Tuesday, March 31, 2015

Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona

Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona (Video) | Gah bergayanya kebanggaan negara, membuktikan suatu wawasan, Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Protonnnnnn… Kalau korang sama zaman budak-budak dengan aku dulu, korang mesti ingat lagu Proton tu. Bermula dengan Proton Saga, kini Proton dapat mendabik dada dengan kebanyakkan variasi kenderaan keluaran mereka. Terbaru, Proton ada menunjukkan model terbarunya, Proton Tuah, yang akan menggantikan Proton Persona. Sampai sekarang aku masih tak paham, kenapa Proton suka guna banyak nama untuk keluaran variasi dia yang baru, takleh ke nak konsisten macam Honda Civic ke Honda City ke. Dari tahun 1980an lagi, nama variasi dia kekal je, cuma model rekabentuk je yang berbeza. Apa-apa lah labu. Gi tengok Proton Tuah ni, yang bagi aku satu paradigma baru dalam industri automotif Malaysia. Sekali tengok macam kereta Kia Forte la pulak. Dari depan dan belakang tampak lawa, tapi bila tengok dari sisi tepi, rasa kureng sket. Kenapa kereta Proton semua bentuk macam tu eh? Hmmm. P/S: Dengar kata Proton punye top managing director tu, Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir tu seorang tabligh, betul ke?

Monday, March 30, 2015

Ape Nak Jadi!! Remaja 16 Tahun Jual Tubuh Cuma RM5

Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya. Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan. Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya.. Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar. Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya. “Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai. “Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka. Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. “Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan. Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan. “Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan. “Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya. Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.

Sunday, March 29, 2015

Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri

Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang. Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan. Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS.. Cuma awak dan awak hingga akhir. Demi Allah, suamimu yang malang. Yang terlalu rindukan EMAK ! Assalamualaikum… Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat. Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur. Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur. Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian. Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya. “Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya. Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau. “Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami. “Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. “Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

PM Sukar Lepaskan Puteri Kesayangan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau dan isteri sukar melepaskan anak perempuan mereka Nooryana Najwa yang berkahwin dengan pasangannya Daniyar Kessikbayez. “Hari ini adalah hari yang besar ertinya kepada saya dan isteri sebagai isu bapa untuk melepaskan anakanda kami, ia adalah sukar. Tetapi hakikatnya Gina perlu melayari bahtera kehidupan, membina rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Danny,” kata Najib. Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyambut jemputan ke majlis resepsi perkahwinan Nooryana dan Daniyar. Majlis tersebut juga sebagai meraikan usaha dan sumbangan semua kepimpinan Umno dan BN di semua peringkat terhadap perjuangan parti itu. Dalam ucapannya juga, Najib berkata keluarganya juga tidak menyangka anak perempuannya itu akan menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan dari Kazakhstan – yang terletak nun jauh dari Malaysia. “Dulu kalau nak kahwin dengan orang Kelantan, (sudah) dianggap orang asing. Tapi dalam dunia tanpa sempadan ini, dia memilih Danny dari Kazakhstan,” katanya. Najib pun turut menceritakan secara ringkas mengenai Daniyar yang tegap dan dilihat “ada kekuatan fizikal” dan pernah menjuarai pertandingan tinju. “Jadi sesiapa nak bersaing dengannya, terpaksa memikirkan dua kali,” katanya. Sekali lafaz guna BM Menceritakan secara ringkas sewaktu majlis akad nikad pada 19 Mac lalu, Najib berkata Daniyar berjaya melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja dalam Bahasa Melayu. “Saya tak tahu berapa kali dia berlatih setiap malam, sama ada dalam mimpi (ataupun tidak), tetapi dia sebut sekali gus. Ini satu kejayaan,” kata Najib. Dalam ucapan ringkas itu juga, Najib turut menyifatkan anaknya sebagai seorang yang lemah lembut tetapi mempunyai kekuatan iltizam untuk mencapai sesuatu perkara. “Kalau dia nak sesuatu, tiada sesiapa yang boleh menukar fikirannya. Saya nak tukar (fikirannya) pun tak boleh,” katanya. Najib juga berkata beliau meluahkan rasa seronok apabila anak perempuan itu dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara. Katanya, keluarga memberi semangat kepada Najwa supaya terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang dihajatinya. Sebelum Najib yang juga menteri kewangan mengakhiri ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang menjayakan majlis resepsi ini termasuk beberapa menteri besar yang menyumbangkan masakan tradisi negeri masing-masing. Beliau juga terpaksa memendekkan ucapannya kerana akan bergegas ke Litar Sepang bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang F1. Najib yang berpakaian baju Melayu berwarna ‘peach’ sedondon dengan isterinya Datin Rosmah Mansor menuruni pentas dan Najib terus bergegas ke Sepang.

