Sunday, December 6, 2015

Anak Saudara Saya, Tunku Jalil Baru Mangkat Kembali Ke Rahmatullah” – Tengku Puan Pahang

Dalam kekecohan berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim akhirnya ianya disahkan oleh Tengku Puan Pahang. Tunku Jalil diberitakan mangkat sekitar jam 7.00 malam ini. Berita sedih itu dikongsi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi. “Innalillahiwainnailaihirojiun… Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah…al-Fatihah,” tulisnya. Makluman rasmi telah dikeluarkan oleh Istana Johor berhubung kemangkatan Tunku Abdul Jalil. Sementara itu, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman pula memuatnaik gambarnya bersama Almarhum dengan kapsyen, ‘al-Fatihah’. Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu. Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.