Friday, September 4, 2015
Wajah Pengantin Perempuan Berubah Menyerupai Harimau?
PASIR MAS – Siapa sangka kerjaya sebagai mak andam yang bertanggungjawab mempersiapkan mempelai agar kelihatan cantik di hari persandingan turut mempunyai cabaran menggetarkan jiwa.
Apatah lagi pengalaman berdepan pengantin yang mempunyai saka harimau seperti pernah dilalui Norni Sahlawati Mustafa, 42.
Norni Sahlawati menceritakan, dia pernah melalui pengalaman agak mengerikan apabila melihat wajah pengantin perempuan yang disolekkan berubah menjadi seperti harimau.
Namun bagi ibu kepada tiga anak itu, ia merupakan asam garam yang perlu ditempuhi sebagai mak andam dan peristiwa itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk meneruskan kariernya.
“Ketika sedang mengandam…tiba-tiba saya melihat wajah pengantin perempuan berubah menyerupai harimau. ALLAH SWT saja yang tahu bertapa takutnya saya ketika berdepan situasi itu.
“Mujurlah ketika itu saya tak mudah melatah dan mulut tidak henti-henti baca ayat al-Quran untuk memulihkan semangat selepas terkejut dengan peristiwa itu,” katanya menceritakan kembali pengalaman tersebut.
Menurutnya, sukar baginya mahu mengandam pengantin perempuan itu dalam keadaan sedemikian, namun kerja-kerja mengandam diteruskan dan terpaksa mengambil masa lebih dua jam.
Katanya, dia menguatkan semangat dan melaksanakan tugas mengandam sebaik mungkin bagi membolehkan majlis perkahwinan diteruskan dan setelah beberapa tahun berlalu, kejadian itu tetap segar dalam ingatannya.
“Cari rezeki dalam bidang andaman ni bukan semudah disangka. Seseorang mak andam perlu ada semangat yang kuat, banyak bersabar dan sentiasa meletakkan pelanggan sebagai nombor satu.
“Sudah hampir 12 tahun saya ceburi bidang ini dan alhamdulillah, berkat tunjuk ajar daripada ibu saudara sejak saya berusia 15 tahun, saya mampu bertahan dalam bidang andaman sehingga kini,” katanya.
Norni Sahlawati yang merupakan anak jati Tok Uban, di sini, kini memiliki sebuah kedai pengantin di jalan menghala Pasar Pasir Mas dan mempunyai 11 pekerja termasuk empat mak andam.
Minatnya dalam dunia andaman turut mendapat sokongan suami tercinta, Cik Ujang Omar dan Norni Sahlawati turut menawarkan pakej serendah RM1,000 mengikut kemampuan pengantin serta memiliki lebih 300 pasang pakaian untuk dipilih.
Related Posts:
(VIDEO) GEMPAR!! MAYAT INI TERBANG TUNJUK SIAPAKAH PEMBUNUHNYA? (VIDEO) GEMPAR!! MAYAT INI TERBANG TUNJUK SIAPAKAH PEMBUNUHNYA | Di sebuah desa bernama "Kosar" selatan di Negara Pantai Gading terjadi peristiwa an… Read More
[Video] Gempar!! Api marak keluar di tanah perkuburan!! Allahuakhbar.... Gempar!! Air membuak - buak manakala api marak keluar dari jirat...Semua yg ada ditempat kejadian buntu dr mana datangnya api dan … Read More
‘Diganggu’ Ketika Memandu Di Kuala Selangor! Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama pulak pada masa itu sering berulang alik… Read More
SubhanAllah!!! Hujan Lumpur Dan Langit Berwarna Merah Seperti Darah Di China Fenomena alam misteri baru-baru ini berlaku di China. Penduduk di bandar China terkejut dan takut kerana hujan lumpur dan langit bercahaya seakan-ak… Read More
SubhanAllah!! 3 Tanda Kiamat Besar Yang Telah Berlaku-ulama mesirKiamat kubra m kin dekat. Demikian kesimpulan Syaikh Dr Ali Gomaa setelah melihat tiga tanda kiamat kubra. Dalam sebuah peristiwa televisyen baru-baru… Read More
0 comments:
Post a Comment