Pensyarah Kantoi Dengan Dua Gadis Bawah Umur Dalam Kereta Viva

KULIM - Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin. Suspek yang dipercayai lari dari rumah sejak seminggu lalu. Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat. Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim. Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah. Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya. Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris. Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

PARAH..!! Gambar Cikgu Wanita Pakai Baju Ketat Melekat Dijadikan Modal S3X ..!! (3 Foto)

Perkongsian ini bertujuan sebagai peringatan tambahan pula jika anda seorang cikgu. Cikgu merupakan pemimpin jika inilah cara pakaiannya pasti membuatkan tidak disenangi kaum lelaki. Mohon para cikgu bersopan ketika di sekolah jangan tunjukkan diri anda seorang yang seksi dan menyakitkan mata pelajar lelaki.

Friday, March 27, 2015

OPPS !!! LELAKI BERANI BERPROJEK DENGAN ISTERI JIRAN DALAM 5 BULAN ..... habislah ( 3 GAMBAR )

Gambar hiasan Sekeping printsreen menjadi viral di laman sosial facebook dan whatapp . Dalam printsreen tersebut seorang lelaki memohon maaf kepada jiran kerana menggunakan wifenya selama 5 bulan berang dengan pengakuan tersebut jirannya telah memukul dan menceraikannya isterinya dengan talak 3
Selang beberapa minit kemudian lelaki tersebut telah mesej jirannya bahawa tersalah ejaan bukan wife tapi wifi.Jadi dari kesimpulan kisah ini kita sebagai manusia jangan cepat menghukum orang lain sebaliknya siasat dahulu

Thursday, March 26, 2015

Biodata Dan 12 Gambar Elizad Shariffudin Yang Hot

12 Gambar Elizad Shariffudin Yang Hot | Heroin kepada drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Elizad Shariffudin yang ditayangkan pada 7 malam setiap hari Isnin hingga Rabu telah menaikkan namanya dalam dunia seni hiburan tanah air.
biodata Nama Sebenar Siti Elizad: Siti Elizad Mohd Sharifudin Tarikh Lahir: 25 Mei 1984 Umur Siti Elizad: 31 tahun (2015) Tempat Lahir: Kuala Lumpur Status: Bujang Keluarga: Anak keempat daripada lima beradik Profesion: Model, pengacara dan pelakon Pencapaian: Tempat ketiga Puteri Era Felisa (2002) Ikuti perkembangan Siti Elizad Sharifuddin di laman sosial: Instagram Siti Elizad: http://instagram.com/elizadsharifuddin Facebook Siti Elizad: https://www.facebook.com/elizad.sharifuddin Kredit: Biodata Siti Elizad Sharifuddin Senarai drama, telemovie dan filem lakonan Siti Elizad Sharifuddin: Teman Lelaki Upahan, Ejen 016, Mas Kahwin, Panggilan Rindu, Menggapai Awan Di Langit, Bayang-Bayang Musyriq, Panggilan Rindu, Ezora, Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu

Awie Terima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong

SEKALUNG tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie yang baru sahaja menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong. Kalau korang nak tahu, anugerah itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang bertempat di Universiti Putra Malaysia, Seri Kembangan malam tadi. Wah, bertuah sungguh penyanyi lagu Sejati ini kerana bukan semua artis berpeluang menerima besar sebegini. Dalam pada itu, Awie sempat bercerita serba sikit mengenai anugerah yang baru diterima olehnya itu. “Saya berterima kasih atas anugerah sandang kebesaran Gayong ini. Di Majlis Himpunan Sang Sapurba Segayong Malaysia 2015 ini, saya menerima sandang Sri Pelangi Gangga Chula Sakti selaku Imam Khalifah Gayong,” kata Awie. Jelas Awie, dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia ini. “Semenjak kecil saya sudah belajar seni silat gayong ini. Arwah bapa saya juga merupakan guru silat, namun begitu, bapa saya enggan mengajar saya. Jadi saya mencari inisiatif sendiri untuk belajar bersilat,” ujarnya lagi. Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberi semangat buat Awie untuk bergiat aktif dalam bidang seni silat ini. – MYNEWSHUB.CC

KESIAN !!! GADIS DIR@GOL KEJAM SEBANYAK 30 KALI HINGGA TIADA WAKTU REHAT ...benarkah ??

Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. - Foto AP Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba s3ks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pel@curan tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dir@gol 30 kali oleh beberapa anggota militan. Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu. Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba s3ks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa. Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas. Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak. Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London. Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah. Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’. “Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini. “Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.

Remaja Boleh Pusingkan Kepala 180 Darjah

Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang. Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya. Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her. Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan. Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith. Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi

Lana Nordin Dan David (Daud) Nikah 15 Mei

Bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, pelakon Lana Nordin, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya, David McKienzie pada 15 Mei 2015 ini. Ditanya mengapa memilih tarikh tersebut, Lana menjelaskan tarikh tersebut dirasakan bersesuaian kerana selepas bulan Mei, jadual kerja mereka akan amat padat. “Tiada apa yang istimewa dengan tarikh ini, cuma saya merasakan ianya adalah waktu yang sesuai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. “Saya memilih bulan Mei kerana pada Jun depan, jadual bakal suami saya akan lebih padat lagi dengan aktiviti sukannya. Tiada apa yang saya harapkan untuk majlis itu nanti selain ianya berjalan dengan lancar,” kata pelakon ini lagi. Tambah Lana, dia dan pemain bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS) itu mula berkenalan pada Oktober tahun lalu di Singapura. “Saya tertarik dengan David kerana perwatakannya yang lurus bendul dan jujur mahu memperisterikan saya. Malah, sebelum menerima lamaran David, saya pernah menguji sejauh mana ketulusannya memilih saya kerana perbezaan agama antara kami. “Nampaknya dia begitu ikhlas dan telus untuk serius dalam hubungan kami seterusnya memilih saya sebagai teman hidup,” jelas Lana lagi yang senang kerana bakal suaminya begitu menjaga kesihatan. -Media Hiburan

Adegan panas Nora Danish Berpelukan "saya cuma buat atas arahan pengarah,”

Adegan panas Nora Danish Berpelukan "saya cuma buat atas arahan pengarah,” | arahan pengarah ikut arahan TUHAN ikut tak?? ingat kita orang Islam, yang memberi Rezeki adalah Allah,bukan pengarah. Kuala Lumpur: “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi sy cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dgn Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta. Menurutnya, apa yg dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan @degan sebagai suami kpd Nora. Salah satu adegan membabitkan #Rusdi and #Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di media sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru2 ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013. “Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dlm filem ini yg berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semal@m.
ADEGAN panas Rusdi dan Nora yang menjadi bualan di laman sosial. Rusdi, 43, berkata, penggambar@n filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Wednesday, March 25, 2015

Majlis Kahwin “Bog3l” Viral

SEPULUH pasangan menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai pakaian dalam dan ‘menutupi’ badan dengan pelbagai lukisan berwarna-warni. Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise pada Ahad yang dirakamkan itu kini menjadi viral di laman media sosial. Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, ‘perkahwinan bog3l’ adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka. Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda.

