Sunday, December 6, 2015

G25 Cadang Hapuskan Hukuman Khalwat, Anggap Ia Hak Asasi Kalau Dibuat Di Rumah Sendiri

Sebelum ini, mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kini mereka mencadangkan pula pemansuhan hukuman untuk kesalahan berkhalwat yang merupakan undang-undang syariah. Itulah cadagan dari satu kumpulan yang terdiri dari bekas kakitangan awam, G25 yang mendakwa ia melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Wakil atau jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan itu menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak privasi setiap individu. Bagi mereka, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali ia dilakukan di kawasan awam. Beliau berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu. “Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah. “Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya menurut akhbar Utusan Malaysia. Cadangan itu disuarakan Noor Farida dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di ibu negara, semalam. Cadangan itu disifatkan tidak masuk akal oleh sesetengah orang kerana mengakui hukuman perbuatan khalwat diperuntukkan untuk menghalang terjadinya persetubuhan haram dan pembuangan bayi tidak sah taraf semakin berleluas. Selain itu, pandangan awam yang dapat melihat orang yang tiada hubungan suami isteri keluar dan masuk kerap ke dalam rumah pelaku hanya akan memburukkan pandangan masyarakat yang melihat perlakuan sumbang berkenaan. Turut hadir dalam forum berkenaan ialah Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi. Beliau berkata, pelaksanaan undang-undang syariah akan menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan Persekutuan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai kesalahan jenayah. “Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.