Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bakal diadakan pada malam ini dijangka akan panas dengan khabar angin kini bertiup kencang bahawa, Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan di pecat dari jawatan dan berkemungkinan di pecat daripada UMNO.
Ini berikutan beberapa tindakan yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin yang dilihat secara terang-terangan menentang Presiden parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman parti yang serius sejak akhir-akhir ini.
Menerusi satu sumber dalaman Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Najib semalam semasa menyampaikan ucapan Amanat Presiden parti, beliau tidak kisah dan boleh menerima sebarang perbezaan pendapat. Namun beliau tidak dapat menerima tindakan Timbalannya yang sentiasa menyebarkan dakyah-dakyah songsang dan tidak selari dengan dasar-dasar kerajaan dan parti.
Beliau sewajarnya mengadakan pertemuan berterusan dengan Datuk Seri Mohd Najib bagi menyuarakan apa sahaja ketidak puasan hati beliau, bukan menjadi hero jalanan mahupun di media-media sosial. Jesteru, Jawatankuasa Disiplin parti menerusi Majlis Tertinggi dijangka bakal mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin malam ini.
Tindakan yang sama juga mungkin akan diambil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang dilihat antara individu yang bertanggungjawab mencetuskan perbalahan dalaman didalam UMNO.
Mungkin ada yang beranggapan tindakan ini merupakan antara tindakan yang kurang popular dan memungkinkan akan berlaku sedikit perbalahan.
Showing posts with label Info semasa. Show all posts
Showing posts with label Info semasa. Show all posts
Tuesday, December 8, 2015
Wednesday, May 13, 2015
MESTI BACA 'KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB??
MESTI BACA 'KENAPA SAYA TAK MELABUR DALAM TABUNG HAJI ATAU ASB?' AMAT MENGEZUTKAN! | Salam semua. Minggu lepas, saya dijemput untuk buat perkongsian berkenaan ilmu pelaburan di dalam sebuah forum yang dianjurkan oleh UKM. Antara pelabur lain yang dijemput adalah :
1. Prof Ben Jacobson yang telah menulis beberapa buku dan juga pakar ekonomi dan saham di Edinburgh University
2. Prof Barjoyai yang telah membina 3 buat syarikat yang yang beliau berjaya listkan di pasaran saham Toronto, Canada.
Kesemua 3 ahli panel hari itu, seperti saya juga tidak melabur dalam pelaburan berbentuk unit amanah. Ada seorang pelajar yang bertanya dengan saya kenapa saya tak melabur dalam ASB atau Tabung Haji. Saya jelaskan kepada yang bertanya yang saya ni tak dilahirkan kaya. Jadi duit saya tak banyak dan saya tak percaya orang lain untuk jaga duit dan masa depan saya. Jadi saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya yang tiada wang yang banyak.
Berikut merupakan hujah sambungan saya :
1. Saya mahu kawal pelaburan saya : Dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tidak dapat nak kawal pelaburan saya. Semua wang yang saya letak dalam unit amanah akan dijaga oleh "fund manager" atau pengurus pelaburan. Kalau pengurus pelaburan saya tak betul, maka habislah wang penat lelah saya.
2. Saya mahu kawal keputusan pelaburan saya dan impian saya : Dalam pelaburan hartanah atau saham, saya boleh kawal waktu pembelian dan jualan saya. Saya boleh kawal kawal siapa yang akan sewa atau beli hartanah saya. Dalam pelaburan unit amanah, semua ni akan dikawal oleh orang lain yang majoritinya makan gaji. Mereka tak kisah samaa-ada saya ada wang yang cukup untuk bersara. Mereka tak kisah kalau saya mahu hantar anak saya belajar keluar negara dan saya perlukan dana minimum RM1 Juta untuk tujuan ini.
