Sunday, August 30, 2015

Rakyat Malaysia Ditahan Di Singapura Kerana Bawa Aksesori Vape?

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura berhubung rampasan rokok elektronik dan beberapa peralatan berkaitan dengannya. Sembilan set rokok elektronik dan 113 botol aksesori rokok elektronik dijumpai dalam sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal Ahad lepas. Sebahagian daripada rokok elektronik itu dijumpai tersembunyi di dalam but manakala selebihnya dijumpai di belakang ruang simpanan kecil, dalam ruang radio dan di bawah kerusi belakang kereta berkenaan. Suspek berusia 26 dan 34 tahun itu kini membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan menyeberangi Tambak Johor.

Friday, August 28, 2015

Cerita Sebenar Pengawal Keselamatan Hospital Di Kota Bharu Dibelasah Beramai-Ramai

Visual video berdurasi 1minit 26 saat yang memaparkan beberapa orang lelaki memukul seorang pengawal keselamatan hospital di Kota Bahru mula viral hari ini. Pergaduhan yang dilaporkan berlaku petang semalam itu dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi. Sementara itu, pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan ada berlaku pergaduhan antara beberapa pelawat dan pengawal keselamatan di hospital itu seperti tersebar di laman sosial Facebook semalam. Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk beramai-ramai. Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalangnya membawa kanak-kanak ke dalam wad itu. "Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan. "Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua," katanya di sini, hari ini. Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat. Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat. Dipetik dari FB Muhammad Nizam Bin Ismailkejadian dikatakan berlaku di hospital besar KB,seorang pengawal keselamatan dipercayai dipukul,siapa yang ada/tahu kes sebenar yang telah berlaku ini? Posted by Media sensasi panas on Wednesday, August 26, 2015

Thursday, August 27, 2015

Lagi! Orang Awam Ditelan Lubang di Tempat Menunggu Bas

Jika sebelum ini kejadian tangga eskalator menelan seorang ibu yang meragut nyawanya telah menimbulkan kebimbangan di negara China dan juga kebimbangan tersebut menyelubungi sehingga ke Malaysia, namun terbaru kisah hampir sama pula terjadi. Kejadian yang juga berlaku di China memaparkan orang ramai telah ‘ditelan’ ke dalam sebuah lubang ketika menunggu bas. Semasa kejadian berlaku orang ramai dilihat lalu lalang di kawasan berkenaan berhampiran tangga stesen bas Harbin yang secara tiba-tiba lantai kawasan tersebut telah runtuh. orang ditelan lubang Berdasarkan video yang telah dimuatnaik portal berita Xinhua China melalui laman Twitternya memaparkan kejadian tersebut di mana lima orang awam sedang berdiri dan kemudiannya telah ‘ditelan’ oleh lantai kawasan berkenaan yang runtuh. Seorang lelaki dilihat berjaya memaut di wayar kabel yang ditanam dibawah lantai berkenaan dan empat orang lagi jatuh ke dalam lubang sedalam dua meter. Mereka yang jatuh dilaporkan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berhampiran.

Saturday, August 22, 2015

DUNIA AKHIR ZAMAN!! Perempuan Murtad Berz1na Dengan Dua Anak Lelaki Mati Dalam Keadaan Yang SANGAT Menggerikan

Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya. Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur. Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu. Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai. Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”. Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur……… Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum? Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita. Wallahualam.. Nauzubillah Min Zalik

Thursday, August 20, 2015

Lelaki Cina Kena Penampar Provokasi Lelaki India Di Singapura?

KISAH dalam video ini dikatakan terjadi di Singapura apabila seorang berbangsa Cina dengan terang dan jelas mengatakan perkara yang buruk kepada seorang lelaki dan isterinya yang berbangsa India. Bukanlah untuk mewujudkan unsur perkauman di dalam entri ini tetapi cuba untuk menunjukkan betapa jangan keterlaluan dalam meluahkan rasa marah kepada sesuatu pihak kerana buruk padahnya nanti. Dalam kejadian ini, lelaki Cina itu diilihat memanggil lelaki India dan isterinya itu dengan panggilan yang amat menghina bagi bangsa India. Lelaki berkenaan yang tidak mahu memanjangkan isu sudah mula berlalu pergi tetapi lelaki Cina itu berterusa menyebut beberapa perkataan provokasi. Akibatnya, lelaki India tadi berpatah balik dan terus melempang lelaki Cina berkenaan kerana melakukan provokasi kepada pasangan berkenaan. Video itu viral di laman sosial Facebook dan ada antara komen yang menyebut, nasib lelaki Cina itu pastinya berbeza jika melakukan perkara berkenaan di Malaysia.

Wednesday, August 19, 2015

Gempar!! Monster Laut di Teluk Maksiko Terakam Kamera?

MEXICO CITY - Sesosok monter laut yang mirip dengan ubur-ubur tertangkap kamera di Teluk Meksiko. Mahluk tersebut memiliki kepala bulat, lalu memiliki empat buah tentakel berwana abu-abu tua. Melansir Mirror pada Rabu (19/8/2015), video penampakan mahluk aneh tersebut tertangkap kamera yang terpasang di drone bawah laut. Lalu, video tersebut diunggah ke laman Youtube oleh seorang pengguna Youtube, Phillip Trudeau, kemarin. Video itu telah dilihat oleh lebih dari 7.000 orang. Menurut beberapa ahli, mahluk tersebut adalah Stygiomedusa gigantea, salah satu spesies ubur-ubur raksasa yang sangat langka. Ubur-ubur ini diketahui baru 100 kali terlihat, dalam kurun waktu 100 tahun terakhir. Stygiomedusa gigantea disebut-sebut sebagai predator invertebrata terbesar di ekosistem laut dalam. Ubur-ubur raksasa ini pertama kali ditemukan pada awal 1900-an, dan semenjak itu penelitan mengenai mahluk luar biasa tersebut terus berlanjut. Ini bukan pertama kali ada mahluk laut dalam dengan perawakan seperti monster atau alien yang tertangkap kamera. Beberapa waktu lalu nelayan Rusia di Samudera Pasifik dikejutkan oleh kemunculan monter cumi-cumi yang memiliki panjang hampir dua meter.

