Sunday, July 12, 2015

Rare!! Koleksi Baju Melayu Moden Yang Tak Masuk Akal 2015

1. Baju Melayu Hipster Trend terkini semua nak Hipster! Bukan baju biasa je, baju melayu pun dihipsterkan.Walaupun kelihatan agak moden dengan konsep bercorak, tapi masih lagi mengekalkan stail tradisional. Moden + Tradisional = Hipster!
2. Baju Melayu Abang Sado : boleh See through gittew Makin lama makin ramai abang sado. Maka sekarang wujudlah Baju Melayu yang direka khas untuk mereka. Selain di gym, abang sado kini dah boleh nak “belanja” lengan dan badan pada Hari Raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan. Barulah orang nampak penat lelah mereka selama ini bina badan dengan penuh dedikasi.
3. Jubah ke Baju Mengandung? Konfius sebenarnya bila tengok fesyen jubah ni. Semakin lama jubah menjadi semakin trendy dan bergaya. haha Selalunya jubah lelaki simple je, tapi rekaan kali ini memang benar-benar lain daripada yang lain. Unik kan?
4. Baju Melayu Teluk Belanga : Bow Tie Fesyen Raya yang boleh kami kata agak up to date dan sangat rare. Kalau sebelum ini Baju Melayu Johor ada satu butang kat atas, tapi sekarang butang dah digantikan dengan bow tie bagi memberikan lebih aura moden kepada si pemakai. Macam ini baru betul bergaya di Hari Raya.
5. Kurta : “Not-So-Camo” Sesuai untuk orang yang beraya di dalam hutan. Bayangkan keadaan hutan di sekeliling dipadankan lagi dengan baju ala-ala “kehutanan”, suasana Hari Raya pasti akan jadi lebih bermakna. Bak kata orang boleh dapat lebih feel. Bukankah itu apa yang setiap orang mahukan setiap kali Hari Raya?
6. Baju Melayu Batik Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah peribahasa yang paling sesuai digunakan untuk Baju Melayu jenis batik moden ini. Dalam menampilkan ciri-ciri moden ke dalam pakaian, rekaan asli batik turut sama diselitkan bagi memberi keseimbangan. Sangat sesuai dikenakan oleh para jejaka yang pandai menilai seni dan budaya.
7. Baju Melayu Aneka Jenis Sekali pandang dah macam Referee daa! haha tapi apa pun koleksi yang menarik dengan ada poket petak di hadapan bagi menambahkan lagi gaya, mutu, dan keunggulan kepada para jejaka. Lepas raya, baju tu boleh pakai jadi casual pulak. Nampak tak konsep dia? Nampak tak? hehe
8. Jubah #Kipidap Ayahanda Rani Kulop Inilah yang dinamakan bijak mengambil peluang. Sedang populariti mencanak naik, Rani Kulop tampil dengan jubah #Kipidap. Maklumlah, Ayahanda sekarang dah ada peminat, ramai followers, jadi mesti ramai yang mahukan penampilan macam idola mereka. Kalau yang ini, tak boleh kalau tak beli nanti kena report polis. Jaga-jaga!

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.