Wednesday, June 17, 2015
TMJ minta pasukan kebangsaan jangan guna pemain JDT lagi?
TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.
Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata demikian berikutan ada pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk pada kejohanan bola sepak antarabangsa.
“Ada beberapa pihak telah menyalahkan pemain Johor Darul Ta’zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.
“Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal daripada pasukan lain,” kata baginda.
Tunku Ismail bertitah demikian dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.
Enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan, beraksi pada perlawanan menentang Palestin yang menyaksikan skuad Harimau Malaya dibelasah 0-6 dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Mereka ialah Safiq Rahim selaku kapten pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd Fahdli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali selaku jentera serangan.
Dua lagi pemain JDT yang tidak beraksi ialah Mohd Nazrin Mohd Nawi dan Putera Nadher Amarhan yang mengalami kecederaan.
Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste sebelum diaibkan Palestin 0-6, malam tadi.
Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 3 September dan Arab Saudi (8 September). – Bernama
Related Posts:
Terbaik!! Video Abang Muay Thai Dikitai Dengan 'Awek Nerd' Kuala Lumpur – Nampaknya selepas video ‘prank’ melibatkan pelajar ‘skema’ melakukan aksi ‘drif’ baru-baru ini menarik perhatian pengguna media sosia… Read More
TMJ minta pasukan kebangsaan jangan guna pemain JDT lagi? TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Dar… Read More
Gambar Petinju Termahal Di Dunia Pamer Harta Kekayaannya!! Peninju termahal di dunia, Floyd Mayweather mempamerkan harta kekayaan yang dimilikinya dengan bergambar di depan kenderaan mewah miliknya yang bern… Read More
Pemain Bola Sepak Ditawaqkan S3ks 16 Jam Tanpa Henti Kalau Menjadi Penjarin Terbanyak PEMAIN BOLA SEPAK DITAWARKAN S3KS 16 JAM TANPA HENTI kalau MENJADI PENJARING TERBANYAK Sekiranya pemain bola sepak Rusia, Alexander Kokorin perlukan… Read More
(Gambar)Terengganu Gagal Mara, Habis Penyokong ‘Pecahkan’ Stadium. KUALA TERENGGANU, 17 Mei – Akibat gagal mara ke final Piala FA, penyokong Terengganu bertindak liar membuat rusuhan selepas tamat perlawanan di luar… Read More
0 comments:
Post a Comment