Foto MH, kekasih baru Shila Amzah pandu kereta Porsche kini terbongkar

Kisah percintaanya dengan aktor kacak, Sharnaaz Ahmad telah lama berkubur. Malah, Sharnaaz juga dikatakan sudah memiliki cinta hati baru, Anis Al-Idrus. Patah tumbuh hilang berganti. Nampaknya Shila Amzah pun macam dah memiliki pengganti untuk ubat luka hatinya itu. Nah, baca dulu hint dan klu yang diberikan Shila menerusi laman Instagramnya! Ha..kalau korang pandai, korang tekalah sendiri. Kita tengok ada yang mengena atau tidak! Apapun, jika betul Shila Amzah sedang hangat bercinta, kami doakan agar awak dan si dia bahagia kekal sehingga jinjang pelamin!

Gambar Gadis Melayu S3ksi Jadi Modal Di Facebook

Wanita seksi dan lelaki ‘jambu’ digunakan sebagai umpan oleh sekumpulan penjenayah untuk memerangkap mangsa yang dikenali melalui laman facebook (FB) sebelum bertindak memeras ugut mereka. Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan dipercayai telah memperdayakan lebih daripada seorang mangsa. Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya. Modus Operandi - Suspek berkenalan dengan mangsa menerusi laman sosial Facebook sebelum dipelawa berjumpa- Suspek terdiri daripada lima hingga tujuh individu yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’- Mangsa akan diumpan dengan suspek di kalangan wanita yang seksi atau lelaki ‘jambu’ di laman facebook sebelum berjumpa- Dalam pertemuan, suspek akan menuduh mangsa mencabul atau melakukan perbuatan tidak senonoh sebelum memanggil ‘ahli keluarganya’ bagi mendapatkan bantuan- Suspek lain yang bertindak sebagai ‘ahli keluarga’ kemudiannya akan bertindak memukul mangsa sebelum memeras ugut untuk mengenakan denda yang digelar ‘dam’ selain merampas barang milik mangsa sebagai penyelesaian Nasihat- Tidak mudah percaya dengan individu yang ingin berkenalan dalam waktu yang singkat- Kenal pasti identiti suspek sebelum meneruskan perbualan menerusi laman sosial- Jangan mudah percaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh suspek dalam perbualan menerusi laman sosial facebook- Sekiranya mangsa mengajak untuk berjumpa, pastikan anda ditemani atau hadir dalam kumpulan bagi memastikan tidak terpedaya dengan taktik digunakan suspek- Kenal pasti suspek yang terlibat seperti jenis kenderaan yang dinaiki, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina)

