Monday, September 21, 2015

Waspada Ajaran Sesat Ahmad 100, Ada ‘Pendekar’ Jaga Sekeliling Rumahnya!!

Umat Islam diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Terbaru menjadi isu dikalangan masyarakat Islam di negara kita, ajaran sesat Ahmad 100 yang dipercayai kini bergerak aktif dah sudah berjaya mengrekrut kira-kira lebih dari 2000 orang ahli. Perkara ini didedahkan oleh Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, di aman ajaran Ahmad 100 ini sedang bergerak aktif di Kuala Lumpur dan Melaka. “Oleh kerana kedudukan daerah Ledang berhampiran dengan Melaka, kita harus berhati-hati supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran ini. Setakat ini, ia belum menular ke daerah ini,” katanya. Menurut beliau ajaran berkenaan dikatakan memberi kelonggaran kepada pengikutnya dimana mereka tidak perlu menunaikan solat tetapi memadai dengan niat untuk melayakkan mereka masuk syurga. Selain itu seperti kebiasaan ajaran sesat lain, lelaki yang ingin menyertai ajaran itu perlu menyerahkan isterinya tidur semalaman dengan pengasas ajaran itu sebelum diterima sebagai pengikutnya. “Jika didapati isterinya itu dapat memuaskan nafsu lelaki tersebut, barulah lelaki berkenaan diterima sebagai pengikutnya dan pengikut terbabit tidak perlu menunaikan solat lima waktu, memadai niat sahaja sudah mencukupi,” katanya. Memetik laporan Sinar Harian pula, berbekalkan wajah muda, penampilan menarik dan petah bercakap penagsan ajaran ini yang dikenali sebagai Ahmad telah menggerakkan ajarannya dan kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menerusi ‘dakwahnya’ beliau akan mengrekrut ahli baru melalui ceramahnya yang dilihat berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat. Turut dimaklumkan disekeliling rumahnya, didiami oleh beberapa orang ‘pendekar’ yang melindunginya. Mereka tinggal di rumah-rumah hadapan dan kelilingnya. Penduduk berhampiran rumah Ahmad memberitahu, dia tidak mengenali secara rapat, tetapi sering melihat Ahmad dan isterinya pulang bekerja pada lewat petang. Katanya, di sebelah rumah Ahmad pula, terdapat sepasang suami isteri yang tinggal bersama beberapa orang bujang yang lain. “Saya tidak tahu ada gerakan ajaran sesat di sini kerana mereka seperti biasa,” katanya

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.