Friday, June 12, 2015

Pelajar dir0gol kenalan WeChat

Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini, bukan sahaja menjadi mangsa r0gol, malah turut dic@bul oleh rakan lelaki yang hanya dikenal melalui wechat, awal Mei lalu. Kejadian malang yang dilalui mangsa, 13, bermula pada 2 Mei lalu, apabila suspek yang dipercayai seniornya di sekolah sama mengajak untuk berjumpa di sebuah kedai runcit lebih kurang jam 2.50 petang. Bagaimanapun, pada awalnya, mangsa dikatakan menolak pelawaan suspek tetapi sebaliknya bertindak bodoh dengan mengajak suspek bertandang ke rumahnya di Kampung Jati, Gong Badak, di sini. Menurut sumber, tindakan mangsa itu membawa padah apabila suspek terus bersetuju dan tiba di rumah mangsa lebih kurang jam 3 petang, hari kejadian. “Mangsa dipercayai mengajak suspek masuk ke dalam rumah sebelum kedua-duanya berehat di ruang tamu sambil bersembang. “Namun, setelah beberapa minit berlalu, suspek mula bertindak di luar kawalan apabila dipercayai melakukan kekerasan jenayah seksual dengan meraba dan merogol mangsa di situ,” katanya.
Jelasnya, sebaik sahaja melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek terus melarikan diri meninggalkan mangsa kerana bimbang perbuatannya disedari ahli keluarga ataupun jiran mangsa yang berada berhampiran. Katanya lagi, mangsa yang mengambil keputusan berdiam diri dan tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis bagaimanapun sekali lagi berdepan kejadian sama apabila dicabul suspek, pada 18 Mei lalu, lebih kurang jam 9.15 pagi di sekolah mereka. Kecewa diperlakukan sedemikian, mangsa nekad membuat laporan polis berhubung kejadian. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian serta menjelaskan suspek yang dicari sejak laporan dibuat berjaya ditangkap pada 9 Jun lalu dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.