8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Tab atau Ipad

Ini bukan kali pertama orang tanya saya soalan macam ni. So saya rasa ada bagus jugak kalau saya jawab kat sini supaya.. supaya orang takkan tanya dah? ;D Ok tak tak. Supaya sama-sama boleh dapat manfaat, insyaAllah. Wah gitu ayat pencetus ummah. :D Ok so basically soalannya, Adakah Jiji ada dedahkan Haikal dengan tab atau ipad? Yes, of course ada. Inikan zaman mereka. Kenapa pula nak sekat pendedahannya? Adakah Haikal addicted dengan ipad? Tak. Sebab? Saya kawal. Kenapa kawal? Haikal baru 3 tahun. Kencing berak dia pun masih perlu dikawal. Makan minum dia pun masih perlu dikawal. Badan diri sendiri pun, dia masih tak mampu mengawal sendiri, inikan pula saya nak bagi dia 100% kebebesan ipad tanpa sebarang kawalan? Common sense kot, kan? Perlu ke kawal? Bagi saya, perlu. SANGAT PERLU. Kalau tak kawal? Jadi la macam anak si penanya di atas. Heheh. Macam mana saya kawal? Ok jom saya share. Tapi sebelum tu saya nak beritahu, apa yang bakal saya share ni adalah cara saya. Tak semestinya korang perlu setuju semuanya. Ok? So berikut, adalah cara saya kawal Haikal daripada ipad addiction. Bukan ipad je la, semua gajet pun saya buat macam ni.
1) Jangan charge 100% full battery. Saya tak pernah charge ipad sehingga full battery. Paling banyak pun sampai 15-20% sahaja. Kenapa? Sebab ia secara tak langsung dapat limitkan penggunaan ipad tu sendiri. Habis bateri, habis la tempoh penggunaannya. Dan kalau bateri full, selagi tak habis, selagi tu lah anak taknak lepaskan. Kan? So basically itu cara saya latih Haikal supaya guna ipad dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja. Maximum battery 15-20% sahaja untuk sekali pakai. Dulu saya pernah ditegur oleh seseorang. Kalau buat macam tu, nanti ipad cepat rosak. Sebab terlalu kerap charge dan ipad asyik turn off sendiri. Well, jawapan saya senang je. Better lah ipad rosak, daripada anak rosak. Kan? Dan kalau sayang ipad, tak payah la bagi anak pinjam langsung aduinyapun. ;D 2) Jangan ajar anak unlock atau key in passcode. Tips ni saya belajar dari salah seorang mentor saya. Dia pesan, "Apa sahaja yang mudah melalaikan macam TV, radio, smartphone, tab, ipad, computer, laptop, games, JANGAN SESEKALI AJARKAN ANAK TURN ON / UNLOCK SENDIRI." Kenapa? Kerana kebinasaan otak, pemikiran dan behaviour anak selalunya bermula dari situ. Haa tegak bulu roma kan? ;D Saya pernah dengar somewhere, "Manusia akan rosak kalau diberi dua perkara. Duit dan kuasa." So in this case, we're talking about KUASA. Bila kita bagi anak sesuatu gajet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk turn on / unlock dan sewenang-wenangnya boleh menggunakan gajet tersebut pada bila-bila masa, itu bermaksud kita dah bagi mereka KUASA. So bila anak mula ada kuasa untuk turn on, of course automatically dia juga ada kuasa untuk turn off pada bila-bila masa dia mahu. Maka makin lama makin payah la nak suruh anak stop. Bermula dari saat kita bagi diorang kuasa itu lah, diorang takkan dengar cakap kita lagi bila kita suruh berhenti. Dan bermula saat itu juga, diorang akan pandai-pandai sendiri ambil dan turn on, bila-bila dia mahu. Maksudnya? InsyaAllah rosaklah anak itu. -_____- Ini bukan mendoakan. Ini fakta. Kita yang dah 40 tahun akhil baligh ni pun masih tak mampu nak lawan nafsu main smartphone, inikan pulak nak bagi budak belum mumayyiz main henpon, pastu expect budak tu reti stop sendiri. Are you kidding meh? So again. Apa-apa pun jenis hiburan yang nak diberi, pastikan kita (ibu bapa), yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya. Kerana kita yang sepatutnya berkuasa ke atas anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kan? Do it right, parents! 3) Pastikan anak faham, tab/ipad itu kepunyaan ibu bapa, BUKAN DIA. Never say something like, "Kakak, tolong ambilkan ipad kakak tu. Ibu nak pinjam sekejap." "Adik, ibu dah download baaanyak game untuk adik dalam tab ni. Nanti adik bosan boleh la main." NO. Jangan sesekali katakan bahawa ipad itu milik anak. Macam point kat atas tadi, ia seolah-olah bagi anak KUASA. "Ipad kakak" atau "tab adik" itu bermaksud ipad dan tab tersebut adalah kepunyaan mereka. So kalau dah kepunyaan anak, maksudnya apa? Ibu bapa akan hilang kuasa. Anak-anak ni, dia pedulik apa ipad tu beli pakai duit siapa. Yang dia tahu, ipad tu dia punya. Sebab mak bapak sendiri yang cakap begitu. So nanti sampai satu tahap, bila kita perasan anak dah mula ketagih, baru la terhegeh-hegeh nak beritahu diorang, "Kakak, ipad tu mama yang beli tau. Kena ikut cakap mama. Bagi balik ipad tu!" Halahh pedulik apa dia. -..