TRAGEDI malang yang menimpa gadis remaja 15 tahun apabila dirogol oleh 8 orang termasuk rakan sekolahnya sendiri mengundang kegemparan dikalangan masyarakat setempat.Lebih memilukan selepas gadis bernama Puteri itu dirogol secara bergilir-gilir, ke semua tertuduh telah menyumbat api rokok ke dalam kemaluan mangsa sehingga mengakibatkan luka terbakar.
Menurut ayah angkat mangsa Hamdan 55 tahun, 4 di antara tertuduh merupakan rakan sekolahnya di Kota Pamatangsiantar Medan.
Kejadian berlaku disalah satu bangunan sekolah tersebut pada kelmarin.
Katanya kejadian bermula ketika anaknya itu berada di kantin sekolah, dan dia telah di heret 4 rakannya ke ruangan kosong bangunan tersebut.
4 lagi tertuduh yang berasal dari sekolah yang sama turut merogol Puteri yang sudah tidak dapat melawan,katanya.
Hamdan berkata paha anak angkatnya serta di bahagian kemaluannya itu mempunyai kesan luka terbakar dipercayai di bakar dengan menggunakan api rokok.
Bagaimanapun menurut laporan medan tribunews mangsa kini dalam keadaan trauma, Puteri dikatakan kerap kali pengsan selepas menangis.
Pandangan matanya hanya di arah ke siling bilik hospital dimana Puteri dirawat.
Sementara pihak hospital telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, Polis yang menjalankan siasatan telah menahan 5 suspek, manakala 3 orang lagi masih di buru.
Showing posts with label Info jenayah. Show all posts
Showing posts with label Info jenayah. Show all posts
Thursday, January 5, 2017
Sunday, January 1, 2017
HATI2 SEMUA!!! Video Guru Tendang, Tampar Dan Tarik Rambut Murid
MENDIDIK bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi jika tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Guru tadika umpamanya, setiap hari mereka berdepan dengan kanak-kanak seawal usia empat tahun yang mempunyai banyak karenah dan sikap masing-masing.
Jika tiada sifat sabar yang tinggi, maka terjadilah kejadian anak murid didera dengan begitu kejam sekali.
Memetik Daily Mail, seorang guru wanita di China tergamak membelasah dua anak muridnya gara-gara tidak berpuas hati dengan prestasi mereka yang teruk.
Wednesday, December 21, 2016
Polis Berjaya Tahan 2 Suspek Kes Rogol
Semalam, dua lelaki termasuk suspek kes rogol ditahan polis selepas berlaku pergelutan dalam kejadian di Kampung Tepi Sungai, dekat Tanah Merah.
Dalam pada itu, suspek kes rogol berusia 27 tahun yang juga pemandu kereta jenis Proton Iswara dan penumpang, 34, ditahan pada jam 5 petang oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah.
Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, Ketua Polis Daerah Tanah Merah menyatakan bahawa sebelum ditahan, dua lelaki itu cuba melarikan diri apabila polis cuba menahan dan mereka bertindak melanggar dua kereta Proton Waja yang dinaiki anggota polis terbabit.
“Anggota polis terbabit kemudian keluar untuk menyerbu kenderaan suspek dan dalam usaha itu, mereka bertindak agresif. Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan kereta suspek sebelum menahan mereka” jelasnya hari ini.
Menurutnya, polis merampas lima biji pil eramin 5, dua biji pil kuda dan satu tiub mengandungi dadah jenis heroin.
“Polis turut merampas sebilah pisau, sebilah parang dan sebilah pedang yang ditemui di dalam kenderaan mereka” katanya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB), Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952” katanya lagi.
Tuesday, December 8, 2015
Hati2 Kepada Wanita!!! Lelaki Bangladesh Penghantar Gas Cuba Ajak Surirumah Buat Hubungan S3ks
Para wanita suri rumah diminta lebih berhati-hati apabila memesan apa-apa yang memerlukan orang lain menghantar barangan yang dibeli ke rumah kerana ia membuka ruang kepada orang tidak diingini melakukan jenayah.