3. Saya tak mahu bayar yuran pengurusan : Dalam pelaburan jenis unit amanah, pihak pengurusan biasanya menggaji berpuluh/beratus orang makan gaji yang bijak pandai untuk menguruskan pelaburan ini. Gaji mereka ini dibayar oleh yuran pengurusan ( Management Fee) yang berkadar 1%-6%. Orang yang tak punya duit besar macam saya, akan rasa yang management fee ni mahal.
4. Lebih percayakan diri sendiri dari org lain - Saya belajar banyak untuk pastikan saya boleh uruskan harta sendiri. Saya beli hartanah pertama lepas belajar 2 tahun secara sendiri. Saya mula belajar dari tahun 2003 dan beli rumah pertama tahun 2005. Saya mula melabur hartanah secara besaran dan berani membeli lebih dari 20 hartanah hanya mulai dari tahun 2008. Dah 5 tahun belajar baru berani melabur besar-besaran.
Kalau saya letakkan duit dalam pelaburan jenis unit amanah, saya tak tahu siapa yang uruskan wang saya, kredibiliti mereka atau prestasi masa lampau mereka. Saya hanya boleh letak dan berdoa sahaja yang mereka tidak akan buat kesilapan.
5. Saya boleh dapatkan pulangan lebih 30% jika buat sendiri dalam pelaburan hartanah. Ada hartanah yang saya beli pulangannya lebih dari 50% tiap-tiap tahun, ada yang lebih dari 100% setahun. Rezeki tu datang dari Allah dan so far masih belum pernah ada kerugian melabur dalam pelaburan hartanah sebab saya buat banyak kajian sebelum membeli setiap hartanah. Alhamdulillah.
Post ini bukan dibuat utk cemuh mana2 pihak. Sekadar perkongsian pendapat peribadi dari saya. Bila kita melabur dalam unit amanah, nasib pelaburan kita jatuh ke tangan orang yang bantu kita buat pelaburan itu. Memang diluar kawalan kita. Benda ni ( unit amanah) dah lama ada, cuma yang saya tak faham kenapa baru-baru ini sahaja ramai yang mula nak meraung dan jadi pakar ekonomi di Facebook.
Saya ni jenis yang lebih rela rugi duit kerana kesilapan sendiri, dari org lain yang buat silap dan merugikan saya. At least saya dapat belajar dari kesilapan saya dan melabur lebih baik pada masa akan datang. Untuk SEMUA jenis pelaburan, kita kena buat 3 step ini :
- BELAJAR, FAHAMKAN, DAN BARU MELABUR.
Kalau anda belum belajar dan tak faham, jangan melabur. Takut melebur nanti.
SAMBUNGAN ( berdasarkan komen-komen yang telah saya terima )
Salam semua, terima kasih atas semua komen dan pendapat. Pendapat saya dibawah adalah untuk menjawab banyak soalan dan pertanyaan yang ditujukan pada saya :
1. Ada yang kata pulangan saya yang lebih 30% tu tinggi sebab saya ambil risiko yang tinggi. Ini tak benar. Pada saya, risiko saya lebih rendah dari pelaburan unit amanah spt ASB atau Tabung Haji. Kalau ada ilmu, anda boleh mengurangkan risiko anda seminima yang boleh. Risiko kita akan tinggi bila kita tak tahu apa jenis pelaburan yang kita buat.
2. Ada yang kata pelaburan hartanah adalah untuk org yang bermodal tinggi sahaja. Kalau anda pernah baca buku saya, anda akan tahu yang saya dah beli lebih dari 10 hartanah secara PERCUMA. Kalau ada ilmu bukan susah nak beli hartanah tanpa pakai duit.
3. Majoriti pelaburan saya (99%) adalah dalam hartanah. Baki 1% dalam saham yang dibeli sendiri. Portfolio saham saya kecil je, pulangan saya tahun lepas dari pembelian saham adalah 40%. Main saham secara suka-suka. Saya percaya kalau kita nak pandai dalam suatu ilmu, kena ada fokus. Saya tak percaya kepada pemecahan aset ( asset diversification ) kerana kalau anda tgk mana-mana pelabur bertaraf dunia, mereka pun tak suka asset diversification. Warren Buffet pernah cakap yang asset diversification adalah untuk mereka yang tak pasti apa mereka tgh buat. Siapa beliau? Dia adalah pelabur no.1 di dunia.
