Tuesday, June 16, 2015

Kantoi!! Amaran Bagi Pendera Haiwan

PETALING JAYA – Satu rang undang-undang Kebajikan Haiwan akan diwujudkan dengan memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun jika disabit kesalahan. Kesalahan itu juga termasuk sesiapa yang memukul, menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan. Ketua Pegawai Operasi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA), Lorna Fisher berkata apa yang boleh dilakukan terhadapa haiwan terbiar ialah mempunyai pengurusan yang berkesan secara berperikemanusiaan. “Kita hidup dalam keadaan mempunyai moral yang rendah terhadap haiwan-haiwan terbiar, tiada sebarang undang-undang melindungi haiwan tersebut. “Sesiapa sahaja, sama ada badan kerajaan atau individu, yang mahu menangkap atau membunuh haiwan terbiar dengan kaedah kejam kini boleh didakwa di bawah Rang Undang-undang itu”, katanya. Tambah Fisher, rakyat Malaysia yang melaporkan kes penderaan haiwan akan bertindak sebagai saksi semasa perbicaraan. “Saya telah melihat begitu banyak pendera haiwan terlepas salah laku mereka kerana tiada siapa yang mahu berdiri dan bertindak sebagai saksi kepada kes itu. “Oleh itu, jika anda melihat sesuatu penderaan sila tampil ke hadapan dan menjadi saksi supaya pendera haiwan juga akan didakwa,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.