Monday, November 23, 2015
Terbaik!! Kandungan Siti Semakin Jelas
PETAING JAYA: Desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil anak sulung akan terbukti.
Ini berikutan sekeping gambar yang mula tersebar menunjukkan Siti Nurhaliza dengan bentuk badan yang semakin berisi dan perut yang membuncit menguatkan lagi teka-teki peminat meskipun penyanyi itu masih belum membuat pengesahan mengenainya.
Sebuah laman portal melaporkan, gambar yang tersebar itu diambil baru-baru ini ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30).
Menurut sumber, berita kehamilan Siti disahkan oleh keluarga terdekat penyanyi itu apabila menyatakan kandungannya kini sudah memasuki enam minggu.
Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.
Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat.
Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu.
Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung.
Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu.
Related Posts:
Baca Kisah Seorang Warganegara Bangladesh Yang Hidup Di Malaysia Selama 10 Tahun' Semua orang tahu, ramai warganegara Bangladesh jadi penduduk di Malaysia. Mereka datang ke sini hanya mahu mencari makan. Tapi, mungkin ramai yang t… Read More
Terbaik!! Kandungan Siti Semakin Jelas PETAING JAYA: Desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil anak sulung akan terbukti. Ini beri… Read More
Mantap bro!!! Sekuriti Bank Cantik Jadi Viral Di Laman Sosial Beberapa gambar yang memaparkan seorang gadis cantik dan comel memakai seragam sekuriti di sebuah bank telah menjadi viral di laman sosial terutaman… Read More
KANTOI SUDAH!! Misteri Duit Syiling 50 Sen Malaysia yang terjual pada Harga RM81,846 akhirnya terjawab Tiada siapa menyangka bahawa yang duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Sering kali kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 se… Read More
Terbaik!! Kerajaan Putuskan Tidak Haramkan Penggunaan Vape Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau Vape. Khabar gembira untuk para penghisap Vape dan pen… Read More
0 comments:
Post a Comment