4. Saya pilih hartanah sebab saya nak kawal pelaburan dan duit saya. Kalau anda tak setuju dan masih mahu melabur dalam unit amanah, terpulanglah kepada anda. Itu duit anda. Tapi jgn bising pula bila fund manager anda pergi membeli tanah/aset/saham pada harga yang anda sendiri rasa melampau.
5. Kalau anda melabur dalam unit amanah sebab tiada masa untuk utk belajar sendiri, saya faham. Ramai client saya di FAR Capital Sdn Bhd juga meminta saya melabur utk mereka kerana mereka sibuk dgn kerjaya dan keluarga masing masing. Tapi saya akan jelaskan kepada mereka kenapa, di mana, and sebab saya melakukan pembelian hartanah tersebut untuk mereka. At least mereka faham apa yang saya beli, SEBELUM saya buat pembelian. Fund manager unit amanah anda sekarang ada buat penjelasan sebelum mereka beli?
Belajar dahulu, baru melabur. Saya doakan anda semua lebih kaya dan berjaya ^^
\
Thursday, April 9, 2015
ANAK SAYA DIKAMBING HITAMKAN, UJAR IBU SIRUL KEPADA TUN MAHATHIR
ANAK SAYA DIKAMBING HITAMKAN, UJAR IBU SIRUL KEPADA TUN MAHATHIR | KUALA LUMPUR: Ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar, Piah Samad mengakui anaknya menjadi mangsa keadaan serta bakal dikambing hitamkan dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu
Menurut sumber, pertemuan tertutup Piah dan bapa saudara Sirul dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan sesi mendedahkan luahan hati seorang ibu yang mahukan anaknya dilepaskan dari hukuman gantung sampai mati.
"Pertemuan itu disertai bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar.
BERITA BERKAITAN : Saya hanya tanya siapa keluar perintah kepada Sirul - Dr Mahathir
"Banyak rahsia sebenar diceritakan sendiri Piah dan bapa saudara Sirul kepada Dr Mahathir.
"Piah merayu dan memohon jasa baik Dr Mahathir untuk menyelamatkan anaknya dari hukuman gantung. Piah mempertahankan anaknya dan menyifatkan Sirul menjadi mangsa keadaan serta dikambing hitamkan," kata sumber itu kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Mahfuz turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Pertemuan itu difahamkan berlangsung di di Yayasan Perdana, Putrajaya sekitar pukul 4 petang.
Sirul yang dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Dalam pada itu kata sumber berkenaan, Piah juga menjelaskan Sirul telah menerima arahan dan benar-benar teraniaya dalam kes berkenaan.
"Piah merayu kepada Dr Mahathir agar membantu mereka kerana katanya Sirul hanya menerima arahan. Piah berulang kali menyatakan anaknya teraniaya dan menjadi mangsa," kata sumber itu.
Dalam pada itu, sumber itu juga menghantar beberapa keping gambar pertemuan tertutup berkenaan dan jelas Khairuddin serta Mahfuz kelihatan bersama di dalam perbincangan berkenaan.
Khairuddin turut serta dalam pertemuan ibu dan bapa saudara Sirul dengan Dr Mahathir di Putrajaya - Gambar ihsan sumber
Bagaimanapun, usaha Astro AWANI untuk menghubungi kedua-dua mereka masih gagal.
Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak adil jika Sirul dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.
Dr Mahathir turut menjelaskan, dia hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
Mahfuz turut dilaporkan sebelum ini mengaturkan pertemuan antara Piah dengan Dr Mahathir.
