Monday, September 7, 2015
Terbaik!! Anakanda Sultan Johor Bersembang Di Instagram Jadi Viral?
PERBUALAN bersahaja tiga anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mencuit hati nyata mencuri perhatian netizen di laman Instagram.
Bermula dengan sekeping gambar menunjukkan Tunku Tun Aminah sedang menjamu selera dengan dua rakannya yang kemudiannya berlaku interaksi antara beliau dengan dua adindanya, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Abdul Jalil.
Tunku Jalil menulis, “penat aku masak tunggu dia sampai. Rupanya makan luar! Terima kasih Tunku Tun Aminah.”
Namun Tunku Tun Aminah segera membalas komen dari adindanya itu dengan memberitahu beliau akan pulang segera.
“Eh coffee break sahajalah. I’m on my way home now,” balasnya.
Muncul pula Tunku Idris membalas, “memang tak pandai balik rumahlah tu. Coffee + food. Tapi di rumah midnight snack = satu meja.”
Tunku Tun Aminah pula melawak dengan mengatakan, “why must you reveal the secret of TTA staying slim diet!!! I was hungry.”
Tunku Abdul Jalil pula membalas agar Tunku Idris tidak melayan Tunku Tun Aminah.
“Dah dah jangan layan minah ini Tunku Idris. Dia memang pelik. Coffee is a drink not food. Takkan itu pun dia tidak tahu. Dah lah tipu, …. pula tu,” tulisnya.
Tunku Tun Aminah pula menulis, “I’ll be home in 5 min (minit) and in that 5 min, somebody gonna get hurt real bad. Tunku Jalil, patik tak sangka Tunku Idris begitu kejam.”
Kemudian Tunku Idris sekali lagi membalas dan mencadangkan agar pintu pagar kediaman mereka dikunci.
“Tunku Jalil, kunci pintu pagar! Hubungi polis dan beritahu ada orang nak masuk dan dakwa itu rumah dia,” tulisnya.
Tiada balasan daripada Tunku Jalil namun Tunku Tun Aminah menulis, “ I walked in the house and he literally hid himself at the backyard.”
Tunku Jalil membalas, “tumpang rumah orang ada hati nak marah. Patut la dia tak tahu kopi itu apa. Dia cipan Tunku Idris. Malam ini ikat dia dekat pokok, mulut sumbat sabun lepas itu simbah air panas atau ikat di pintu pahar dan tutup kepala pakai baldi, hentak kepala guna baseball bat. Confirm jalan macam penguin sakit perut.”
Namun Tunku Tun Aminah membalas tidak menyangka Tunku Jalil mempunyai idea jahat yang sedemikian rupa.
“I’m speechless. Your evil imagination shocks me. Too creative for normal minds hahahaha,” tulisnya.
Nyata interaksi menggeletek hati meskipun agak kasar yang datang daripada kerabat diraja itu mendapat perhatian pengikut mereka.
Malah rata-rata yang memberi respons di gambar tersebut akui terhibur membaca interaksi tersebut.
Tidak kurang juga ada yang teruja kerana dapat melihat sisi lain kerabat diraja daripada yang sering ditonjolkan di media-media.
Related Posts:
Terbaik!! Bawak Pesawat guna KAKI? Are u Serious? Ini ialah cerita mengenai Jessica Cox, 32, merupakan insan istimewa luar biasa yang berjaya membuktikan walaupun dia seorang yang cacat mampu untuk … Read More
Facekini Trend Terbaru Elak “Sunburn” Muka China – Takut muka terkena pancaran matahari? Ini jawapannya…..Facekini iaitu topeng muka yang sesuai dipakai bagi mengelakkan kepanasan ketika mand… Read More
Rare!! Koleksi Baju Melayu Moden Yang Tak Masuk Akal 2015 1. Baju Melayu Hipster Trend terkini semua nak Hipster! Bukan baju biasa je, baju melayu pun dihipsterkan.Walaupun kelihatan agak moden dengan kons… Read More
Terbaik!! Lelaki Ini Bina Rumah Sendiri Untuk Elak Hutang Bagi mengelakkan dari menanggung beban hutang, seorang lelaki membina sendiri sebuah rumah kecil untuk dirinya sendiri. Pemilik rumah mini itu, Joe… Read More
Gempar!! Monster Laut di Teluk Maksiko Terakam Kamera? MEXICO CITY - Sesosok monter laut yang mirip dengan ubur-ubur tertangkap kamera di Teluk Meksiko. Mahluk tersebut memiliki kepala bulat, lalu memili… Read More
0 comments:
Post a Comment