- So sentiasa tegaskan dari awal, dan make your kids aware, yang ipad dan tab itu ialah kepunyaan ibu bapa. Mereka hanya PINJAM. So bila pinjam, maksudnya kena pulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta. Semudah itu je sebenarnya. =) 4) Gunakan ipad / tab sebagai positive reinforcement. Macam yang saya pernah tulis dalam ENTRY INI, positive reinforcement adalah ganjaran. Ini yang saya selalu buat kat Haikal. Guna ipad hanya sebagai ganjaran bila dia achieve sesuatu. Buat something good dulu, baru dapat ipad. Encourage anak untuk achieve something more, to get more entertainment time. Contoh kalau saya homeschool Haikal, dan dia macam cranky atau tak fokus, saya akan "guna" ipad untuk encourage dia, "If you finish this puzzle, you will get ipad for 15 mins." "If you read two pages iqra' today, you will get to play one game on ipad." "If you follow mama solat properly, we will sing some songs on yotube." Itu contoh. So Haikal jadi motivated balik untuk fokus apa yang saya suruh. But not allll positive reinforcement should be ipad la. Semua benda pun nak ipad payah la kan. Haha. 10 kali anak kau buat benda yang kau suruh, 10 kali tu la kau bagi ipad. Baik bagi terus. -_____- Tukar-tukar la jugak, positive reinforcement can be anything yang anak suka. So kalau boleh, (kalau boleh la) biarlah ipad tu jadi your last option. 5) Try to divert their attention first, before offering the ipad. Especially kalau anak dah tahap addicted macam yang berlaku kat si penanya di atas tadi. Kalau boleh everytime anak minta ipad, try divert attention dia ke arah benda lain. Ajak main puzzle ke. Ajak main conteng-conteng ke. Ajak masak-masak ke. Ajak buat art and craft ke. Selagi boleh divert, divert. Selagi boleh buat anak lupa ipad, buat. This is to minimize the addiction. Kalau berjaya buat benda ni secara konsisten, lama-lama anak akan develop hobby lain dan semakin kurang addicted dengan ipad. Kalau parents KONSISTEN lah tapi. This might not work or hard at first, tapi jangan putus asa. Of course parents kena kental. Ipad addiction is clearly has more harm than good. So semestinya kita taknak addiction tu rosakkan hidup anak kita lebih lama. Kan? So buatlah apa saje, to minimize the addiction. Slowly. But surely. 6) TEAMWORK is important. Ibu dan bapa kena ada ground rules yang sama. Kalau ibu kata tak boleh, tapi bapa kata boleh, it won't work. Takkan anak umur 2-3 tahun boleh decide, nak ikut ibu atau bapa? Kan? So you BOTH have to have the same ground rules. Dalam bab gajet ni, parents kena sepakat. Katakan korang nak bagi anak guna ipad for at most 30 mins at a time, dua-dua kena setuju dengan rule itu. Jangan kang mak suruh turn off ipad, si bapak pulak back up anak, "Takpe la, bagi la dia tengok lagi 4-5 jam." -______- Kan Dr. Aw pernah pesan dulu, dalam ENTRY INI, "Kids can lose respect towards either one of their parents, when the parents have no teamwork/congenial." So dalam bab anak, parents always have to be sepakat dan sehaluan. Buat la ground rules bersama, yang baik untuk anak. Yang kaum bapa pun. Tolong la mainkan peranan. Amboi.. anak mengamuk, kau pun nak ngamuk kan. Malam jumaat dua tahun lepas tak pernah terfikir pulak pasal ni kan? -______- 7) Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak layan tab / ipad. Ini yang saya rasa paling membantu saya dengan Haikal. I never let him use or watch the ipad alone. I always join him. Kalau Haikal request for ipad, saya pasti akan menyibuk sekali sebelah dia. I always keep the interaction between me and him. Berbual la apa saje. Apa saje yang tengah ditonton kat ipad tu la kan. Takkan tengah tengok upin ipin tetiba nak borak pasal kejadian bulan dan matahari pulak kan. Memang la anak kau bagi kaki kalau dapat mak yang annoying camtu. ;D Kalau Haikal nak main game pun, saya akan sentiasa sibuk nak join main jugak. I JOIN HIM walau apa pun aktiviti yang dia buat dengan ipad. Dan sekarang, he appreciates my presence more instead of ipad. Sampaikan kalau saya takde, dia takkan tengok ipad. Nak tunggu saya juga. So it's becoming more easy for me to pantau and kawal penggunaan ipad tu bila Haikal sendiri yang taknak ipad tanpa kehadiran saya. =) 8) Bak kata orang tua-tua, "kepimpinan melalui teladan". Rasulullah pun pernah pesan, "Sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik." So we parents, baiki diri sendiri dulu sebelum expect macam-macam daripada anak. Tunjuk mereka contoh yang baik. Termasuk la bab ketagihan gajet ni. Mengadu anak ketagih gajet, tapi kita sendiri handphone tak pernah lekang dari tangan. Mengadu anak tidur lewat sebab layan ipad, tapi kita sendiri layan internet sampai terlelap. So kepimpinan macam mana yang kita tunjuk pada anak-anak? Tepuk dada. Nak anak baik, ibu bapa kena baik dulu. Nak anak alim, ibu bapa kena alim dulu. Nak anak jadi al-hafiz, nak anak jadi ustaz, nak anak jadi imam masjid, tengok cermin dan tanya pada diri, "Macam ni ke ciri-ciri ibu bapa seorang hafiz, ustaz dan imam masjid?" Macam mana acuannya, macam tu la hasilnya. Monkey see, monkey do. Kan? Ok sekian perkongsian untuk hari ni. Semoga bermanfaat.