Mahfuz dilaporkan berkata, Piah ingin 'memberitahu sesuatu' yang ada kaitan dengan anaknya yang didapati bersalah membunuh Altantuya kepada negarawan itu
Saturday, April 4, 2015
Al-Fatihah… Tan Sri Dr Jamaluddin Senyap-Senyap Bantu Panti Asuhan
Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sebenarnya secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti media membantu sebuah Panti Asuhan di Pulau Nias, Sumatera, Indonesia.
Perkara itu dimaklumkan oleh bekas wartawan Syahril A Kadir di laman Facebooknya malam ini.
Menurut beliau, Allahyarham memberikan amanah kepadanya untuk menyampaikan wang zakat peribadi untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi yang pernah berlaku di pulau itu.
“Saya ingin memberitahu, inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara Indonesia yang dibantu Tan Sri Dr Jamaludddin ‘secara senyap-senyap’ sejak hampir 10 tahun lalu.
“Saya adalah orang yang akan dihubungi secara terus oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakar peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran,” kata Syahril.
Menurut beliau lagi, kali terakhir wang zakat peribadi Allahyarham dibawa ke rumah anak yatim itu ialah kira-kira empat bulan lepas.
“Untuk pengetahuan semua, bukan ini sahaja sumbangannya malah banyak lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti,” katanya di laman Facebook.
Daripada gambar yang dikongsikan Syahril ialah nama rumah anak yatim berkenaan iaitu Yayasan Panti Asuhan Yatim Piatu Al-Washliyah G. Sitoli.
Turut dikongsikan ialah gambar beliau menyampaikan sendiri sumbangan berkenaan seperti diamanahkan.
Hari ini Dr Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), terkorban dalam satu nahas helikopter di Semenyih, Kajang petang tadi bersama lima penumpang yang lain.
Turut terkorban, ialah Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.
Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sewaktu menjadi menteri, Allahyarham merupakan antaranya yang memulakan program Angkasawan Negara sehingga membolehkan Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor menjadi rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.
Tuesday, March 31, 2015
Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona
Gambar Proton Tuah Pengganti Proton Persona (Video) | Gah bergayanya kebanggaan negara, membuktikan suatu wawasan, Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Proton! Hebat Protonnnnnn… Kalau korang sama zaman budak-budak dengan aku dulu, korang mesti ingat lagu Proton tu. Bermula dengan Proton Saga, kini Proton dapat mendabik dada dengan kebanyakkan variasi kenderaan keluaran mereka. Terbaru, Proton ada menunjukkan model terbarunya, Proton Tuah, yang akan menggantikan Proton Persona. Sampai sekarang aku masih tak paham, kenapa Proton suka guna banyak nama untuk keluaran variasi dia yang baru, takleh ke nak konsisten macam Honda Civic ke Honda City ke. Dari tahun 1980an lagi, nama variasi dia kekal je, cuma model rekabentuk je yang berbeza. Apa-apa lah labu. Gi tengok Proton Tuah ni, yang bagi aku satu paradigma baru dalam industri automotif Malaysia. Sekali tengok macam kereta Kia Forte la pulak. Dari depan dan belakang tampak lawa, tapi bila tengok dari sisi tepi, rasa kureng sket. Kenapa kereta Proton semua bentuk macam tu eh? Hmmm. P/S: Dengar kata Proton punye top managing director tu, Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir tu seorang tabligh, betul ke?
Wednesday, March 25, 2015
Guard Hospital C@bul Mangsa Bertelekung
IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit.
Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit.
“Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam.
“Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati.
“Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju.
“Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap.
“Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya,” katanya.
Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan. – Sinar
Tuesday, March 17, 2015
PADAH!!! Gadis Ini Dihenjut Jiran Selepas Upload Foto Ini ke FB
Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas mengeledah ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa. Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dir0gol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras.
Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.
“Selepas mer0gol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.
Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.
Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan.
Monday, February 2, 2015
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki?
Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki? | Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping, Isnin. Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supritendan Ismail Che Isa berkata, beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari. "Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin. Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis. Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Mstar
Friday, January 30, 2015
Kes Altantuya: Akhirnya Razak Baginda buka mulut
SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.
Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.
"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.
Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.
Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.
Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.
"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.
Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.
"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.
"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.
Murid Mengandung Anak Datuk Akhirnya terbongkar
SELANDAR – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.
Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.
Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.
“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya. Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima, lapor Sinar Harian
Thursday, January 29, 2015
Cikgu Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Murid
Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.
Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet.
Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah.
Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya.
Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?
Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015
Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak.
Tetapi jika Teacher Aishah memang seorang guru, admin mengucapkan selamat mengajar dan BOLEH KITA BERKENALAN?
sumber : Facebook IRDK
Wednesday, January 28, 2015
Saturday, January 24, 2015
Sepuluh Artis Wanita Malaysia Jadi “Escort Girl”
Sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan sedang dipantau oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang mana satu pekerjaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan hanya dengan perkhidmatan yang ditawarkan itu.
Memetik laporan Harian Metro, beberapa artis popular yang kebanyakannya terdiri daripada pelakon mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan seks.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, mengakui senarai 10 artis wanita itu kini berada dalam pemantauan pasukannya.
“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka yang terlibar itu dipercayai tidak bergerak sendirian malah terdapat orang tengah yang akan mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atas atau VIP yang berminat untuk melanggan.
Kami Sedih, Terhutang Budi Dengan Raja Abdullah – Pasangan Kembar Siam
“Angah dan along mungkin masih bercantum tanpa sumbangan Raja Abdullah (Abdulaziz),” demikian luahan rasa pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad Rosli apabila ditanya mengenai kemangkatan Raja Arab Saudi itu pada Jumaat.
Sebak dengan kehilangan individu yang bertanggungjawab membiayai pembedahan mereka, kedua-dua remaja istimewa itu seakan sukar menzahirkan perasaan masing-masing saat mengetahui berita sedih itu.
Walaupun tidak banyak kenangan mereka bersama dermawan itu, namun jasa baginda yang mengukir sejarah baharu untuk mereka berdua pasti akan dikenang sepanjang hayat.
“Kami sedih apabila ayah beritahu Raja Abdullah mangkat. Along dan angah sangat terhutang budi kepada baginda dan kerajaan Arab Saudi,” kata Ahmad ketika mengenang kembali sumbangan Raja Abdullah yang membiayai pembedahan memisahkan mereka 13 tahun lalu.
Ahmad dan adiknya, Muhammad, 17, berpeluang mengadap Raja Abdullah sebanyak dua kali iaitu pada 2002 dan 2007.
“Hanya doa yang dapat kami sedekahkan kepada Raja Abdullah. Setiap kali selepas solat Along akan mendoakan supaya tuhan merahmati orang-orang yang banyak menolong kami sekeluarga termasuk baginda,” kata Ahmad.
Selain itu menurut Muhammad, dia dan abangnya sudah pasti hanya terlantar dan tidak boleh meneruskan kehidupan seperti remaja lain jika tidak menjalani pembedahan memisahkan tubuh mereka.
“Susahlah…tak tahu sekarang ini angah boleh berjalan atau tidak jika tidak menjalani pembedahan. Angah sangat bersyukur,” katanya.
Tambah Ahmad, mereka masih menyimpan kaki palsu sumbangan Raja Abdullah walaupun ia tidak boleh digunakan lagi.
“Along dan angah pun dah besar, dah tak muat nak guna kaki palsu itu lagi. Tapi kami masih simpan dengan baik sebagai kenangan,” katanya.
Tarikh 17 September 2002 menjadi tarikh keramat apabila pasangan kembar itu yang berusia empat tahun berjaya dipisahkan.
Pembedahan itu dilakukan di King Fahad National Guard Hospital, Riyadh, Arab Saudi.
Ia mengambil masa selama 22 jam 45 minit dengan diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah yang sekarang merupakan Menteri Kesihatan negara Arab itu.
