Showing posts with label Info pelik. Show all posts
Showing posts with label Info pelik. Show all posts

Friday, January 6, 2017

perh!!Tikus Dalam Mesin Pemanas Makanan 7 Eleven

Rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven memohon maaf ekoran kejadian tikus memasuki mesin pemanas makanannya di premis itu di Kelana Center Point, Petaling Jaya.Bagaimanapun, 7-Eleven menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial adalah kejadian terpencil. “Kami telah mengadakan siasatan dalaman kami sendiri dengan segera dan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Daerah Petaling mengenai perkara tersebut,” kata 7-Eleven dalam kenyataannya di Facebook. Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 2 Januari lepas. Gambar tikus itu dirakam berada di atas sosej di dalam kedai berkenaan. Dalam kenyataan itu, 7-Eleven berkata pihaknya mempunyai jaminan kualiti audit dan langkah kawalan serangga atau binatang perosak untuk mencegah kejadian tersebut dari berlaku. “Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting kepada kami dan kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit. “Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi,” katanya.

Tuesday, January 3, 2017

Iklan Luc@h Gambir Emas Di Lebuh Raya KL Seremban

SEMPENA musim cuti sekolah ini, sesetengah pihak cuba mengaut keuntungan tanpa memikirkan kewajaran dari tindakan mereka tersebut. Nama pun cuti sekolah, maka kanak-kanak yang pastinya masih di bawah umur dihidangkan dengan iklan yang berbaur lucah. Iklan tersebut dilihat di lebuh raya Kuala Lumpur Seremban berhampiran susur Labu Seremban. Produk yang diiklankan jelas untuk kegunaan orang dewasa. Gambir Emas yang merupakan “performance gel” cuba dipasarkan atas “caption” “subuh baru cabut” dilihat amat keterlaluan memandangkan ianya dipamerkan di tempat yang amat terbuka. Walaupun tidak berada di kawasan yang selenggara oleh pihak PLUS, namun ianya mudah dilihat oleh pengguna lebuhraya berkenaan. Ia sedikit sebanyak telah mengaitkan pihak PLUS dengan papan iklan berunsur lucah ini PRU14.tv amat berharap agar pihak yang memasang iklan berkenaan di kawasan tersebut lebih sensitif terhadap perkara-perkara yang melibatkan bahan-bahan dewasa.

Monday, December 19, 2016

Menggelikan!! Kongsi Pengalaman Meraba Dalam Buaian Pusing

Trend memuatnaik rasa cinta dan sayang antara pasangan kekasih nampaknya sudah semakin menular kepada memuatnaik perbuatan romantik dan kadangkala lucah dalam kalangan mereka sehingga tidak terkawal. Aktiviti berdua-duaan di bilik hotel, memuatnaik gambar selepas mengadakan hubungan kelamin termasuk memuatnaik status berbaur lucah. Di media sosial Facebook, tersebar gambar sepasang kekasih pergi bersama-sama ke pesta tempatan atau “‘fun fair” yang selalu diadakan di bandar-bandar kecil dengan pelbagai permainan serta tarikan disediakan. Si wanita berbangga menceritakan bahawa mereka berdua menghabiskan masa berdating di fun fair sambil menaiki buaian pusing atau ‘ferris wheel’ sambil berkongsi bahawa mereka berdua melakukan perkara tidak senonoh. “Berdating dengan kesayangan dekat fun fair, meraba dalam buaian pusing. “Ada rezeki Ahad jumpa lagi, maybe last (akhir) tunggu cuti semester kita jumpa lagi,” kata si wanita.
Pastinya perlakuan wanita remaja ini tidak diketahui oleh keluarganya kerana kebiasaan ibu bapa tidak mahu masuk campur urusan peribadi anak-anak mereka terutamanya apabila melibatkan akaun media sosial mereka. Pada mereka anak-anak yang sudah dewasan amat pandai menjaga diri mereka sendiri dan pandai menjaga maruah serta harga diri. Persoalannya, jika perkongsian sebegini disebarkan oleh rakan kepada wanita itu yang tidak bertanggungjaab dan menyebarkannya ke serata media sosial, wanita itu pasti akan berasa malu dengan dirinya sendiri.