Seorang wanita berkongsi kejadian, penghantar tong gas dari Bangladesh cuba meminta untuk mengadakan hubungan terlarang sebelum ditolak oleh wanita berkenaan dan menghalau lelaki berkenaan keluar.
Wanita itu berkata, lelaki itu cuba melengahkan masa untuk keluar dari rumah berkenaan dengan meminta kebenaran memakai tandas dan juga meminta air untuk diminum.
“Ada air ka saya mahu minum,” kata Bangla.
“Rumah saya tak ada air, habis, tak masak air lagi,” jawab wanita berkenaan.
Sepanjang kejadian, wanita itu berdiri berhampiran pintu rumahnya kerana sudah berasa kurang selesa dan curiga dengan tindakan lelaki Bangladesh itu.
Lelaki itu kemudian cuba mengajak wanita itu untuk bersama-sama lakukan perbuatan sumbang.
“Saya punya perempuan sudah lari, boleh saya try u satu kali saja,” kata Bangla itu sambil mata dan jari dia menunjukkan ke bahagian bawah wanita itu.
Wanita itu kemudian memberi amaran akan membuat laporan polis kerana suaminya merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Barulah lelaki Bangla itu keluar dari rumah sebelum wanita itu bertindak mengunci pintu rumahnya.
Lelaki itu cuba menggunakan alasan bahawa kekasih atau isterinya sudah lari meninggalkannya untuk cuba merogolnya tetapi wanita itu bertindak pantas dan garang bagi menakutkan lelaki itu.
Monday, December 7, 2015
Cabar Polis: Tinggalkan Nota Akan Menyamun 5 Buah Rumah!!
Gurauan ke? Atau tindakan melampaui batasan?
Sebelum bertindak melakukan kegiatan samun, tak disangka-sangka penyamun masa kini dengan beraninya meninggalkan nota sebagai pengumuman awal.
Hari ini, laman Facebook Rasmi Friends of BN memuatnaikkan satu laporan polis dan sekeping nota yang bertulis : ” pada 3hb Disember 2015, kami akan menyamun 5 buah rumah. Kalau ada berani, datang lah menangkap kami.
Berdasarkan, laporan media tempatan, seorang lelaki berumur 59 tahun, mendapati pada sekitar 5 petang di kediaman nya yang bertempat di Taman Puteri, Rawang telah menerima satu ‘nota’ yang bernama samaran ‘Pencuri’ dan serta-merta membuat laporan di balai polis.
Bagi orang yang menerima ‘nota’ tersebut langsung tidak sedar sejauh mana kesahihan isi kandunag nota tersebut, justeru membuat laporan khas untuk memohon pihak polis memastikan pihak polis mengambil perhatian sewajarnya berhubung keselamatan di persekitaran rumah.
Ramai netizen rasa terkejut dengan tindakan penyamun terbabit yang betul-betul melampaui batasan dan sukar dipercayai.
Ada juga netizen berpendapat, kumpulan penyamun terbabit sedang mencabar keupayaan pihak polis.
Thursday, December 3, 2015
Kurang Ajar!!! Teman Lelaki Bekas Isteri Lakukan “0ral S3ks” Pada Anak Perempuan
SEORANG bapa terkejut dan berang apabila melihat aksi seorang lelaki sedang melakukan s3ks 0ral ke atas salah seorang anak perempuannya di bilik tidur.
Lelaki tersebut tidak menyangka, perbuatan terkutuk terhadap anaknya itu dilakukan oleh kekasih kepada bekas isterinya.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, bapa mangsa dikatakan pergi melawat anak-anaknya yang berumur 11 dan 12 tahun di rumah bekas isterinya di Taman Desa Serdang, Seri Kembangan, Selangor pada 26 November lalu.
Bagaimanapun, bekas isterinya yang berusia 45 tahun enggan membenarkannya masuk dan memaklumkan anak-anaknya tiada.