Pembedahan pemisahan itu menelan belanja sebanyak RM1.7 juta. – mStar online
Thursday, January 15, 2015
Kisah Sedih Lelaki Buta Berbaju Putih
KISAH seorang lelaki tua cacat penglihatan berjubah putih yang sedang makan nasi kosong di Jalan Tunku Abdul Rahman kini menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Tinjauan Sinar Online di laman Facebook mendapati, kisah berkenaan dipercayai telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial tersebut,
Syafiq memberitahu dia menitiskan air mata apabila mendengar respon lelaki tua itu selepas dia menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Saya perhatikan makanan lelaki itu cuma nasi putih sahaja tidak ada lauk-lauk. Saya menawarkan diri untuk membeli hidangan yang lain. Tapi dia menolak dan mengatakan dia tak mampu untuk membayar. Saya jelaskan kepadanya, saya ikhlas. Pak cik tidak perlu bayar. Kemudian Saya belikan sebungkus nasi ayam.
“Saya suapkan ke mulutnya. Menitis air mata saya bila lelaki itu berkata, “anak terima kasih, pak cik tak mampu nak balas. Anak-anak pak cik tak pernah suapkan makanan kepada pak cik, pak cik sedih. Saya tidak mampu untuk menahan air mata dari mengalir. Lelaki tua terus memeluk saya””, ceritanya.
Beliau turut memberitahu hasil daripada perbualannya, lelaki tua itu memaklumkan dia berasal dari Johor Bahru dan kini menetap di Sentul, Kuala Lumpur.
Kisah yang dikongsi pada 10 Januari lalu mendapat perhatian pengguna Facebook dan rata-ratanya melahirkan rasa simpati.
Sunday, January 11, 2015
Jumpa di mahkamah Allah, kata Mejar Zaidi selepas didapati bersalah
Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.
Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah".
Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera.
Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak.
Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah.
Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap.
"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.
Awal hari ini, panel mahkamah memutuskan yang pendakwa berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Mejar Zaidi, 2 daripada 7 dakwaan terhadapnya.
Panel tersebut yang diketuai pegawai pengerusi Kol Saadon Hasnan berkata 8 saksi dipanggil ke kandang saksi sejak perbicaraan bermula pada Mei 2013.
"Pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie terhadap yang tertuduh bagi dakwaan kedua dan ketiga, oleh itu kami dapatinya bersalah atas dua dakwaan," kata Saadon.
Sebelum ini beliau mengumumkan Mejar Zaidi akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana majlis pembela "tidak dapat menghadiri perbicaraan".
"Majlis peguambela tidak dapat menghadiri mahkamah tetapi perbicaraan masih akan diteruskan," katanya sebelum mengumumkan keputusan mahkamah.
Zaidi didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.
Saadon, dalam menyampaikan keputusan mahkamah berkata yang tertuduh diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tetapi memilih untuk berdiam diri.
Pendakwaraya Rose Annuar Aripin meminta mahkamah menjadikan kes Mejar Zaidi contoh terbaik bagi mereka yang terlibat dengan angkatan tentera.
"Beliau juga salah satu pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas skuad beliau, oleh itu beliau patut dihukum sekeras-kerasnya," kata Rose Annuar.
Rose Annuar juga menambah, dengan lebih 20 tahun perkhidmatan beliau, Zaidi sepatutnya lebih sedar dan matang dalam tindakannya.
Mahkamah bersurai untuk 3 jam dan akan bersambung pada 2 petang hari ini di mana mahkamah akan memutuskan hukumannya. – 12 Januari, 2015.
Rela Dirogol Takutkan Santau
Seorang gadis yang berasal dari Klang terpaksa merelakan tubuhnya dikerjakan oleh teman lelakinya kerana risau disantau oleh teman lelakinya itu selepas lelaki berhidung belang tersebut mengugut melakukan perkara tersebut jika dia tidak menyerahkan tubuhnya.
Kerana terlalu bimbang dengan ugutan tersebut gadis yang berusia 16 tahun itu telah menuruti segala permintaan teman lelakinya sehingga dia mengandung.
