Dalam kekecohan berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim akhirnya ianya disahkan oleh Tengku Puan Pahang. Tunku Jalil diberitakan mangkat sekitar jam 7.00 malam ini.
Berita sedih itu dikongsi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun… Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah…al-Fatihah,” tulisnya.
Makluman rasmi telah dikeluarkan oleh Istana Johor berhubung kemangkatan Tunku Abdul Jalil.
Sementara itu, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman pula memuatnaik gambarnya bersama Almarhum dengan kapsyen, ‘al-Fatihah’.
Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.
Al-Fatihah.
Showing posts with label Info berita. Show all posts
Showing posts with label Info berita. Show all posts
Sunday, December 6, 2015
Monday, October 26, 2015
Penumpang Malindo Air Cemas, Vaper Terbakar Dalam Pesawat?
Penumpang dan anak kapal pesawat Malindo Air cemas seketika selepas bateri Vaper (rokok elektronik) milik seorang penumpang penerbangan itu terbakar secara tiba-tiba.
Kejadian itu berlaku pada pukul 6.45 petang semalam selepas pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu untuk ke KLIA2.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kebakaran itu berlaku semasa penumpang itu sedang menonton tayangan video di paparan skrin tempat duduknya.
“Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.
“Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, tindakan pantas anak kapal penerbangan itu berjaya mengawal kebakaran dan pesawat Boeing 737-800 itu berjaya mendarat dengan selamat di KLIA2 pada pukul 8.44 malam.
Beliau berkata lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat.
Namun tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu.
Monday, October 19, 2015
Harga Topup Prabayar Kembali Pada Asal 1 November Ini??
Para pengguna talian mudah alih prabayar nampaknya akan dapat menarik nafas lega bulan depan apabila harga pembelian tambah nilai perkhidmatan itu akan kembali seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 November depan.
Pengumuman akan dibuat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam). Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata Kastam telah membincangkan hal berkenaan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya pengguna idak lagi dikenakan bayaran tambahan.
Dengan nada tegas, kerajaan tidak akan bertoleransi lagi dengan syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan langkah berkenaan.
Tindakan selanjutnya akan diambil jika Telco masih berdegil.
“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu, yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10, kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,” katanya.
Johari berkata demikia dalam sidang media selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak di ibu negara semalam.
Katanya, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada pihak Telco seperti sebelum ini bahawa sistem komputer mereka belum bersedia, kerana tempoh yang telah diberikan kepada Telco terlalu lama.
“Jika pihak Telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.
“Sebab, secara logiknya kalau pihak Telco tidak bersedia kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan,” katanya.
Perkembangan terbaru ini pastinya membawa harapan kepada banyak pengguna pra bayar khususnya mereka yang bergelar pelajar dan yang berpendapatan rendah.
Diharapkan pada 1 November nanti, tiada lagi perubahan akan berlaku seperti sebelum ini apabila pengumuman sama ditangguhkan ekoran pihak Telco masih tidak bersedia.
Sunday, October 11, 2015
MH370 : Gambar Lokasi MH370 Dan Bendera Malaysia Diserah Pada Polis?
Sandakan: Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik MH370 telah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay yang dibawa ke Malaysia oleh ibu saudaranya.
Jamil Omar, 46, berkata dia mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dari ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, yang melawat saudara di Filipina.
Menurut laporan sebelum ini, bendera itu diambil oleh penduduk di kawasan penemuan bangkai tersebut.
“Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.
“Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.
“Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu,” katanya memetik laporan myMetro.
Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.
“Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.
“Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit,” katanya.
Thursday, October 8, 2015
Kantoi!! Video Bert3lanjang bulat, patut kunci pintu… kejadian berlaku di Puchong !!
PUCHONG – Keengganan beberapa tukang urut membuka pintu bilik di sebuah pusat urutan di Bandar Puteri di sini, membongkar kegiatan tidak bermoral dijalankan di premis terbabit.
Hasil serbuan dijalankan, tukang urut didapati dalam keadaan berbogel bersama pelanggan di atas tilam nipis di bilik tersebut.
Ketika serbuan kira-kira jam 12.05 pagi tadi, tukang urut terbabit pada mulanya enggan membuka pintu dan berdiam diri dalam bilik urutan.
Anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor kemudian terpaksa memecahkan pintu apabila arahan tidak diikuti.
MKL Crimedesk | Imigresen Putrajaya Cekup Tukang Urut Bog3l
Saturday, September 5, 2015
Ustaz Sharhan akhirnya buat pendedahan isu khalwat libatkan dirinya??
Berita panas yang terpapar di akhbar ini mengundang banyak persoalan dari pembaca. Masing-masing minta pendapat adakah logik isi berita yang dibaca di media.
Tanpa prejudis dan menyentuh kewibawaan mahkamah, kami setuju dengan pendapat pembaca bahawa ada kekeliruan di sebalik kes ini. Ini kerana agak pelik juga bilamana 2 wanita adik beradik ini boleh 'berkhalwat' dengan seorang ustaz. Si adik bahkan sudah mengaku salah dalam pertuduhan pertamanya.
Seperkara lagi, agak pelik apabila Ustaz Sharhan yang sering kita lihat di TV ini tidak hadir ke mahkamah untuk penyelesaian kes ini. Bahkan diberitakan di mana duduknya beliau juga tidak diketahui.
Khilaf begini boleh terjadi pada sesiapa sahaja kerana kita semua manusia biasa yang tidak maksum. Sebelum ini pun banyak juga dilapurkan kes khalwat melibatkan pemimpin politik, guru agama, ustaz, imam bilal dan sebagainya. Ada juga yang mengaku salah walaupun kebanyakkannya mencari helah.
Untuk kes Ustaz Sharhan ini kami terfikir akan beberapa kemungkinan yang boleh memberi ruang untuk kita bersangka baik dan membersihkan nama beliau....
Umi Masjuri adalah isteri beliau
Boleh jadi beliau telah bernikah di mana-mana, atau telah dinikahkan oleh wali mereka tanpa rekod, namun enggan diketahui umum pernikahan itu atas sebab-sebab yang kita tidak tahu.
KESIMPULAN
Ada baiknya juga jika Ustaz sendiri atau mana-mana kaum kerabatnya yang tahu cerita sebenar tampil berkongsi maklumat yang kira-kira boleh mengurangkan atau membersihkan fitnah yang telah berlaku.
Namun begitu, penting sekali kita semua lebih berhati-hati. Gandakan usaha untuk mematuhi arahan Allah agar perbuatan yang 'mendekatkan diri' kita dengan zina dapat dijauhi. Jagalah aurat dan batas pergaulan kita, baik dengan ustaz, imam, bahkan terhadap abang, bapa dan datuk kandung kita juga.
Semuga apa yang telah berlaku dapat sama-sama kita ambil pelajaran dan iktibar daripadanya.
Ayoyo!!!'Wajah-Wajah “Wanted” Oleh PDRM
Polis Di Raja Malaysia kelmarin telah mengedarkan wajah-wajah para peserta demo BERSIH 4.0 yang telah memijak dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam masa yang sama, pihak PDRM telah mengumumkan, pihak polis akan memberi ganjaran kepada mereka yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya perlaku berkenaan.
Walau bagaimanapun, jumlah ganjaran berkenaan bergantung kepada maklumat yang diberi oleh penyalur maklumat berkenaan sehingga tertangkapnya mereka yang dikehendaki.
Berikut merupakan gambar-gambar mereka yang dikehendaki oleh pihak polis.
Friday, September 4, 2015
GEMPAR!!! MAUT DI MALAM PERTAMA SELEPAS MENYENTUH ISTERI. PASANGAN BARU BERKAHWIN DI MINTA BERJAGA-JAGA!!!
JOHOR BAHRU .. Seorang pemuda yang berusia 21 tahun hanya sempat sehari merasa nikmat pengantin baru. Mangsa di temui maut oleh pasangannya yang juga merupakan NENEK berusia 59 tahun pada keesokan hari selepas mereka di ijab kabulkan.
NENEK tersebut di temui masih berada dalam keadaan trauma. Beliau memberitahu, malam tersebut mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda malah seronok menikmati malam pertama. Menurut NENEK itu lagi selepas menyediakan sarapan untuk suaminya beliau mendapati suaminya masih terbaring dan sudah tidak bernyawa lagi dengan mulut berbuih.
