Wednesday, December 21, 2016

Polis Berjaya Tahan 2 Suspek Kes Rogol

Semalam, dua lelaki termasuk suspek kes rogol ditahan polis selepas berlaku pergelutan dalam kejadian di Kampung Tepi Sungai, dekat Tanah Merah. Dalam pada itu, suspek kes rogol berusia 27 tahun yang juga pemandu kereta jenis Proton Iswara dan penumpang, 34, ditahan pada jam 5 petang oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, Ketua Polis Daerah Tanah Merah menyatakan bahawa sebelum ditahan, dua lelaki itu cuba melarikan diri apabila polis cuba menahan dan mereka bertindak melanggar dua kereta Proton Waja yang dinaiki anggota polis terbabit. “Anggota polis terbabit kemudian keluar untuk menyerbu kenderaan suspek dan dalam usaha itu, mereka bertindak agresif. Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan kereta suspek sebelum menahan mereka” jelasnya hari ini. Menurutnya, polis merampas lima biji pil eramin 5, dua biji pil kuda dan satu tiub mengandungi dadah jenis heroin. “Polis turut merampas sebilah pisau, sebilah parang dan sebilah pedang yang ditemui di dalam kenderaan mereka” katanya. “Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB), Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.