Wednesday, July 1, 2015
Ahmad Maslan Dikutuk Teruk Di Laman Sosial, Rupanya Fitnah??
KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menerima banyak pahala daripada netizen yang mengutuk dan mengejeknya ekoran kenyataan dari Facebook menyentuh berkenaan kenaikan harga minyak.
Bermula hari ini, harga bahan api RON95 naik sebanyak 10 sen manakala RON97 naik sebanyak 20 sen.
Sejak pagi tadi, di laman sosial Facebook kononnya satu status Facebook daripada Ahmad yang mengulas berkenaan kenaikan harga itu.
“Minyak naik RM0.10, tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?,” menurut status itu yang tertera padanya tarikh 1 Jun lepas.
Ahmad tampil menjelaskan bahawa status Facebook yang tersebar itu merupakan fitnah yang ditujukan terhadap dirinya dan dia tidak menulis sebegitu pada 1 Jun lepas.
“Ini tweet palsu, kerja orang tak betul dan fitnah, 1/6 (1 Jun) saya tak ada tweet begitu, jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa,” katanya.
Kemudian beliau menjelaskan bahawa kenyataan palsu berkenaan merupakan status Facebook dan gambar yang digunakan di laman Facebook tidak sama dengan yang digunakan beliau di Twitter.
Jelas, beliau difitnah ekoran kenaikan harga bahan api itu dan ramai juga yang terbabit sama dalam menyebarkannya serta ditambah pula kutukan yang begitu pedas serta ada yang mengejek.
Bagaimanapun, biarpun sudah terbukti mereka bersalah memfitnah Ahmad, tiada pun seorang daripada mereka yang tampil dan membuat status mahupun tweet memohon maaf kepada beliau kerana terlibat sama memfitnah.
Related Posts:
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI MALAYSIA | Umum mengetahui bahwa ummat islam yang berkemampuan diwajibkan membayar zakat … Read More
Kantoi!! Beras Palsu Dari China,Awas!! BERAS PALSU - Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.B… Read More
Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun?“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apa… Read More
Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud? Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu pe… Read More
Kantoi! 6 warga emas dicekup tanpa segan silu makan di kedai makan bukan Islam Beberapa warga emas dicekup di sebuah kedai makan bukan Islam pada hari pertama Ramadan. – Astro AWANI BANDAR MELAKA: Hari pertama bulan Ramadan d… Read More
0 comments:
Post a Comment