Pelik dengan tingkah laku bekas isterinya, lelaki tersebut segera masuk ke dalam rumah untuk mencari anak-anak perempuannya.
Namun apabila membuka pintu bilik tidur, lelaki itu terkejut apabila mendapati seluar anaknya yang berusia 12 tahun dalam keadaan terlondeh manakala kekasih isterinya sedang melakukan s3ks 0ral.
Terkejut perbuatannya terbongkar, suspek yang berusia 27 tahun itu segera melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, bapa mangsa kemudian segera membuat laporan polis.
“Kami telah menyoal siasat kanak-kanak itu dan salah seorang daripada mereka mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama diperlakukan sedemikian.
“Mangsa mendakwa kali pertama adalah pada 25 Nov.
“Kanak-kanak itu telah mendapat pemeriksaan pihak hospital. Kami dimaklumkan bahawa semuanya baik-baik saja – tiada koyakan,” katanya.
Dalam pada itu, ACP Willey berkata, bekas isteri lelaki terbabit enggan bekerjasama dengan polis dan tidak mempercayai segala dakwaan anak-anak perempuannya.
Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai sejak 8 tahun lalu dan suspek tinggal bersama wanita itu sejak 4 tahun lalu.
Wednesday, November 18, 2015
Hati2!! “Saya Diterkam Dari Belakang, Ditiarapkan,Tangan Diikat Dengan Wayar” – Hanisah
Hanisah Abdullah, 26, seorang Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan telah menjadi mangsa rompakan di rumahnya.
“Sebaik masuk ke bilik, saya menyedari seperti kehadiran kelibat seseorang. Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar,” katanya menggambarkan detik cemas berdepan kejadian samun di kuarters penjawat awam 5R1, Presint 5.
Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang kelmarin di mana beliau baru pulang dari kerja ke rumah rakan yang ditumpangnya beberapa bulan lalu.
“Selepas tangan saya diikat ke belakang, saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam.”
“Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
Tuesday, November 17, 2015
Gempar!! Ustaz Kasanova Nikah Sindiket Dengan 13 Wanita Diburu
Tampil dengan gaya penuh Islamik dan menyamar sebagai seorang berkelulusan tahfiz Al-Quran telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan ‘ustaz kasanova’ ini.
Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali ‘Ustaz Kasanova’ kini diburu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Menurut pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata waran tangkap telah pun dikelurrkan ke atas Razis oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber berikutkan beliau gagal untuk hadir ke mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.
“Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.
“Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek,” katanya dipetik laporan Bernama hari ini.
Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa dengan pernampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa dan keluarga percaya padanya.
“Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi,” katanya.
Menurut beliau lagi, kebanyakkan mangsa lelaki ini adalah pelajar institut pengajian tinggi yang kebanyakkan terpedaya dengan perwataknnya dan kebanyakkan mangsanya adalah wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.
Sebelum ini, salah seorang daripada isteri suspek telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 Sept lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.
Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.
Daripada 13 orang isteri yang dikesan, hanya lima orang isteri beliau memberikan kerjasama kepada Jawi untuk membantu siasatan.
Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771.
Thursday, November 12, 2015
Habisla' “Biar Ayah Yang Pergi Tangkap Alvin Tan” – Rani Kulup
Sebenarnya adalah salah kita melayan “orang gila” macam Alvin Tan ini. Beliau cuba meraih populariti dalam memuaskan ketagihan s3ks beliau sendiri. Tambahan pula pesakit gila s3ks ini berada di negara Amerika Syarikat maka sepatutnya kita biarkan beliau dengan kegilaan beliau sendiri.
Ingatlah janji Allah itu pasti. Alvin akan mendapat balasan sebagaimana sepatutnya samada cepat ataupun lambat. Pembalasan datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Kita tunggu sahaja.
Namun begitu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup atau lebih dikenali dengan gelaran Ayahanda Rani Kulup menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat untuk menangkap blogger kontroversi, Alvin Tan.
