Penduduk Kampung Hulu Batang Melaka percaya, dua harimau yang pernah menggemparkan kampung itu baru-baru ini, masih berada dalam kawasan hutan berdekatan.
Sidang Kampung Batang Melaka, Shariff Suboh berkata, kewujudan harimau di kampung itu dikuatkan lagi dengan kelibat dipercayai harimau dalam gambar seorang penduduk ketika berada di Jeram Kampung Hulu.
Menurutnya, individu bernama Norazlan Abd Ghani, 35, itu sedang berkelah bersama keluarganya sebelum seorang ahli keluarga merakam gambarnya yang duduk di atas batu berlatarbelakangkan hutan simpan Batang Melaka.
“Kita terkejut bila melihat gambar itu, di belakangnya dipercayai harimau dan kawasan itu merupakan kawasan air terjun dalam kampung tersebut.
“Sebab itu kita percaya dua ekor harimau itu masih berada dalam kawasan kampung ini,” katanya semalam.
Jelas Sharif, biarpun Jabatan Perhilitan Melaka telah memasang perangkap harimau sejak 2 Disember lalu, belum ada sebarang tanda mengenai harimau itu.
“Penduduk berharap pihak berkenan dapat terus memasang perangkap terbabit sehingga haiwan itu berjaya ditangkap,” katanya.
Menurutnya, pihaknya meminta penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak merayau di kawasan tapak kaki harimau ditemui sebelum ini.
“Saya harap penduduk bersabar dan percaya dengan adanya kerjasama Jabatan Perhilitan Melaka, masalah ancaman harimau di kampung ini dapat diatasi tidak lama lagi,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan lebih 250 penduduk Kampung Hulu Batang Melaka, hidup dalam ketakutan sejak hampir sebulan lalu setelah digemparkan penemuan beberapa tapak kaki haiwan dipercayai harimau berdekatan kampung mereka.
Showing posts with label Info ngeri. Show all posts
Showing posts with label Info ngeri. Show all posts
Tuesday, December 8, 2015
Wednesday, November 18, 2015
Kepala Terputus Dijumpai Dalam Karung Di Jolo?
SATU kepala yang terputus dari badan dipercayai milik tebusan rakyat Malaysia, Bernard Then dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada Selasa malam, demikian menurut pegawai polis di selatan Filipina.
Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu The Star bahawa seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan tulisan “Bernard Then Ted Fen” di Marina Street di Jolo kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.
Beliau berkata mereka segera mengepung kawasan itu dan kemudiannya mengambil kepala berkenaan untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 10.30 malam.
“Kita telah menyerahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk ujian pemeliharaan dan DNA,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberitahu mengapa jurutera kelahiran Sarawak berusia 39 tahun itu dihukum sedangkan rundingan pembebasannya sedang berlangsung.
“Kami masih menyiasat,” katanya sambil menambah bahawa hanya ujian DNA dapat menentukan kematian Then.
Friday, September 4, 2015
Doktor Bakar Janin Saya Yang Keguguran Lihat Kemudian Apa Yang Terjadi Pada Janin Tersebut Allahurabbi!!
Doktor Bakar Janin Keguguran Setelah Membuat Kajian|seorang wanita yang bakal menimang cahaya mata berdepan dengan cubaan dari pada Allah,apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungannya telah meninggal dunia,(keguguran) setelah 100 hari atau 3 bulan. dari situlah bermula satu cerita yang dikongsikan wanita bernama Aida Aleya Melalui akaun facebooknya untuk menjadi panduan kepada ibu-ibu yang mempunyai nasib yang sama agar mengambil pengajaran dari pengalaman beliau ini.
Friday, July 3, 2015
Ish3!! Adik Ipar Hamil Minum Susu Bangkai Tikus?
Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar penemuan bangkai tikus dalam minuman kotak yang dibelinya.
Azmi Ayuyu, berkata, air susu soya jenama Drinho itu diminum oleh adik iparnya yang tengah sarat mengandung.
"Dia minum air soya sehingga habis. Bila dah habis, tiba-tiba di dalam kotak itu rasa macam ada sesuatu.
"Dia koyakkan kotak itu dan terjumpa bangkai tikus. Siapalah yang sanggup buang anak dalam kotak susu soya?" katanya.
Difahamkan, adik iparnya mengalami cirit birit dan juga telah pergi mendapatkan rawatan di klinik.
Bagaimanapun menurut doktor klinik berkenaan, adik iparnya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Doktor juga menyarankan tunggu dalam dua tiga hari dan datang kembali untuk pemeriksaan.
Gambar-gambar yang dikongiskan oleh Azmi itu telah mendapat perkongsian sebanyak 7,562 di laman Facebook. Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempertikaikan penemuan itu berikutan bangkai tikus itu kelihatan baru saja mati.
