Friday, September 4, 2015
Pak Guard kurang ajar tendang dan acu cota pada pengemis?
Satu klip video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan membelasah seorang wanita warga emas menjadi viral di internet. Klip video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan pengawal keselamatan terbabit menendang wanita malang itu yang dilihat duduk di tepi kaki lima.
Klip video itu, menunjukkan lelaki berkenaan mengacu cota ke kepala wanita terbabit sambil mengancamnya sebelum beredar.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, insiden berkenaan dikatakan berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah. Sementara itu pengguna Facebook Juhan Junaidi berkata, wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.
“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang,” kata Juhan pada ruangan komen video terbabit.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual ddengannya sebelum menghulurkan wang. Malah tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang mengasari wanita itu menimbulkan kemarahan netizen.
Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata, wanita berkenaan adalah pengemis dan sering berlegar di kawasan itu, tindakan pengawal keselamatan itu tidak wajar. “Beri sahaja sedekah kepadanya, bukan tendang macam itu.”
Video yang dimuat naik hari ini itu ditonton sebanyak 7,394 kali.
Related Posts:
PADAH..!! Gadis pakai terlalu S3KSI di tempat awam!! Gadis merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja be… Read More
Jawapan Dr MAZA Mengenai Isu Keharusan Suami R0g0l Isteri? Isu r0g0l suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut; 1. Islam mewajibkan sua… Read More
[Gambar] Remaja Cun Selfie 'Berani Mati' Mula Menjadi Viral Dilaman Sosial! Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, co***** ditanggalkan dan kamera … Read More
Nak tahu!! 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tid… Read More
Video Guru Cium Pelajar Akhirnya Dibuang Kerja tersebar! CHINA – Seorang guru yang dirakamkan mencium seorang pelajar perempuannya berusia 16 tahun, akhirnya dipecat. Dalam rakaman berkenaan, Xu dilihat tu… Read More
0 comments:
Post a Comment