TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata demikian berikutan ada pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk pada kejohanan bola sepak antarabangsa.
“Ada beberapa pihak telah menyalahkan pemain Johor Darul Ta’zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.
“Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal daripada pasukan lain,” kata baginda.
Tunku Ismail bertitah demikian dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
Enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan, beraksi pada perlawanan menentang Palestin yang menyaksikan skuad Harimau Malaya dibelasah 0-6 dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Mereka ialah Safiq Rahim selaku kapten pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd Fahdli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali selaku jentera serangan.
Dua lagi pemain JDT yang tidak beraksi ialah Mohd Nazrin Mohd Nawi dan Putera Nadher Amarhan yang mengalami kecederaan.
Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste sebelum diaibkan Palestin 0-6, malam tadi.
Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 3 September dan Arab Saudi (8 September). – Bernama
Showing posts with label Info sukan. Show all posts
Showing posts with label Info sukan. Show all posts
Wednesday, June 17, 2015
Saturday, May 23, 2015
Terbaik!! Video Abang Muay Thai Dikitai Dengan 'Awek Nerd'
Kuala Lumpur – Nampaknya selepas video ‘prank’ melibatkan pelajar ‘skema’ melakukan aksi ‘drif’ baru-baru ini menarik perhatian pengguna media sosial, maxman.tv sekali lagi dijemput untuk memberi kejutan kepada jurulatih Muay Thai.
Klip video berdurasi 3 minit 53 saat itu memaparkan seorang peninju profesional Muay Thai, Germaine Yeap dijemput kelab ‘Muay Fit’ di Damansara Perdana untuk menyamar bagi menguji jurulatih lelaki baru di situ.
Menerusi satu klip video yang di muat naik oleh maxman.tv di laman sosial Youtube semalam, Germaine berlakon sebagai wanita ‘skema’ dan lurus bendul hadir untuk menyertai kelas Muay Thai.
Pada mulanya, Germaine dilihat sebagai wanita yang lemah dan kekok meminta beberapa jurulatih di situ mengajarnya.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, Germaine mengejutkan jurulatih tersebut apabila secara tiba-tiba bertukar hebat dengan menunjukkan kemahirannya dan membelasah jurulatih berkenaan.
Saturday, May 16, 2015
(Gambar)Terengganu Gagal Mara, Habis Penyokong ‘Pecahkan’ Stadium.
KUALA TERENGGANU, 17 Mei – Akibat gagal mara ke final Piala FA, penyokong Terengganu bertindak liar membuat rusuhan selepas tamat perlawanan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam tadi.
Kekecohan berlaku apabila ratusan penyokong skuad ‘Penyu’ tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob kerana tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.
Akibatnya, ia memberi kelebihan kepada pihak lawan, wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.
Kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang tidak berpuas hati bertindak liar dengan membaling batu ke arah kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, dan cuba menyerang pengadil sebelum pihak pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling objek oleh penyokong.
Dalam kejadian sama, para penyokong juga dilaporkan bertindak membakar sebuah ambulan dan meletup manakala cermin bas yang membawa pemain Lions XII juga telah dipecahkan.
Seorang anggota polis dan seorang kanak-kanak turut cedera akibat diserang penyokong dan pintu kaca dilaluan masuk stadium juga dipecahkan.
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin baru beroperasi semula selepas ditutup kerana masalah sruktur sebelum ini.
Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang membuat kecoh.
Tuesday, May 5, 2015
Gambar Petinju Termahal Di Dunia Pamer Harta Kekayaannya!!
Peninju termahal di dunia, Floyd Mayweather mempamerkan harta kekayaan yang dimilikinya dengan bergambar di depan kenderaan mewah miliknya yang bernilai berbilion ringgit. Bekas juara kelas pertengahan WBC itu menyiarkan gambar koleksi kereta-kereta mewah peribadinya seperti Ferrari 599 GTB Fiorano, Porsche 911 Turbo S, Lamborghini Aventador, Ferrari 458 Spider, Ferrari 458 Spider, Bugatti Grand Sport, Bugatti Veyron, Bugatti Veyron dan pesawat jet peribadi bernilai 35 juta Pound Sterling.