Polis merasakan tiada unsur jenayah. Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan terminum susu yang telah terlalu lama.... EXPIRED!!
Sunday, August 30, 2015
Rakyat Malaysia Ditahan Di Singapura Kerana Bawa Aksesori Vape?
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura berhubung rampasan rokok elektronik dan beberapa peralatan berkaitan dengannya.
Sembilan set rokok elektronik dan 113 botol aksesori rokok elektronik dijumpai dalam sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal Ahad lepas.
Sebahagian daripada rokok elektronik itu dijumpai tersembunyi di dalam but manakala selebihnya dijumpai di belakang ruang simpanan kecil, dalam ruang radio dan di bawah kerusi belakang kereta berkenaan.
Suspek berusia 26 dan 34 tahun itu kini membantu siasatan berhubung kegiatan penyeludupan menyeberangi Tambak Johor.
Friday, August 28, 2015
Cerita Sebenar Pengawal Keselamatan Hospital Di Kota Bharu Dibelasah Beramai-Ramai
Visual video berdurasi 1minit 26 saat yang memaparkan beberapa orang lelaki memukul seorang pengawal keselamatan hospital di Kota Bahru mula viral hari ini.
Pergaduhan yang dilaporkan berlaku petang semalam itu dipercayai berpunca daripada salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi.
Sementara itu, pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan ada berlaku pergaduhan antara beberapa pelawat dan pengawal keselamatan di hospital itu seperti tersebar di laman sosial Facebook semalam.
Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk beramai-ramai.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalangnya membawa kanak-kanak ke dalam wad itu.
"Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.
"Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua," katanya di sini, hari ini.
Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat.
Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat.
Dipetik dari FB Muhammad Nizam Bin Ismailkejadian dikatakan berlaku di hospital besar KB,seorang pengawal keselamatan dipercayai dipukul,siapa yang ada/tahu kes sebenar yang telah berlaku ini?
Posted by Media sensasi panas on Wednesday, August 26, 2015
Wednesday, July 1, 2015
Ahmad Maslan Dikutuk Teruk Di Laman Sosial, Rupanya Fitnah??
KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menerima banyak pahala daripada netizen yang mengutuk dan mengejeknya ekoran kenyataan dari Facebook menyentuh berkenaan kenaikan harga minyak.
Bermula hari ini, harga bahan api RON95 naik sebanyak 10 sen manakala RON97 naik sebanyak 20 sen.
Sejak pagi tadi, di laman sosial Facebook kononnya satu status Facebook daripada Ahmad yang mengulas berkenaan kenaikan harga itu.
“Minyak naik RM0.10, tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?,” menurut status itu yang tertera padanya tarikh 1 Jun lepas.
Ahmad tampil menjelaskan bahawa status Facebook yang tersebar itu merupakan fitnah yang ditujukan terhadap dirinya dan dia tidak menulis sebegitu pada 1 Jun lepas.
“Ini tweet palsu, kerja orang tak betul dan fitnah, 1/6 (1 Jun) saya tak ada tweet begitu, jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa,” katanya.
Kemudian beliau menjelaskan bahawa kenyataan palsu berkenaan merupakan status Facebook dan gambar yang digunakan di laman Facebook tidak sama dengan yang digunakan beliau di Twitter.
Jelas, beliau difitnah ekoran kenaikan harga bahan api itu dan ramai juga yang terbabit sama dalam menyebarkannya serta ditambah pula kutukan yang begitu pedas serta ada yang mengejek.
Bagaimanapun, biarpun sudah terbukti mereka bersalah memfitnah Ahmad, tiada pun seorang daripada mereka yang tampil dan membuat status mahupun tweet memohon maaf kepada beliau kerana terlibat sama memfitnah.
Thursday, June 18, 2015
Kantoi! 6 warga emas dicekup tanpa segan silu makan di kedai makan bukan Islam
Beberapa warga emas dicekup di sebuah kedai makan bukan Islam pada hari pertama Ramadan. – Astro AWANI
BANDAR MELAKA: Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu berada di sebuah kedai makan bukan Islam.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, hari ini.
Semasa serbuan itu dilakukan di dua premis di Bukit Rambai dan Tangga Batu, ada juga yang berjaya melarikan diri.
Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, enam warga emas dicekup kerana perbuatan mereka disifat amat memalukan kerana langsung tidak menghormati bulan Ramadan.