Rani Kulup berkata ini kerana laporan polis yang dibuat selama ini tidak diendahkan dan cara terbaik adalah beliau sendiri pergi menangkap Alvin.
“Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang,” katanya memetik laporan Sinar Online.
Hari ini kecoh di media sosial gambar Alvin Tan menggunakan keratan kertas ayat suci Al-Quran untuk membuang najisnya.
Rani Kulup turut memohon bantuan rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan Alvin untuk berkongsi maklumat tersebut dengan pihak berkuasa.
“Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan,” katanya.
Thursday, October 29, 2015
Hati-hati ye!!! Gadis di pakse 0ral beramai2
KEMAMAN: Hujung minggu seorang pelajar tingkatan lima yang membonceng motosikal bersama teman lelakinya bertukar tragedi apabila dia dicabul oleh lima lelaki dan dipaksa melakukan sex oral terhadap kesemua mereka.
Kejadian jijik itu juga turut dirakam oleh salah seorang suspek menggunakan telefon bimbit.
Memetik laporan dari NST berkata gadis tersebut, 17, dari sebuah kampung di sini keluar dari rumahnya pada jam 11 pagi mengikut teman lelakinya yang juga berusia 17 tahun dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun, malang menimpa apabila motosikal yang dinaiki mereka rosak 30 minit kemudian di Kampung Paya Seratus di Binjai.
Dua lelaki kemudian tiba-tiba muncul dari semak samun dan kemudian menangkap pasangan itu. Pasangan tersebut kemudian ditarik ke sebuah pondok berhampiran, dimana kedua-dua remaja itu disuruh membuang baju masing-masing.
Lelaki-lelaki terbabit kemudian mengasingkan gadis itu dan teman lelakinya dan membawanya keluar dari pondok, dimana beberapa lagi lelaki lain sedang menunggu.
Gadis itu kemudian dipaksa melakukan s3ks oral kepada kelima-lima suspek yang mana salah seorang dari suspek merakam kejadian tersebut.
“Suspek kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian. Teman lelakinya kemudian muncul keluar dari dalam pondok dan berkata dia diancam dan diarah untuk tidak campur tangan.
“Kedua-dua remaja terbabit kemudian diselamatkan oleh orang yang lalu lalang.
Bimbang video rakaman kejadian tersebar di internet, gadis terbabit membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim, mengesahkan kes itu, dan berkata polis sedang memburu kesemua suspek.
Wednesday, October 21, 2015
Nota Dedah Anak Dirogol Hingga Hamil!!
Dalam kejadian Rabu lalu pada jam 3.30 petang, seorang lelaki berusia 30-an memasuki bilik anaknya untuk memeriksa keadaan remaja tingkatan 4 itu.
Bagaimanapun, bapa itu menjumpai sekeping nota memberitahu bahawa remaja itu hamil hasil dari hubungan bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun.
Timbalan Ketua Polis Putrajaya Superintendan Mark Pak Chuai berkata, sepasukan polis sudah menangkap suspek yang bekerja di pasaraya itu pada hari kejadian.
"Suspek mengenali mangsa dari aplikasi Wechat sebelum beberapa kali merogol mangsa di rumah suspek.
"Bagaimanapun, remaja berkenaan sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, petang tadi.
[3 WANITA GADUH DITAHAN!!!] KES VIDEO VIRAL PENIAGA WANITA DIBELASAH TERUK.
3 WANITA GADUH DITAHAN!!]KES VIDEO VIRAL PENIAGA WANITA DIBELASAH TERUK..
Kota Bharu – Polis menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan kes pergaduhan yang videonya menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Seorang daripadanya ditahan dua hari lalu di Padang Tembak, di sini manakala, dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, di sini antara 3 hingga 4 pagi tadi.