Thursday, December 17, 2015

Serius Pelik!!! Gadis Cantik Ditelan Hidup-Hidup Oleh Seekor Unta

Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup-hidup seorang gadis cantik ketika sedang membuat pemeriksaan kesihatan unta tersebut. Kejadian ini berlaku di negara Arab di mana identiti gadis tersebut yang juga seorang doktor haiwan dirahsiakan untuk menjaga nama baik beliau dan negara Arab sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, unta bukanlah haiwan yang memakan daging. Makanan utamanya ialah rumput tetapi kejadian ini agak pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Akibat daripada serangan unta, gadis tersebut mengalami kecederaan. Bagaimanpun, tahap kecederaan beliau dirahsiakan setakat ini.

Friday, December 11, 2015

Betol Ke Ni?? Tengok Buah Z@kar Untuk Tahu Suami Curang

KAUM lelaki khususnya suami yang berniat untuk curang dengan pasangan masing-masing dinasihatkan supaya melupakan niat tersebut kerana tanpa anda sedari, pasangan anda mungkin mempunyai ‘cara’ tersendiri untuk menghidu kecurangan anda. Namun, itu mungkin hanya ‘perasaan curiga’ yang timbul dalam segelintir wanita yang terlalu paranoid terhadap pasangannya. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia yang mengesyaki kecurangan suaminya dengan hanya melihat buah z@kar pasangannya. Pendedahan yang dibuat menerusi program bual bicara The Jeremy Kyle Show nyata membuatkan wajah pengacara program terbabit bertukar ‘merah padam’, selain mengundang ketawa dalam kalangan penonton yang hadir. Jade, tetamu undangan dalam program terbabit mendedahkan bagaimana dia menghidu suaminya curang selepas 10 tahun hidup bersama. “Apabila kami tidak mengadakan hubungan s3ks untuk tempoh yang lama, buah z@karnya akan menjadi keras. “Kita akan tahu apabila kita mengenali satu sama lain,” kongsinya yang membuatkan Jeremy tersipu malu dan tidak terkata. Jade turut menambah; “Ini sesuatu yang memalukan”, sambil kedengaran sorakan daripada para penonton. Jade turut memberitahu Jeremy bahawa dia mula mengesyaki kecurangan selepas suaminya, Dave lebih sukakan ‘cabaran’ ketika di bilik tidur.
Tambahnya, Dave yang bekerja sebagai pemungut sampah disifatkan lebih berbau seks berbanding bau peluh. “Anda akan tahu apabila anda telah melakukan hubungan s3ks (dengan suami), anda dapat hidunya (kecurangan),” kata Jade. Sejurus kemudian, Dave pula dijemput naik ke pentas. Namun, dia kelihatan terkejut dan kecewa apabila isu buah z@karnya sedang dibincangkan oleh isterinya. Dave membuktikan bahawa dia tidak pernah curang dengan isterinya, sebaliknya berusaha untuk menambahkan lagi kehangatan dalam hubungan intim. Malah, program tersebut memberi detik bahagia kepada pasangan tersebut apabila Dave yang menjalani ujian mengesan penipuan membuktikan bahawa dia tidak curang. Rancangan bual bicara The Jeremy Kyle Show adalah program berdasarkan kepada konfrontasi dimana tetamu jemputan yang hadir cuba menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka termasuklah isu membabitkan hubungan kekeluargaan, s3ks, hubungan romantik, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Wednesday, December 9, 2015

Kenali Siapakah Presiden Yang Gila Lagi Kejam Dalam Sejarah?

