Friday, March 13, 2015

Fathia & Keith Foo Ber "Ehemmm" di Hutan?

Awal tahun lalu, drama bersiri, Ariana Rose mencatat fenomena apabila ia menjadi tontonan jutaan penonton. Kepopularitian Ariana Rose turut menjulang nama dua bintang utamanya iaitu Fathia Latiff dan Keith Foo. Kini, mereka sekali lagi digandingkan dalam sebuah drama bersiri iaitu Dia Isteri Luar Biasa yang masih dalam proses penggambaran. Berita ini pasti menggembirakan peminat ‘couple Ariana Rose’ yang rindukan aksi mereka berdua. Sememangnya bukan sahaja peminat yang excited, Fathia sendiri mengakui yang dia rasa gembira kerana dapat berjumpa semula dengan Keith Foo.
“Apabila Fathia dapat offer berlakon drama Dia Isteri Luar Biasa ini, Fathia rasa happy sebab akan berjumpa semula dengan Keith. Seronok berlakon dengannya,” kata Fathia kepada Mangga Online sewaktu ditemui dalam satu majlis tempoh hari. Lebih menariknya, Fathia bukan sahaja digandingkan dengan Keith Foo, dia juga dipertemukan dengan Shukri Yahaya yang sedang popular menerusi drama bersiri, Asam Pedas Untuk Dia. Sebagaimana Ariana Rose yang diadaptasi daripada novel iaitu The Wedding Breaker karya Evelyn Rose, Dia Isteri Luar Biasa juga adalah adaptasi daripada novel berjudul Dia… Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah. Menerusi drama Dia Isteri Luar Biasa, Fathia mendukung watak Dewi Yusra. Sementara Shukri Yahaya memegang watak Raden Amzar dan Ketih Foo pula mendukung peranan sebagai Kamarul. Baru-baru ini, mereka bertiga menjalani penggambaran drama ini di kawasan Hutan Belum iaitu di Tasik Banding, Gerik, Perak. Drama yang akan ditayangkan menerusi slot Akasia ini adalah produksi terbaru daripada Pena Creative Pictures Sdn. Bhd., milik Datin Ziela Jalil. (Foto: Ihsan Instagram Fathia Latiff)

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.