Thursday, July 2, 2015
Lelaki Maut Ditetak Parang Oleh Sekumpulan Lelaki!
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Sri Kota, Brickfields di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata dalam kejadian yang berlaku jam 5.45 pagi itu, mangsa, Loganeswaran Prancing, 25, ditetak bertubi-tubi oleh penyerangnya.
Mangsa sebelum itu dilaporkan terjatuh apabila motorsikalnya terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu.
“Saksi yang melihat kejadian itu bergegas ke arah lelaki tersebut untuk membantu tetapi terkejut apabila mendapati sebilah parang terletak dalam raga motosikal mangsa.
“Tidak lama selepas itu, dua motosikal yang dinaiki tiga lelaki tiba di situ dan mengarahkan saksi untuk beredar lalu menyerang mangsa,” katanya.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa mati akibat tetakan bertubi-tubi di kiri kepala, hidung, pipi kiri, tangan kanan dan tangan serta jari kiri.
Wednesday, May 20, 2015
Adoi!! Lelaki Terselamat Walaupun Mata Tertusuk Paku 3 Inci?
Gambar yang mengejutkan ini menunjukkan keajaiban berlaku kepada seorang pekebun landskap apabila sebatang paku sepanjang 3 inci tertusuk matanya.
Lelaki berkenaan yang berumur 27 tahun itu mengalami insiden terbabit ketika menggunakan mesin pemotong rumput.
Lebih mengejutkan, selepas pihak doktor mengeluarkan paku tersebut, selepas 8 minggu, penglihatan lelaki tersebut kembali seperti biasa!
Tetapi, pakar perubatan berkata, paku tersebut tertusuk sangat hampir dengan otaknya yang boleh membuatkan kecederaan parah.
Pakar bedah Neuro Hospital Massachusetts Boston, Dr. Wael Asaad katanya mereka bimbang sekiranya mereka mengeluarkan paku tersebut, pendarahan teruk boleh berlaku.
“Tetapi nasib baik segalanya berjalan dengan lancar dan lelaki tersebut juga sudah sembuh sepenuhnya”, katanya.
Ketika prosedur pembedahan, seorang pakar bedah bersedia untuk pendarahan di kepala, seorang pakar bedah di bahagian leher dan seorang pakar akan menarik keluar paku tersebut.
“Selepas paku dikeluarkan, tiada pendarahan yang berlaku dan pesakit diberi antibiotik untuk pencegahan kuman, selepas 8 minggu, pesakit pulih seperti biasa”, jelasnya.
Dr. Assad memberitahu, bahawa kes yang berlaku pada dua tahun lalu itu diselitkan ke dalam edisi terbaharu ‘Jurnal Perubatan New England’ sebagai salah satu kajian kes.
Tuesday, May 19, 2015
Tragis!! Badan Putus Dua digilis Tren Komuter
Kisah tragis yang berlaku semalam di Kuala Lumpur. Sangat menyedihkan apabila seorang wartawan maut dalam insiden yang mengerikan ini. Memetik laporan MyMetro, seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Tamil maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terbelah dua akibat digilis tren komuter. Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mayat mangsa, K Anamalay, 67, ditemui orang ramai di landasan berhampiran Stesen Komuter Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, di sini.
Difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa sempat bersarapan bersama rakannya di sebuah restoran di Jalan Ipoh sebelum masing-masing menuju ke tempat kerja. Seorang kenalan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik atau mengadu berdepan dengan masalah.
“Mendiang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Jalan Ipoh. Kami benar-benar terkejut dengan kejadian itu apatah lagi dikhabarkan dia maut dalam keadaan demikian,” katanya.
Sementara itu, sumber Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi sebelum menghantar pasukan KTMB ke lokasi untuk siasatan.
“Berdasarkan soal siasat terhadap pemandu tren, mangsa didakwa tiba-tiba terjun ke landasan dari platform dua. Bagaimanapun, siasatan lanjut sudah diserahkan kepada pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Wednesday, May 13, 2015
Video Apa Jadi Apabila Seorang Lelaki Cuba Berenang Bersama Ikan Pirana
seorang pengacara terkenal iaitu jeremy wade yang popular dengan rancangan yang bertajuk river monster telah membuat sesuatu aksi yang sangat merbahaya,dia memberanikan diri untuk berenang bersama ikan piranha,bukan seekor,tetapi dengan beratus ekor ikan piranha.
pasti ramai yang takut dengan ikan piranha ini bukan?lagi-lagi selepas menonton movie yang bertajuk Piranha 3D,ikan piranha sangat bahaya jika dalam kumpulan,ikan ini sangat rakus…jom kita saksikan apa pula terjadi dengan itik ini jika dimasukkan ke dalam air yang dipenuhi dengan ikan piranha..jom lihat hasilnya..
