Sunday, August 16, 2015

AWAS!!! “Anak Saya Nyaris Diculik Van Putih..”- Mereka Cari Mangsa Di Melaka Pula

Isu van putih yang menculik kanak-kanak pernah viral di negara kita sebelum ini. Baru-baru ini pula seorang bapa memuatnaik di facebook beliau kejadian yang melibatkan van putih dan anak beliau. Pihak polis pernah menafikan kewujudan kisah van putih ini, namun beberapa kejadian yang dikatakan menimpa beberapa buah keluarga tidak sepatutnya dipandang ringan. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu kita terapkan dalam diri kita dan anak-anak semoga kejadian yang tidak diingini dapat dihindarkan. Dari Facebook :- Peringatan kepada semua ibu bapa. Saya terpanggil untuk kongsikan apa yang berlaku pada 10 Ogos (Melaka) baru-baru ini. Pada jam 4.53 petang, anak saya keluar membuang sampah di luar rumah. Mungkin kerana dia ingat pesan saya supaya berhati-hati dan tengok kiri kanak terlebih dahulu jika mahu keluar rumah. Jadi, dia sangat berhati-hati pada hari itu. Dari jauh, dia nampak sebuah van berwarna putih di hujung lorong rumah kami. Dengan tiba-tiba van itu dengan pintu yang terbuka meluru ke arah anak saya. Mujurlah autogate sempat tertutup kemas. Namun, van putih itu undur semula dengan laju. Mungkin dengan harapan anak saya akan keluar semula. Nasib baik dia sempat menyorok. Setelah beberapa ketika, barulah van putih itu berlalu. Ya Allah, berderau darah saya bila tengok balik kejadian itu melalui rakaman CCTV. Namun, Alhamdulillah, syukur kerana anak saya selamat dan dilindungi Allah.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.