katanya sambil menambah bahawa hanya ujian DNA dapat menentukan kematian Then.

Umie Aida Jamin Suami Keluar Tahanan RM10,000?

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan pertuduhan dihadapi oleh suami Umie Aida yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. Pelakon Datin Seri Umie Aida membayar jaminan manakala adik Chang membayar jaminan bagi pihak Chang. Mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan di Penjara Sungai Buloh lebih dua bulan. Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen. Sementara itu, Umie Aida berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini manakala Tun Mahathir yang turut hadir menyatakan bahawa keputusan yang dikeluarkan mahkamah itu akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.

Tuesday, November 17, 2015

Gempar!! Ustaz Kasanova Nikah Sindiket Dengan 13 Wanita Diburu

Tampil dengan gaya penuh Islamik dan menyamar sebagai seorang berkelulusan tahfiz Al-Quran telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan ‘ustaz kasanova’ ini. Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali ‘Ustaz Kasanova’ kini diburu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Menurut pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata waran tangkap telah pun dikelurrkan ke atas Razis oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber berikutkan beliau gagal untuk hadir ke mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu. “Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak. “Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek,” katanya dipetik laporan Bernama hari ini. Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa dengan pernampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa dan keluarga percaya padanya. “Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi,” katanya. Menurut beliau lagi, kebanyakkan mangsa lelaki ini adalah pelajar institut pengajian tinggi yang kebanyakkan terpedaya dengan perwataknnya dan kebanyakkan mangsanya adalah wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi. Sebelum ini, salah seorang daripada isteri suspek telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 Sept lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek. Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri. Daripada 13 orang isteri yang dikesan, hanya lima orang isteri beliau memberikan kerjasama kepada Jawi untuk membantu siasatan. Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771.

Monday, November 16, 2015

“Ini Bukan Setakat Masin, Pakej Masam Sekali!!!

Dalam Islam, penyediaan makanan perlulah bersih dan tidak was-was kerana ianya melibatkan bahan yang akan menjadi darah daging kita. Kita ada 1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain, 2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain 3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Baru-baru ini gambar tiga wanita sedang membuat sayur masin tersebar di laman sosial telah mengundang rasa loya netizen. “Ini bukan setakat masin, pakej masam sekali!” kata netizen. Gambar yang tersebar itu tidak diketahui lokasi sebenarnya. Namun apa yang boleh kami pastikan ialah perkara itu tidak berlaku di Malaysia dan berkemungkinan besar berlaku di negara jiran berikutan pencarian kami mendapati gambar tersebut mula dimuat naik ke laman sosial dari negara berkenaan. Bagaimanapun, netizen mempertikaikan tahap kebersihan sayur masin yang disediakan itu berikutan tiga wanita terbabit masuk ke dalam ‘kolam’ yang digunakan untuk merendam sayur sawi tersebut bagi memilih sayur-sayur masing itu diletakkan dalam bekas besar untuk dibungkus dalam paket. “Aduh, itu kan makanan. Sudahlah tidak mematuhi kebersihan, manalah tahu berpeluh ke, badan berkurap ke, berkudis ke, boleh pula diorang masuk dalam kolam rendam macam tu je. Hilang selera aku nak masak sayur masin hari ni,” kata Alfiah

Thursday, November 12, 2015

PALING MENGEJUTKAN!!! Apa yang dilakukan oleh Achey Bocey dan isterinya ke atas keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik pasti buat korang terdiam tanpa seribu bahasa

Sekiranya anda tidak tahu, bakat Achey telah digilap menerusi program Bintang Mencari Bintang di mana mentornya ialah Allahyarham Harun Salim Bachik. Tak salah untuk Abang Nara katakan, tanpa bimbingan Allahyarham, tak mungkin nama Achey akan bergelar juara Bintang Mencari Bintang serta popular seperti sekarang. Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik pastinya memberikan impak yang besar kepada Achey. Namun Achey bukanlah seorang yang lupa daratan. Terharu Abang Nara mendengar apa yang telah dilakukan oleh Achey ini. Kata Achey:- "Saya kerap juga menghubungi keluarga Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp. Kadangkala kalau berkesempatan, saya akan melawat mereka untuk bertanya khabar,” kata Achey. Saya sebelum ini ada membuka perniagaan bersama Allahyarham iaitu Kotak Seni Network. Perniagaan ini, kami buat macam-macam. Kami keluarkan kemeja-T, kek, roti, pusat penjagaan kanak-kanak dan macam-macam lagi. Selepas kematian Allahyarham Abang Harun, saya dan isteri berbincang dan memberikan keseluruhan share saya kepada keluarganya. Saya juga serahkan segala keuntungan dan modal kepada anak sulungnya untuk dibahagikan kepada keluarganya."
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Achey ini harus dipuji. Apabila kita menyenangkan orang lain, Insya Allah hidup kita pun akan dipermudahkan. Tahniah Achey atas keprihatinan anda. Semoga semakin murah rezeki. Amin.

Habisla' “Biar Ayah Yang Pergi Tangkap Alvin Tan” – Rani Kulup

Sebenarnya adalah salah kita melayan “orang gila” macam Alvin Tan ini. Beliau cuba meraih populariti dalam memuaskan ketagihan s3ks beliau sendiri. Tambahan pula pesakit gila s3ks ini berada di negara Amerika Syarikat maka sepatutnya kita biarkan beliau dengan kegilaan beliau sendiri. Ingatlah janji Allah itu pasti. Alvin akan mendapat balasan sebagaimana sepatutnya samada cepat ataupun lambat. Pembalasan datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Kita tunggu sahaja. Namun begitu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup atau lebih dikenali dengan gelaran Ayahanda Rani Kulup menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat untuk menangkap blogger kontroversi, Alvin Tan. Rani Kulup berkata ini kerana laporan polis yang dibuat selama ini tidak diendahkan dan cara terbaik adalah beliau sendiri pergi menangkap Alvin. “Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang,” katanya memetik laporan Sinar Online. Hari ini kecoh di media sosial gambar Alvin Tan menggunakan keratan kertas ayat suci Al-Quran untuk membuang najisnya. Rani Kulup turut memohon bantuan rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan Alvin untuk berkongsi maklumat tersebut dengan pihak berkuasa. “Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan,” katanya.
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.