Thursday, June 18, 2015
Lelaki “Winnie The Pooh” Ada 7 Isteri Dan Rumah Besar?
Beberapa hari lepas menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook apabila tersebar gambar seorang lelaki warga emas dari negara seberang mencari rezeki dengan memakai sut Winnie the Pooh di sekitar kawasan Lippo Mall Sidoarjo, Jawa Timur.
Beliau yang dikenali dengan nama Suardi, 74, telah berjaya meraih simpati orang ramai bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia.
Dia sebelum ini menceritakan kepada media yang menemuramahnya bahawa dia hidup sebatang kara dan pernah diserang penyakit strok dua tahun lalu.
Nampaknya tembelang warga emas tersebut akhirnya pecah selepas menjadi viral, pihak berkuasa Indonesia telah membuat siasatan dan hasil dari siasatan tersebut ternyata maklumat yang diperolehi amat mengejutkan.
Memetik laporan Merdeka.com, hasil siasatan Dinas Sosial dan Tenaga Kerja (Dinsosnaker) Indonesia, dia bukanlah hidpu sebatang kara seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya dia mempunyai tujuh orang isteri, lima orang anak dan sebuah rumah besar.
“Dari hasil itu, dalam satu tahun dia bisa membeli rumah di Mojokerto, beli motor Yamaha Vixion dan motor matik. Istrinya saja ada tujuh. Katanya istri saya cuma tujuh saja. Cuma tujuh. Loh ini bener dari pengakuannya sendiri. Entah istri-istrinya yang lain meninggal atau cerai, kita tidak tahu. Yang jelas, dia bilang istrinya tujuh,” dipetik dari Merdeka.com.
Hasil pemeriksaan rekod kesihatannya pula, pihak berkuasa mengesahkan Suardi tidak menghidap sebarang masalah kesihatan.
Nampaknya warga emas ini telah berjaya memperdayakan puluhan juta rakyat Indoensia dan Malaysia, apapun bak kata perpatah ‘ Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’
Related Posts:
8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Tab atau Ipad Ini bukan kali pertama orang tanya saya soalan macam ni. So saya rasa ada bagus jugak kalau saya jawab kat sini supaya.. supaya orang takkan tanya d… Read More
7 SEBAB LELAKI TAK HANDSOME DI MALAYSIA SELALU DAPAT AWEK CUN! 7 SEBAB LELAKI TAK HANDSOME DI MALAYSIA SELALU DAPAT AWEK PERSIS MODEL | Perasan atau tidak, bila jalan-jalan di shopping mall, mesti tengok ramai c… Read More
Terbaik!! Nenek Lahirkan Kembar Empat Pelik tapi benar. Meskipun sudah berusia 65 tahun dan menjadi nenek kepada tujuh cucu, Annegret Raunigk berjaya melahirkan bayi kembar empat. Bayi … Read More
[EKSKLUSIF] FOTO TUN DR.M SELFIE DENGAN CUCU YANG CUN MELECUN Beruntunglah jika mempunyai datuk yang sangat di hormati.Bagi Meera Alyanna Mukhriz pasti berasa bangga kerana datuknya Dr.Mahatdir seorang negarawa… Read More
Kepada Isteri Di Luar Sane,Ini Kisah Seorang Suami Yang Terlajak Kuat! 25 hb/26 hb.. Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar: – Bil air RM30.00. – Duit rumah RM700.00. – Duit kereta RM700.0… Read More
0 comments:
Post a Comment