Tuesday, January 3, 2017

Iklan Luc@h Gambir Emas Di Lebuh Raya KL Seremban

SEMPENA musim cuti sekolah ini, sesetengah pihak cuba mengaut keuntungan tanpa memikirkan kewajaran dari tindakan mereka tersebut. Nama pun cuti sekolah, maka kanak-kanak yang pastinya masih di bawah umur dihidangkan dengan iklan yang berbaur lucah. Iklan tersebut dilihat di lebuh raya Kuala Lumpur Seremban berhampiran susur Labu Seremban. Produk yang diiklankan jelas untuk kegunaan orang dewasa. Gambir Emas yang merupakan “performance gel” cuba dipasarkan atas “caption” “subuh baru cabut” dilihat amat keterlaluan memandangkan ianya dipamerkan di tempat yang amat terbuka. Walaupun tidak berada di kawasan yang selenggara oleh pihak PLUS, namun ianya mudah dilihat oleh pengguna lebuhraya berkenaan. Ia sedikit sebanyak telah mengaitkan pihak PLUS dengan papan iklan berunsur lucah ini PRU14.tv amat berharap agar pihak yang memasang iklan berkenaan di kawasan tersebut lebih sensitif terhadap perkara-perkara yang melibatkan bahan-bahan dewasa.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.