Baca: Video peniaga wanita dibelasah teruk jadi viral
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mereka ditahan reman tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Rakaman video berdurasi dua minit 11 saat itu menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh dua lagi kaum sejenisnya dipercayai akibat penipuan perniagaan secara dalam talian, lapor Harian Metro
Sunday, October 18, 2015
Remaja Dir0gol Beramai-ramai Depan Teman Lelaki
Alor Gajah – Seorang pelajar IPTA bernasib malang apabila dir0gol oleh empat lelaki yang menyamar sebagai ahli Rukun Tetangga sebuah kampung secara bergilir-gilir di depan teman lelakinya di Pantai Pengkalan Balak di sini, tengah malam kelmarin.
Mangsa juga turut mendakwa dia ditumbuk sebelum dirogol manakal teman lelakinya dibelasah oleh empat suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Memetik laporan dari sumber Harian Metro, mangsa yang berusia 18 tahun dan teman lelakinya, 21 tahun singgah di kedai makan berhampiran sebelum berkhemah di tepi pantai tersebut.
“Gadis berkenaan dipercayai baru mengenali teman lelakinya beberapa bulan lalu dan ketika dihampiri empat suspek, kedua-duanya dikatakan memadu asmara di tepi pantai itu.
“Suspek meminta pasangan itu menyerahkan kad pengenalan mereka selain mengugut membawa mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut bagi menakutkan pasangan itu,” katanya sumber terbabit.
Teman lelaki gadis terbabit merayu agar tidak dibawa ke balai polis kerana tindakan itu akan mungkin akan menyebabkan mereka dibuang dari universiti, kata sumber.
Salah seorang dari suspek kemudian menumbuk lelaki terbabit, manakala tiga lagi suspek menarik pelajar perempuan tersebut ke tepi pantai dan mer0gol mangsa secara bergilir-gilir.
“Walaupun merayu, suspek tetap mer0gol penuntut wanita itu di depan teman lelakinya yang dalam kesakitan,” katanya.
Pasangan terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sungai Baru selepas kejadian.
Gambar hiasan
Wednesday, October 14, 2015
Betapa Kejam Dalang Pembunuh Nahas MH17 Terus Berdiam Diri
Pastinya ketika ini anggota keluarga kesemua 298 orang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akur dan bersedih dengan laporan akhir siasatan nahas pesawat itu yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda.
Pesawat itu yang terhempas 17 Julai tahun lepas disahkan telah ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK buatan Russia, demikian didmaklumkan oleh Pengerusi OVV Tijibbe Joustra ketika membentangkan siasatan penuh nahas itu semalam.
Siasatan mendapati peluru berpandu darat ke udara itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat penumpang itu.
“MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK,” katanya.
Pembentangan laporan itu dibuat di Pangkalan Udara Gilze-Rijen, selatan Belanda dan disiarkan secara langsung.
Pengesahan juga dibuat berdasarkan rekod rakaman perbualan mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan kuat itu.
Serpihan peluru berpandu BUK itu turut ditemui di dalam kawasan nahas dan juga di dalam bangkai nahas pesawat itu.
Dalam laporan akhir itu, Joustra berkata Ukraine sedia maklum berkenaan risiko yang ada di kawasan berkenaan kepada pesawat awam namun mereka gagal untuk menimbang ancaman yang wujud.
Pesawat MH17 jenis Boeing 777 terhempas menyembah bumi membunuh kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal.
Dalam laporan itu, peluru berpandu berkenaan didakwa dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Soalnya, betapa pihak yang bertanggungjawab tidak langsung ada belas kasihan dengan berdiam diri biarpun selepas membunuh kesemu penumpang hanya dengan menembak peluru berpandu.
Atas dasar kekejaman apakah?? mereka mahu berdiam diri dan menolak dari mengaku membunuh orang yang tidak berdosa yang mempunyai ahli keluarga dan orang yang menyayangi mereka.
Russia dalam nada berbeza pula tergamak menggunakan kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membatalkan resolusi Malaysia untuk menubuhkan satu Tribunal Antarabangsa untuk mencari siapa yang bertanggungjawab.
