Saturday, June 20, 2015
Terbaik!! Ibu cina, anak-anak Islam?
Dikenali sebagai “Cikgu Wong”, wanita yang terkenal di kalangan penduduk Kampung Putatan dikenali sebagai wanita serba boleh yang rajin bekerja, garang namun seorang yang baik hati, kata penduduk yang mendakwa mengenali beliau.
Salah seorang pengguna laman social Facebook, Amer Carlief memuat naik gambar pertemuan beliau dengan sebuah keluarga unik itu, dan berkongsi pengalaman beliau ketika bertemu mereka.
Keliru dengan panggilan kedua-dua kanak-kanak Melayu itu yang memanggil wanita itu sebagai “Mummy”, Ameer membuat keputusan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang mereka dan antara reaksi yang beliau dapat adalah:
“Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan ditinggalkan dalam kotak di tempat buang sampah, manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga.
“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan.
“Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,” katanya.
“Saya beragama Buddha tetapi mereka anak saya dan saya membesarkan mereka sebagai seorang Islam,” kata seorang wanita cina yang berusia 60 tahun dari Sabah.
Itulah gambaran seorang wanita yang digelar “ah ma” (panggilan ibu didalam Bahasa Kantonis) yang membesarkan dua orang kanak-kanak Melayu beragama Islam walaupun beliau beragama Buddha yang mencetuskan viral di media sosial.
Dalam kenyataan Ameer di Facebook, Wong yang berkebolehan melakukan apa-apa pekerjaan adalah untuk memenuhi keperluan mereka.
Di sebelah pagi, Wong bekerja sebagai seorang pemandu bas, pada waktu tengahari beliau menjadi guru di Taska Bersatu Luyang, manakala pada petangnya beliau menjual buah-buahan dan mengutip tin kosong dan kotak di malam hari.
Kagum dengan rasa rendah diri beliau, Ameer berkata ia adalah kebiasaan bagi penduduk Sabah melakukan pekerjaan seumpama itu walaupun hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Tegas Ameer, orang ramai perlu mengambil iktibar tentang apa yang berlaku di dalam keluarga Wong dan mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat.
Orang ramai yang terharu dengan kenyataan itu mula membanjiri Facebook beliau dengan komen-komen yang positif, ada juga yang mendakwa mengenali wanita itu.
Seorang netizen yang dikenali sebagai Henzackry Hen berkata beliau mengenali Wong yang selalu membawa mereka ke sekolah setiap pagi.
“Saya mengenali beliau sebagai Cikgu Wong. Beliau adalah guru anak perempuan saya di Bersatu Luyang dan beliau memang mempunyai dua anak angkat yang beragama Islam.
“Isu agama tidak pernah menghalang mereka hidup bersama,” komen seorang penguna Facebook yang dikenali sebagai Adlynaz Fiffy yang memuat naik gambar beliau besama Wong.
0 comments:
Post a Comment