Video Hantu Di Lebuhraya LPT2 Ajil!!!

Kami tidak pernah menyangka akan dapat menonton video hantu di Lebuhraya LPT 2 berdekatan Ajil. Sebelum ini beberapa orang yang agak nakal pernah menyamar sebagai hantu untuk menakutkan pengguna jalanraya. Namun berdasarkan video ini sememangnya mustahil untuk sesiapa menyamar memandangkan hantu tersebut turut terbang tinggi rendah. Seorang manusia tidak mungkin berupaya melakukan perkara sedemikian. Menurut sumber, video ini telah dirakam oleh anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan tersebut. Walauapapun, kita perlu ingat bahawa tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah s.w.t. Hantu sekadar makhluk Allah yang ada banyak kelemahan.

Tuesday, August 18, 2015

Remaja Perempuan Terlampau!!

London – Polis Britain sedang menyiasat rakaman video seorang remaja perempuan membelasah mangsanya, juga seorang remaja perempuan sambil diperhatikan orang ramai termasuk kanak-kanak. Dalam video yang dikatakan dirakam di Cowdenbeath, Fife, remaja perempuan itu dilihat menekan mangsa ke tembok sambil ketawa sebelum mengheret mangsa jatuh ke tanah dan menekan lututnya pada kepala mangsa Rakaman selama tiga minit setengah yang sudah ditonton lebih 1.2 juta kali itu menunjukkan remaja perempuan itu menjeritkan kata-kata kesat kepada mangsa sambil membelasahnya. Dia juga dilihat menghentak kepala mangsa ke tanah beberapa kali walaupun rakan-rakannya menyuruhnya berhenti. Remaja perempuan itu berkata dia berbuat demikian sebagai balasan tindakan bapa mangsa membuat laporan polis terhadap bapanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya sedang menyiasat rakaman video itu, lapor Daily Mail.

Sunday, August 16, 2015

AWAS!!! “Anak Saya Nyaris Diculik Van Putih..”- Mereka Cari Mangsa Di Melaka Pula

Isu van putih yang menculik kanak-kanak pernah viral di negara kita sebelum ini. Baru-baru ini pula seorang bapa memuatnaik di facebook beliau kejadian yang melibatkan van putih dan anak beliau. Pihak polis pernah menafikan kewujudan kisah van putih ini, namun beberapa kejadian yang dikatakan menimpa beberapa buah keluarga tidak sepatutnya dipandang ringan. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu kita terapkan dalam diri kita dan anak-anak semoga kejadian yang tidak diingini dapat dihindarkan. Dari Facebook :- Peringatan kepada semua ibu bapa. Saya terpanggil untuk kongsikan apa yang berlaku pada 10 Ogos (Melaka) baru-baru ini. Pada jam 4.53 petang, anak saya keluar membuang sampah di luar rumah. Mungkin kerana dia ingat pesan saya supaya berhati-hati dan tengok kiri kanak terlebih dahulu jika mahu keluar rumah. Jadi, dia sangat berhati-hati pada hari itu. Dari jauh, dia nampak sebuah van berwarna putih di hujung lorong rumah kami. Dengan tiba-tiba van itu dengan pintu yang terbuka meluru ke arah anak saya. Mujurlah autogate sempat tertutup kemas. Namun, van putih itu undur semula dengan laju. Mungkin dengan harapan anak saya akan keluar semula. Nasib baik dia sempat menyorok. Setelah beberapa ketika, barulah van putih itu berlalu. Ya Allah, berderau darah saya bila tengok balik kejadian itu melalui rakaman CCTV. Namun, Alhamdulillah, syukur kerana anak saya selamat dan dilindungi Allah.

Friday, August 14, 2015

Kantoi Tonton Video Lu c@h Di Kuliah Kerana Headfon Rosak!

INI betul-betul kes naya, seorang pelajar di sebuah universiti di luar negara kantoi dan malu besar apabila menyaksikan prno di dalam kelas tetapi tidak menyedari bahawa alat headfonnya rosak. Ketika kelas berlangsung, semua pelajar di dalam dewan kuliah yang besar itu boleh mendengar suara pelakon di dalam filem lu@ch berkenaan beraksi. Lelaki berkenaan yang memakai headfon pada mulanya tidak menyedari apa-apa tetapi apalia melihat semua orang di dalam kelasnya memberi tumpuan dan ketawa memandangnya baru dia menyedari sesuatu yang tak kena telah berlaku. Dia kemudiannya cuba menutup dan memperlahankan bunyi komputer ribanya itu tetapi gagal. Kerana malu yang teramat sangat pelajar berkenaan kemudian melarikan diri keluar daripada kelas berkenaan. Pastinya lelaki itu amat malu kerana seluruh dewan kuliah dapat mendengar suara pelik yang keluar daripada filem luc@h berkenaan. Pelajar berkenaan dikatakan menuntut di University New South Wales di Sydney, Australia dan kelihatan juga ada pelajar yang mungkin dari Malaysia berada di dalam video berkenaan.
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.