Kita percaya pada kecekapan pihak yang layak di negara ini untuk mencari dalang dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Dalang yang menembak jatuh pesawat MAS berkenaan akan pasti dapat dicari dan didakwa untuk memberikan pengakhiran kepada kesedihan ahli keluarga yang kini bersedih mengenang mereka yang sudah terkorban.
Monday, September 21, 2015
Waspada Ajaran Sesat Ahmad 100, Ada ‘Pendekar’ Jaga Sekeliling Rumahnya!!
Umat Islam diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Terbaru menjadi isu dikalangan masyarakat Islam di negara kita, ajaran sesat Ahmad 100 yang dipercayai kini bergerak aktif dah sudah berjaya mengrekrut kira-kira lebih dari 2000 orang ahli.
Perkara ini didedahkan oleh Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, di aman ajaran Ahmad 100 ini sedang bergerak aktif di Kuala Lumpur dan Melaka.
“Oleh kerana kedudukan daerah Ledang berhampiran dengan Melaka, kita harus berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran ini. Setakat ini, ia belum menular ke daerah ini,” katanya.
Menurut beliau ajaran berkenaan dikatakan memberi kelonggaran kepada pengikutnya dimana mereka tidak perlu menunaikan solat tetapi memadai dengan niat untuk melayakkan mereka masuk syurga.
Selain itu seperti kebiasaan ajaran sesat lain, lelaki yang ingin menyertai ajaran itu perlu menyerahkan isterinya tidur semalaman dengan pengasas ajaran itu sebelum diterima sebagai pengikutnya.
“Jika didapati isterinya itu dapat memuaskan nafsu lelaki tersebut, barulah lelaki berkenaan diterima sebagai pengikutnya dan pengikut terbabit tidak perlu menunaikan solat lima waktu, memadai niat sahaja sudah mencukupi,” katanya.
Memetik laporan Sinar Harian pula, berbekalkan wajah muda, penampilan menarik dan petah bercakap penagsan ajaran ini yang dikenali sebagai Ahmad telah menggerakkan ajarannya dan kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Menerusi ‘dakwahnya’ beliau akan mengrekrut ahli baru melalui ceramahnya yang dilihat berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.
Turut dimaklumkan disekeliling rumahnya, didiami oleh beberapa orang ‘pendekar’ yang melindunginya. Mereka tinggal di rumah-rumah hadapan dan kelilingnya.
Penduduk berhampiran rumah Ahmad memberitahu, dia tidak mengenali secara rapat, tetapi sering melihat Ahmad dan isterinya pulang bekerja pada lewat petang.
Katanya, di sebelah rumah Ahmad pula, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal bersama beberapa orang bujang yang lain.
“Saya tidak tahu ada gerakan ajaran sesat di sini kerana mereka seperti biasa,” katanya
Wednesday, September 16, 2015
Akhirnye!!! Polis Dedah Dalang Sebenar Pembunuhan Kevin Morais. Bukan Orang Sembarangan!!!!
SUBANG JAYA: Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kerana kaitannya dengan kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata setakat ini polis belum dapat memastikan sama ada motif pembunuhan sama ada dendam atau sebaliknya.
“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.
“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya pada sidang sidang media di USJ 1 pada Rabu.
Mayat kevin ditemui selepas kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat mendiang yang dimampatkan dalam konkrit dan dicampak di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu.
Mayat ditemui oleh unit penyelam pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil dalam operasi mencari.
Mayat yang dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sebelum ini, Kevin terbabit dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Kunaseegaran a/l Ragavabaidu, 50 tahun.
Dia dituduh melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.
Tuesday, July 14, 2015
Suami Gampang!! L@curkan Isteri Hamil Dengan Pekerja Bangladesh
Suami Gampang Lacurkan Isteri Hamil Dengan Pekerja Bangladesh | PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.
“Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.
“Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.
“Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.
“Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai,” katanya.
Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.
Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.
Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.
“Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.
“Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan,” kata Ali.
Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Monday, July 13, 2015
Harap Polis Segera Berkas Individu Ini Provokasi Perkauman!!!!!
NAMPAKNYA ada beberapa individu sudah mula mengambil kesempatan kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat untuk menyemarakkan lagi api perkauman dan pergaduhan demi kebencian mereka.
Mereka mula menggunakan laman sosial Facebook untuk menulis komen yang memaparkan semangat kebencian antara kaum.
Seorang lelaki yang menggunakan Facebook NG David lebih jahat apabila mengatakan orang Melayu boleh ditipu kerana bodoh.
“Kalau Melayu selalu kena tipu, pasal u orang bodoh lah broteher,” katanya.
Dia juga tanpa rasa takut mencabar agar konflik perkauman ala 13 Mei 1969 diadakan semula kerana dakwanya dia sudah menunggu lama untuk saat itu.
Dengan nada menghasut yang menebal, NG David mengatakan jika terjadi sekali lagi peristiwa seperti itu, dia kata “Orang Melayu akan semua balik ke dalam hutan,” dengan kurang ajar.
Selain dia, seorang lagi lelaki berbangsa Cina yang memang sengaja mencetuskan kemarahan bangsa Melayu turut menulis komen yang berbaur hasutan tambahan dia menuduh yang bukan-bukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dengan nama akaun Jung Mao, dia bercerita pada awal pagi, pemuda yang dikatakan mencuri di premis jualan Oppo berkenaan sudah ditangkap tetapi mendakwa suspek berkenaan sudah dibebaskan.
“Ni ceritanya, pada awal pagi pemuda mencuri di Oppo dah kena tangkap, entah rasuah ke apa pencuri dilepaskan polis dan bawan geng nak balas dendam pada waktu malam.
“Akhirnya mereka kena belasah balik oleh orang Cina,” kata Mao yang kemungkinan besar bukan namanya yang sebenar.
Dia kemudian menuduh bahawa anggota polis kita teruk dan suka melepaskan penjenayah sesuka hati.
“Polis di negara kita memang tak guna dan lepaskan penjenayah sesuka hati,” katanya.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera dan menyiasat dan memberkas individu ini yang jelas niat mereka memburukkan lagi rentetan kejadian yang berlaku di Low Yat supaya menjadi lebih buruk.
Sudah pastinya akan muncul lagi beberapa individu menggunakan kesempatan ini untuk terus memburukkan keadaan dan tindakan harus segera diambil.
Sunday, July 12, 2015
Perang!! Video Amuk Sekali Lagi Di Low Yat?
Tindakan peniaga Low Yat menipu dikatakan antara punca pergaduhan di Low Yat semalam. Sepatutnya perkara ini ditangani oleh pihak polis bagi mendapatkan kisah sebenarnya. Namun tindakan yang disulami dengan kemarahan melampau telah mengundang pergaduhan yang berbentuk ‘repeat’. Menurut sumber, pergaduhan tersebut berulang pada malam ahad tadi dengan kehadiran yang lebih besar.
Malaysian Insider turut melaporkan bahawa ratusan orang berkumpul di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur malam ini, sehari selepas 7 lelaki mengamuk di premis berkenaan selepas rakan mereka dikatakan dituduh mencuri telefon bimbit.
Seorang pemerhati mengambil gambar yang menunjukkan orang ramai berkumpul di luar bangunan, walaupun polis memberi amaran supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.
Mereka telah bersurai dalam jam 10 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.
Kantoi!! Lelaki Empat Isteri R0gol Anak Hingga Mengandung Dua Kali
KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.
Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus.
Menurut teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.
Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka.
Setelah hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.
Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.
Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.
“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.
“Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.
“Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.
“Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada Raziah.
Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.
Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.
“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.
“Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung,” ujar Umairah.
Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.
Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.
Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.
Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.
Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.
Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.
Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.
Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.
“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.
Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.

