Guard Hospital C@bul Mangsa Bertelekung

IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit. Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit. “Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam. “Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati. “Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju. “Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya. Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap. “Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya,” katanya. Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. – Sinar

Tuesday, March 24, 2015

Suami Penyayang Buat Ambulans Sendiri

Liaonin (China): Seorang petani di sini membuat sendiri ambulans untuk membawa isterinya berulang alik ke hospital dua kali seminggu sejak 10 tahun lalu. Kereta tarik itu setakat ini sudah meliputi perjalanan sejauh 50,000 kilometer sejak ia mula digunakan untuk mengangkut isteri lelaki berkenaan yang lumpuh untuk menjalani rawatan. Lebih menarik lagi, ia dilengkapi beg oksigen, ubat kecemasan dan tandas mudah alih. Kisah lelaki itu menjadi satu lagi contoh kesetiaan ramai pasangan tua di China yang tersebar baru-baru ini. Sebelum ini, seorang wanita di Sichuan menjadi terkenal selepas gambarnya tersebar menunjukkan dia menarik suaminya yang lumpuh di atas katil mudah alih untuk berehat di luar rumah. Tahun lalu, pengguna Internet terharu dengan kisah seorang lelaki menyuap isterinya, juga lumpuh, dari mulut ke mulut sejak 11 tahun lalu. – Agensi

Anita Sarawak Bercerai Dengan Mahathir?

Penyanyi dan pengacara bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak digosipkan telah berpisah dengan suaminya Mahathir Abdullah akibat perkahwinan mereka dilanda masalah. Malah menerusi laporan BiPopi, pasangan ini dikhabarkan sudah berpisah sejak tahun lalu dan kini Anita atau lebih dikenali sebagai Kak Nita kembali menyanyi di tempat lamanya iaitu di Caesar’s Palace, Las Vegas, USA. Walauapapun sehingga kini Anita Sarawak belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi.

