Wednesday, November 18, 2015
Kepala Terputus Dijumpai Dalam Karung Di Jolo?
SATU kepala yang terputus dari badan dipercayai milik tebusan rakyat Malaysia, Bernard Then dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada Selasa malam, demikian menurut pegawai polis di selatan Filipina.
Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu The Star bahawa seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan tulisan “Bernard Then Ted Fen” di Marina Street di Jolo kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.
Beliau berkata mereka segera mengepung kawasan itu dan kemudiannya mengambil kepala berkenaan untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 10.30 malam.
“Kita telah menyerahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk ujian pemeliharaan dan DNA,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberitahu mengapa jurutera kelahiran Sarawak berusia 39 tahun itu dihukum sedangkan rundingan pembebasannya sedang berlangsung.
“Kami masih menyiasat,” katanya sambil menambah bahawa hanya ujian DNA dapat menentukan kematian Then.
Related Posts:
Kepala Terputus Dijumpai Dalam Karung Di Jolo? SATU kepala yang terputus dari badan dipercayai milik tebusan rakyat Malaysia, Bernard Then dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pula… Read More
Adoi!! Lelaki Terselamat Walaupun Mata Tertusuk Paku 3 Inci? Gambar yang mengejutkan ini menunjukkan keajaiban berlaku kepada seorang pekebun landskap apabila sebatang paku sepanjang 3 inci tertusuk matanya. … Read More
Ish3!! Adik Ipar Hamil Minum Susu Bangkai Tikus? Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar penemuan bangkai tikus dalam minuman kotak yang dibelinya. Azmi Ayuyu, berkata, air susu soya jenama Dri… Read More
Doktor Bakar Janin Saya Yang Keguguran Lihat Kemudian Apa Yang Terjadi Pada Janin Tersebut Allahurabbi!! Doktor Bakar Janin Keguguran Setelah Membuat Kajian|seorang wanita yang bakal menimang cahaya mata berdepan dengan cubaan dari pada Allah,apabila do… Read More
Lelaki Maut Ditetak Parang Oleh Sekumpulan Lelaki! KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Sri Kota, Brickfields di sini awal hari ini. Ketua Po… Read More
0 comments:
Post a Comment