Menurut sumber gadis tersebut telah berkenalan dengan teman lelakinya itu melalui aplikasi sosial Wechat sebelum membuat keputusan untuk bertemu kali pertama.
Dipercayai pada pertemuan kali kedua mangsa telah mengikuti lelaki tersebut itu kerumahnya sebelum dirogol dan perkara itu terus berulang kerana lelaki tersebut telah mengugut akan menyantaunya jika tidak menyerahkan tubuh lagi.
Ibu bapa mangsa yang menyedari perubahan pada tubuhnya telah tekad membawa gadis itu ke klinik dah segalaya terbongkar selepas pemeriksaan air kencingnya doktor mengesahkan dia telah mengandung.
“Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya.
Pihak polis yang menerima laporan itu telah memburu suspek dan berjaya diberkas sehari selepas laporan dibuat.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.” kata Kamarul.
Saturday, January 10, 2015
Bangkai Tikus dalam Lauk
Singapura: Pihak berkuasa di sini semalam menggantung lesen sebuah restoran makanan Cina, Hot- pot Culture selepas gambar bangkai tikus dalam masakannya dimuat naik dalam Internet.
Pegawai Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) memeriksa restoran itu di Dataran Marina berikutan laporan dibuat terhadap restoran berkenaan oleh seorang pelanggan, Caron Chan.
Caron dan beberapa rakannya pergi ke restoran berkenaan untuk makan tengah hari kelmarin tetapi terkejut melihat bangkai tikus itu di dalam bekas sayuran.
Dia kemudian memuat naik gambar itu di laman Facebooknya dan ia menarik puluhan komen.
“Pekerja kelihatan terkejut melihat tikus itu.
“Saya tidak pasti sama ada pengurus restoran itu sedar mengenainya,” kata Caron.
Dia juga mendakwa melihat kekecohan berlaku antara beberapa pelanggan dan pekerja restoran.
Kakitangan restoran itu kemudian menggantikan masakan itu dengan yang lain. Beberapa orang dipercayai sudah memakan masakan berkenaan sebelum itu.
Ketika dihubungi akhbar The Straits Times, penyelia restoran menafikan kejadian terbabit dan berkata pelanggan melakukan kesilapan.
“Mereka tersilap. Ia hanya sayur yang kelihatan seperti benda lain. Tidak ada bangkai tikus,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut
mengenainya.
Caron berkata dia melaporkan kejadian itu kepada NEA yang mengesahkan restoran itu digantung sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan. – Agensi
Tuesday, January 6, 2015
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang
Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam. Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis.
Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik.
Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang. “Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna. -Metro
Monday, December 29, 2014
Biadap!! Baju dan Seluar Dalam Terpakai, Antara Didermakan Kepada Mangsa Banjir
Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.
Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.
Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.
Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir.
“Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.
“Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Pakaian dalam terpakai juga didermakan...
Pihaknya terpaksa mengasingkan barangan berkenaan dan ia mengambil masa lama.
Aktivis Muslim Care Amina Tahir, 25, berkata, dia pernah dimarahi penderma kerana enggan menerima pakaian terpakai yang didermakan mereka.
Apa rasionalnya derma kasut tumit tinggi?
Sikap penderma yang patut dicontohi. Siap balut baju dgn plastik & berlipat kemas. Tulis nama baju dan saiz.
Antara barangan yang diperlukan untuk mangsa banjir ialah:-
1. Air minuman
2. Makan kering
3. Susu bayi
4. Pek penjagaan diri
5. Tuala wanita
6. Lampin bayi Selimut
7. Pakaian yang masih berkeadaan baik dll..
Sama-sama lah kita menderma untuk mangsa banjir dengan memberi barangan bantuan yang benar-benar boleh diguna bukan sekadar untuk membersihkan stor rumah anda



.png)


.jpg)



























.jpg)
.jpg)
.jpg)