Menurut Forbes, peninju dengan nama panggilan "Money" ini memperolehi £ 66.100.000 pada tahun 2014, maka tidak hairanlah beliau mempunyai koleksi untuk dipamerkan. Mayweather biasa mempamerkan kekayaanya itu di akaun Instagramnya.
Monday, April 13, 2015
Pemain Bola Sepak Ditawaqkan S3ks 16 Jam Tanpa Henti Kalau Menjadi Penjarin Terbanyak
PEMAIN BOLA SEPAK DITAWARKAN S3KS 16 JAM TANPA HENTI kalau MENJADI PENJARING TERBANYAK Sekiranya pemain bola sepak Rusia, Alexander Kokorin perlukan tarbiah untuknya menjaringkan lebih banyak gol musim ni, ternyata tawaran bintang prno ni boleh dijadikan dorongan buatnya!Alina Remeyenko atau lebih dikenali dengan nama glamoq Alina Henessy, soghang bintang prno dari Rusia telah menawarkan khidmat s3ks selama 16 jam tanpa henti kalau pemain bola tu berjaya menjarinkan 5 gol dalam 10 perlawanan.
Bintang prno berkenaan menawaqkan perkhidmatannya semasa ditemubuai oleh wartawan sukan Rusia. Bola sepak ni sama macam prnografi pasai dipenuhi dengan lelaki kacak. kalau Alexander Kokorin berjaya menjarinkan 5 lagi gol sebelum berakhiaqnya Kejuaraan Rusia ni, cheq berjanji akan buat s3ks bersamanya selama 16 jam tanpa henti sebagai tanda terima kasih.
baghu-baghu ni Alina memenangi Adult Video News Prn Oscars Award untuk kategori Aksi S3ks torrrbaek bagi filem di luaq negara.
Sunday, April 5, 2015
Cristiano Ronaldo dapat hadiah Al-Quran
Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur’an di Riyadh, Arab Saudi.
Bintang Real Madrid itu baru-baru ini mendapat hadiah kejutan dari Mobily, syarikat pembekal bimbit Arab Saudi. Pemain dikenali dengan julukan CR7 itu mendapatkan terjemahan Al Quran bahasa Portugal dari syarikat telekomunikasi terbesar di negara Timur Tengah itu.
Pemberian hadiah itu dilakukan dalam sebuah penggambaran ikl@n terbarunya di dubai. CR7 kelahiran Portugal, 5 Februari 1985 kelihatan di dalam foto sedang menerima hadiah mushaf Al-Qur’an dari seorang lelaki Arab.
Seperti dilaporkan laman tempatan Al-Riyadh, kapten pasukan kebangsaan Portugal ini didaulat Mobily untuk menjadi duta mereka. Dengan kontrak bernilai US $ 6 juta, Ronaldo akan membintangi sejumlah ikl@n Mobily selama tiga bulan dan pengambaraan dilakukan di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.
Secara rasmi menjadi bintang ikl@n Mobily, Ronaldo hadir untuk bergambar sekaligus menerima pemberian hadiah Al-Quran tersebut pada minggu lalu di Riyadh.
Tuesday, December 23, 2014
Suspended Chong Wei to lose No.1 ranking
Datuk Lee Chong Wei’s indefinite suspension for a doping violation will cost the Malaysian his top ranking with Chinese world champion Chen Long set to take over on Thursday after his World Superseries Finals triumph in Dubai. The world governing body (BWF) provisionally suspended Lee last month after the shuttler tested positive for the illegal anti-inflammatory drug dexamethasone at the World Championships in August. Lee, who won silver medals at the 2008 and 2012 Olympics, remains confident he can clear his name when the BWF panel conducts a hearing into the case next year. Chen, currently ranked second, has made full use of Lee’s absence and collected valuable points by winning the Denmark Open in October and the Superseries Finals on Sunday, when he beat Dane Hans-Kristian Vittinghus. The 32-year-old Lee had held the number one ranking for the last six years barring a few weeks when Chinese Olympic champion Lin Dan became the top-ranked player in 2012. – Reuters


