Tak Datang Majlis Berinai, Bukan Sebab Elak Jumpa Tasha Shila – Kaka

PENYANYI Kaka Azraff dilihat tidak muncul pada majlis berinai pelakon Sharifah Sakinah 21 Mac lalu bukan kerana mahu mengelak bertemu Tasha Shilla selepas dia dikatakan merampas kekasih wanita itu. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 26, sebaliknya berkata, dia terikat dengan penggambaran drama berjudul Dunia Generasi Baru, memetik Mstar Online. “Bukan saya tidak mahu datang tetapi ketika majlis itu berlangsung saya sedang menjalani penggambaran drama. Bukan majlis itu sahaja, majlis resepsi Hanez Suraya pun saya tidak dapat datang. “Saya tidak pernah berniat untuk mengelak daripada siapa pun termasuk Tasha Shilla kerana saya tahu bahawa saya tidak bersalah dalam hubungan mereka,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Bukan Hal Aku, di pejabat Warner Music, di Petaling Jaya, semalam. Kaka diminta mengulas tentang ketidakhadirannya pada majlis malam berinai Sharifah Sakinah pada Sabtu lalu selepas timbul gosip dia bimbang berjumpa Tasha Shilla kerana merampas kekasih wanita itu, Hans Wong. Kaka dan Tasha Shilla merupakan antara rakan baik yang pernah mengikut Sharifah Sakinah bercuti di Bali bagi meraikan pesta ‘Bridal Shower’ pelakon itu pada Januari lalu. Khabar angin sebelum ini mengatakan Kaka menjadi punca hubungan percintaan Tasha Shilla dan kekasihnya Hans berantakan. Dalam pada itu, Kaka memberitahu dia enggan mengulas panjang tentang gosip tersebut berikutan ia adalah satu fitnah yang berat buat dirinya. “Saya tidak mahu cakap banyak tentang perkara itu dan biar Hans dan Tasha yang buka mulut menjelaskannya, lagi pun saya dengar mereka sudah berbaik semula. “Saya anggap khabar angin ini hanyalah satu fitnah dan satu hari nanti orang akan tahu kebenarannya,” ujar Kaka. Sementara itu, ditanya tentang hubungannya dengan pelakon wanita itu apabila timbul gosip tersebut, Kaka berkata dia hanya mengenali Tasha sebagai rakan artis dan hanya bertemu pada majlis-majlis hiburan sahaja. Dalam pada itu, bercerita tentang single Bukan Hal Aku, Kaka berkata ia adalah lagu yang benar-benar menepati cita rasanya.

Hati-Hati Para Wanita 5 Gambar Kamera Tersembunyi Terbaru Ini Merakam Aksi Ghairah Anda Tanpa Sedar !

Sejak belakangan ini, perbincangan di internet dihebohkan dengan beredarnya foto closed circuit television (CCTV) atau kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju. Pihak Kastam dan Cukai telah mencari barang tersebut dan mengimbau masyarakat, terutama perempuan, untuk lebih berhati-hati ketika di pusat membeli-belah atau tandas. CCTV Berbentuk Gantungan Baju CCTV Berbentuk Gantungan Baju Foto yang diambil dari salah satu web jual beli online CCTV Berbentuk Gantungan Baju Para penjual di website jual beli online secara terang-terangan menampilkan gambar mangsa CCTV Berbentuk Gantungan Baju Dari iklan yang ditampilkan penjual ini, jelas sekali bahwa produk ilegal ini menyasar kaum wanita Bahkan para penjual tersebut melayani jasa pengiriman langsung atau melalui transaksi pertemuan (cash on delivery/COD). Sejak kebelakangan ini, perbincangan di internet dihebohkan dengan beredarnya foto closed circuit television (CCTV) atau kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju.Pihak Kastam dan Cukai telah mencari barang tersebut dan mengimbau masyarakat, terutama perempuan, untuk lebih berhati-hati ketika di pusat membeli-belah atau tandas.
Gambar yang diambil dari salah satu web jual beli online
CCTV Berbentuk Gantungan Baju Para penjual di laman web jual beli online secara terang-terangan memaparkan gambar mangsa
CCTV Berbentuk Gantungan Baju Dari iklan yang dipaparkan penjual ini, jelas sekali bahawa produk haram ini menyasar kaum wanita
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.