“Amat memalukan apabila segelintir umat Islam sanggup ponteng daripada berpuasa di premis makanan bukan Islam.
“Perbuatan mereka ini sebenarnya menjatuhkan imej dan menghina agama Islam.
“Kami pandang berat perkara ini dan mereka yang ditahan akan dikenakan tindakan,” katanya kepada pemberita selepas mengikuti operasi berkenaan.
Operasi itu dijalankan ke atas 13 premis perniagaan di sekitar bandar raya dan melibatkan 20 anggota penguatkuasa.
Tambah beliau, mereka yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan kedua, hukumannya berganda kepada RM2,000 dan penjara 12 bulan.
Rahimin turut menegur beberapa restoran makanan segera yang menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang.
Beliau berkata, operasi bukan sahaja mencegah kaki ponteng puasa sebaliknya pemantauan juga akan dilakukan di pusat-pusat hiburan untuk mengesan umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan.
Tambahnya, JAIM juga akan menaikkan lebih 2,000 poster dan kain rentang bagi mengingatkan kewajipan berpuasa dan menjauhi perkara dilarang agama.
Beliau turut bercadang untuk melakukan operasi bersama agensi kerajaan lain susulan mendapati banyak premis perniagaan yang gagal menjaga aspek kebersihan.
Sumber: Astro Awani
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI MALAYSIA | Umum mengetahui bahwa ummat islam yang berkemampuan diwajibkan membayar zakat fitrah seperti mana yang tertulis dalam rukun islam yang ke empat “membayar zakat” zakat fitrah dan juga zakat harta bagi yang mampu.
pada ummat islam umumnya bayaran Zakat seelok eloknya di buat bermula pada awal bulan ramadhan dan selewat lewatnya sebelum bulan syawal.
Berikut Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Setiap Negeri Di Malaysia Yang Telah Di Umumkan
Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
Cukup Haul– Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Sunday, May 17, 2015
Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun?
“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apabila saya mendapat tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu
“Saya meletak jawatan sebagai pengarah dan pengerusi Kumpulan Sagajuta pada 31 Mei 2012, sebuah syarikat yang didakwa ada kaitan dengan UFun,” kata Mohd Nazifuddin Mohd Najib dalam satu kenyataan pada Khamis.
Nafizuddin Mohd Najib, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh terbabit dengan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) UFun yang mencetuskan kontroversi.
“UFun menggunakan nama saya untuk menipu pembeli bagi menggalakkan mereka mendaftar dalam skim Ponzi mereka.
UFun mencetuskan kontroversi di Thailand kerana didakwa menipu lebih 100,000 mangsa di seluruh dunia dan pihak berkuasa Thai dan Malaysia menjalankan operasi untuk mengesan dalang di sebalik skim tersebut.
Beberapa individu telah ditahan semasa siasatan berhubung skim itu. Polis Thai turut mencari tiga warga Malaysia yang melibatkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UFun, Datuk Daniel Tay.
Dalam dua video di laman sosial YouTube baru-baru ini, Tay menafikan dakwaan syarikat beliau terlibat melakukan penipuan.
Sementara itu bercakap kepada The Malaysiakini, Nazifuddin percaya cubaan untuk mengaitkannya dengan Skim ini merupakan sebahagian daripada usaha yang disasarkan terhadap bapanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ini selepas sebuah video oleh televisyen NOW26 mengenai dakwaan kaitan Nazifuddin dengan Ufun, diedarkan kepada media sosial berdasarkan bahan promosi skim Ponzi itu.
“Mereka cuba untuk memfitnah semua orang yang ada kaitan dengan perdana menteri, termasuk anak-anak dan semua orang, mereka menyerang semua orang.
“Ini sememangnya tidak wajar dan saya harap tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.
Ianya muncul di tengah-tengah desakan, termasuk dari bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, supaya Najib meletak jawatan.
Nazifuddin berkata pengedaran video itu “mungkin bermotifkan politik”.
Sumber: MYKMU.NET
Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud?
Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu perjanjian kerjasama untuk mewujudkan satu terusan yang bakal menyebabkan Semenanjung Malaysia terputus dengan tanah besar Asia Tenggara menjadi sebuah pulau.