Sunday, May 3, 2015
[Video] Memang Laju!! Kereta MyVi Berlumba Di Lebuhraya Duke
Rakaman Video Kereta MyVi Berlumba Di Lebuhraya Duke | Sebuah rakaman video yang menunjukkan aksi pemandu kereta Perodua MyVi berlumba secara haram di lebuhraya Duke telah tersebar di laman sosial.
Kejadiaan dirakam di Simpang Duke Setiwangsa. Apa pun, mari kita lihat aksi kereta MyVi berlumba secara haram yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu | Sumber Asal- Katak Comel
Sunday, March 29, 2015
Nota Terakhir Suami Buat Isteri Tersayang Sebelum Bunuh Diri
Nasi yang terakhir Yat tinggalkan buat isteri tersayang.
Awak sentiasa tahu Yat tak akan makan sebelum awak makan.
Terima kasih sudi menjadi isteri Yat yang IKHLAS..
Cuma awak dan awak hingga akhir.
Demi Allah, suamimu yang malang.
Yang terlalu rindukan EMAK !
Assalamualaikum…
Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor Bahru, jumaat.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bersama kabel elektrik berjerut di lehernya pada jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.
Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.
Memetik Harian Metro, pada malam sebelum kejadian, isterinya pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.
Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.
“Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu,” katanya.
Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.
“Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.
“Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung,” katanya.
-MYNEWSHUB.CC
Monday, March 9, 2015
Wanita Cantik Ini Adalah Ketua Pembunuh Upahan Paling Di Geruni??!! (5 Gambar)
Penampilan wanita ini mirip artis Kim Kardashian. Selain itu dia juga sering berpose ala isteri rapper Kanye West.
Namun Claudia Ochoa Felix bukanlah artis. Wanita ini yang digelar The Empress of Antrax ini sebenarnya ketua kumpulan "Los Antrax", organisasi pembunuh upahan yang digunakan Sinaloa, salah satu pengedar dadah terbesar di Mexico.
FBI mendakwa Sinaloa sebagai "organisasi perdagangan dadah paling kuat di dunia". pengedar dadah ini diyakini bertanggung jawab atas sebagian besar penyelundupan heroin di US.
Los Antrax yang dipimpin Claudia adalah kumpulan pembunuh upahan elit yang diupah pengedar dadah Sinaloa.
Claudia menggunakan berbagai media sosial untuk memamerkan gaya hidup mewahnya. Dia memuat naik gambarnya membawa senjata api, bergambar seperti artis, atau mempamerkan badannya dalam balutan baju renang atau pakaian ketat. Dalam salah satu gambarnya Claudia bergaya bersama senapang AK-47 berwarna pink.
Meskipun mulai diancam polis, Claudia menolak untuk bersembunyi. Dia sering dilihat berhibur di tempat-tempat hiburan malam di Mazatlan, Culiacan, dan Guadalajara. Namun dia dikelilingi sejumlah pengawal bersenjata.
Sejak tahun 2006, Mexico dilanda perang antara pengedar dadah yang kini sudah memakan korban 100.000 orang.
Friday, December 26, 2014
Kisah Sebenar Insiden Anak Bermain Bom Mortar Milik Bapanya (Askar) Hingga 4 Nyawa Terkorban [8 Foto]
Dalam kejadian lebih kurang jam 5 petang semalam, berlaku satu letupan bom mortar di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Letupan berpunca dari seorang tentera dari Kem Horbat, Gurun yang sedang menggergaji bom mortar yang di bawa pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Semasa menggergaji bom tersebut, percikan api telah menyambar bom mortar lain yang berada berhampiran dan seterusnya mengakibatkan letupan yang kuat menggemparkan penduduk di sekitarnya. Sebuah kereta yang berada di rumah tersebut juga meletup dan hancur. 3 orang mangsa dilaporkan meninggal dunia. Mangsa dikenali sebagai Ayub berusia 30-an meninggal dunia dalam keadaan hancur, anak perempuannya Nor Hidayu, 8 tahun, dan Mohd Idham, 5 tahun maut ditempat kejadian. Isteri mangsa cedera parah dan dikejarkan ke hospital. Takziah dari kami di Oh! Media. Moga kejadian seperti ini dijadikan tauladan buat kita semua untuk lebih berhati-hati terutamanya dengan kerja yang melibatkan bahan letupan lebih-lebih lagi jika ianya dibawa pulang ke rumah.




