Perjanjian tersebut sebuah syarikat gergasi dari China dibenarkan melabur di selatan Thailand untuk pembinaan semula lapangan terbang, pelaburan dan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Thailand dan Pusat Pameran, pemasangan bas NGV dan yang paling penting membina sebuah terusan merentasi Selatan Thai.
Terusan Kra Isthmus atau Thai Canal itu bakal diwujudkan untuk memendekkan perjalanan kapal dagang dari China untuk ke Eropah iaitu sama konsep dengan Terusan Panama dan Terusan Suez.
Menurut MoU berkenaan, jumlah panjang Terusan Kra Isthmus yang dicadangkan ialah akan merentasi selatan Thai sepanjang 102 kilometer dengan lebar 400 meter lebar dan kedalaman mencecah 20 meter.
Dikatakan cadangan tersebut sebenarnya bukanlah cadangan baru tetapi telah di cadangkan oleh Raja Narai pada tahun 1677 lagi dengan meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.
Dengan kewujudan Terusan Kra Isthmus ini dikatakan dapat menjimatkan jarak perjalanan kapal -kapal dagang antarabangsa sejauh 1,200 kilometer kerana tidak perlu lagi melalui perairan Selat Melaka dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia.
Kewujudan terusan ini bukan sahaja dapat menjimatkan jarak perjalanan malahan menjimatkan kos bahan api, kos pengangkutan dan menjimatkan masa.
Anggaran awal kos pembinaan Terusan Kra Isthmus ialah USD $27 bilion dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Apabila siap ia akan menjadi terusan buatan manusia terbesar di Asia.
Bagaimanapun tarikh untuk projek pembinaan terusan itu masih belum diketahui.
Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura.
Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut. - Sikapkeli.my
Monday, May 11, 2015
Kantoi!! Beras Palsu Dari China,Awas!!
BERAS PALSU
- Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras."Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina. Dari aspek kesihatan pula beras ini jika dimakan dalam tempoh tertentu boleh menyebabkan penyakit kanser.
Lepas ni ape pulak lagi la yang palsu?
FB Promosi Mar1juana Atau G@nja Tidak Disekat SKMM?
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran agar menyekat laman Facebook yang dikesan giat mempromosikan mar1juana atau g@nja sebagai herba perubatan.
Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (BN-Kempas) berkata ini kerana pihak pengendali Facebook yang menggunakan nama MalaysianMedicalMar1juana itu sedang menyebarkan infomasi kepada masyarakat mar1juana bukan d@dah berbahaya tetapi mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan pengharamannya oleh kerajaan harus ditarik balik.
“Perbuatan ini adalah bercanggah dan bertentangan dengan dasar dadah negara di mana mar1juana termaktub di bawah Akta D@dah Berbahaya 1952.”
Laman Facebook berbahasa Malaysia itu menyokong usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak secara global supaya mar1juana atau g@nja tidak diharamkan dan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghormati negara yang menghalalkan mar1juana,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) di Nusajaya, semalam.
Beliau berkata hujah yang dimuat naik di laman soial berkenaan boleh mempengaruhi orang ramai untuk bertindak bertentangan dengan undang-undang negara.
Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata laman tersebut yang sudah mendapat 4,600 pautan dikhuatiri mencapai tahap yang sukar dibendung. – Bernama
Sunday, May 10, 2015
Terbaik!! Jutawan China Bawa 6,400 Pekerjanya Bercuti Di Perancis
Seronok kalau ada bos macam ini!
Seorang jutawan China membawa 6,400 pekerjanya bercuti selama empat hari di Perancis sekaligus memecahkan rekod dunia rantaian manusia di Cote D’Azur.
Pengerusi Syarikat Tiens Group, Li Jinyuan juga dikhabarkan menempah sehingga 140 hotel di Paris, dimana kumpulan pekerjanya itu dibawa melawat Louvre dan pelbagai tempat budaya di salah satu daripada bandar-bandar yang paling terkenal di dunia.
Mereka kemudiannya dibawa ke Cote D’Azur yang terkenal dimana Li Jinyuan menempah 4,760 bilik di 79 hotel empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.
Rombongan terbabit dibawa dengan 147 bas daripada hotel ke Promenade des Anglais di Nice, dimana pegawai Rekod Dunia Guiness mengesahkan rantaian manusia paling ramai di dunia.
Mereka kemudiannya menyusun barisan membentuk ejaan ‘Tiens’ sebagai satu bentuk meraikan 20 tahun perkongsian antara syarikat China dan rantau Perancis.
Thursday, May 7, 2015
Mahathir Mohammad Cedera Dipukul di PRK Permatang Pauh!!!
PERMATANG PAUH: Hari ini berlangsungnya PRK Parlimen Permatang Pauh. Bermula pada jam 7.00 pagi para pengundi mula berkumpul di beberapa buah pusat pengundian seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.
Menurut laporan mStar online, pada jam 9.15 pagi berlaku sedikit ketegangan apabila Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut dan semakin tegang setelah terdapat penyokong PKR membuat provokasi dengan membawa bungkusan seperti mayat diatas kereta.
Video suasana tegang, penyokong BN berperang mulut dengan penyokong PKR
Kekecohan di PRK Permatang Pauh, Mahathir Mohammad Cedera Dipukul
Pada jam 12.58, seorang petugas media dari KLXpress, Mahathir Mohammad cedera selepas dipukul dalam kekecohan yang berlaku di SK Tanah Liat.
Kekecohan di PRK Permatang Pauh, Mahathir Mohammad Cedera Dipukul3
Pada jam 12.58, seorang petugas media dari KLXpress, Mahathir Mohammad cedera selepas dipukul dalam kekecohan yang berlaku di SK Tanah Liat.
Wednesday, April 29, 2015
[Video]Lelaki Hina Muka Ahmad Maslan Macam Taiik B@bi Meninggal Dunia
Free Malaysia Today telah merakam sebahagian ceramah itu. Ia diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan hanya dihadiri kira-kira 50 orang walaupun bersebelahan dengan pasar malam dan kedai makan.
Ahmad Maslan berkata, beliau datang ke Permatang Pauh semata-mata untuk menerangkan kebaikan GST yang tidak membebankan rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau tidak kisah dikutuk mahapun dibaling batu asalkan rakyat mendapat penerangan sebenar kebaikan GST. Katanya, selagi rakyat marah dan ugut untuk membaling batu, selagi itulah beliau akan turun padang untuk memberi penerangan.
Dalam ceramah itu juga, Ahmad Maslan memberitahu beliau telah memaafkan bapa kepada seorang aktivis muda (Adam Adli) yang telah meninggal dunia kerana kemalangan. Katanya, walaupun arwah pernah menghinanya di laman sosial namun beliau telah memafkan dan mendoakan rohnya dirahmati di alam kubur.
“Saya tidak doakan dia kemalangan tapi dia kemalangan dan meninggal dunia. Saya maafkan beliau semoga beliau dirahmati di dalam kubur.
“Saya ingin menurunkan cukai rakyat, tetapi mereka kata muka saya macam taik babi, ibu saya pun dia kata khinzir kerana saya nak turunkan cukai rakyat,” katanya.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, GST merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengurangkan cukai daripada 10 peratus kepada enam peratus. “GST mengurangkan cukai dari 10 peratus kepada enam peratus. Semua barang kita pakai, baju, seluar, songkok, kasut, meja, kerusi, segala pinggan mangkuk 10 peratus cukai, tetapi GST menurunkan cukai itu kepada enam peratus,” katanya.
Dalam ceramah itu, beliau turut menyentuh isu tandas di KLCC yang dikenakan GST dan menimbulkan tidak puas hati orang ramai. Katanya, tandas itu untuk pelancong asing dan orang kaya yang tidak terkesan dengan GST. Beliau berkata, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa memilih untuk menggunakan tandas percuma yang banyak disediakan di pusat beli belah itu. “Siapa suruh pergi tandas yang dibayar RM2, siapa suruh? Di KLCC ada banyak tandas yang tak berbayar, kenapa tak pergi tandas yang tak berbayar? “Saudara saudari ada kuasa yang pertama, kuasa untuk memilih. Kenapa dipilih tandas yang berbayar? Tandas yang berbayar hanya untuk pelancong dan orang kaya yang tidak ada apa-apa kesan bila bayar,” katanya.




