Idi Amin Dada-bekas Presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah, Arab Saudi pada 17Ogos2003,dilabelkan sebagai gila,seorang badut,sadis,diktator,pembunuh kejam hingga kepada kanibal. Dalam tempoh lapan tahun berkuasa 1971- 1979 - selepas mengulingkan Presiden Milton Obote, Idi Amin mendapat tempat di media serata dunia ekoran pelakuan ganjilnya. Sesekali tindak-tanduknya kelihatan kejam,adakalanya berlagak bagai si dungu dan pada masa yang lain seperti terlalu bijak.Dia pernah mengarahkan empat lelaki kulit putih memikulnya di atas tandu, kemudian mengarahkan jurugambar merakamkan gambarnya itu untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa bangsa kulit hitam lebih mulia dapipada orang berketurunan kulit putih yang selama ini menjajah negaranya. Tanpa segan silu, Idi Amin membunuh secara kejam suku kaum lain yang cuba menentangnya kemudian menyimpan kepala-kepala mereka didalam petisejuk di istananya. Disenaraikan serba ringkas perlakuan manusia aneh yang bernama Idi Amin Dada ini untuk difikir-fikirkan: 1.IdiAmin dilahirkan pada 1925, bagaimanapun tarikh yang sebenar tidak diketahui kerana tiada rekod yang jelas.Bapanya daripada Kakwa, suku kaum minoriti disempadan Uganda-Sudan,sementara ibunya daripada suku Lugbara. Kedua-dua suku kaum ini berkomunikasi menggunakan bahasa Sudan. 2.Menyertai pasukan King African Rifles-sebuah unit khas untuk bangsa kulit hitam dalam Pasukan Tentera British-pada tahun1946 hanya sebagai tukang masak.Dia dinaikkan menjawat pangkat sarjan bukan kerana kebolehan,tetapi sikapnya yang pandai mengambil hati pengawai British dengan merelakan dirinya menjadi badut dalam banyak acara di kem. 3.Ketika memakai pakaian seragam tentera,Idi Amin pernah menyeksa anak bangsanya yang menentang penjajah British dengan mengerat kemaluan mereka hidup-hidup. Dia kemudiannya terkekeh-kekeh melihat mangsanya terkinja-kinja menahan sakit. Suatu ketika IdiAmin pernah berlari bogel dijalan raya diNakuru,selepas polis tentera cuba memberkasnya ketika 'buat hal' dengan isteri sahabat baiknya. 4.Sepanjang menjadi Presiden,IdiAmin membunuh lebih 500,000 rakyatnya daripada pelbagai suku kaum tanpa sebab-sebab tertentu. "Teragak nak bunuh,dia akan lakukan!" menurut bekas Menteri Kesihatan Uganda yang juga sahabatnya,Dr. Henry Kyemba. 5.Idi Amin sesekali akan mencampakkan mayat mangsanya ke Sungai Nil,di tempat yang banyak buaya.Dia akan bertepuk tangan dan bersorak-sorak gembira setiap kali buaya-buaya menyambar mayat yang dihumbankannya itu. 6.Senjata yang digemari ketika melakukan pembunuhan ialah pisau belati atau tukulbesi.Walaupun tiada bukti kukuh mengatakan Amin seorang kanibal- makan daging manusia- tetapi setiapkali ada wartawan bertanyakan perkara itu,Amin akan menjawab: "Cubalah sendiri...".Menurut laporan,peti sejuk di istananya sentiasa di penuhi daging,tulang dan kepala manusia. 7.IdiAmin membunuh salah seorang isterinya.Wanita malang itu dikerat-kerat,kemudian dia mengarahkan doktor mencantumkan mayat itu semula. "Supaya dapat anak-anak melihat mayat ibu mereka." katanya.
8.Dia pernah mengahwini lima wanita sekaligus. Daripada semua perkahwinan itu serta skandalnya dengan ramai wanita,termasuk seorang wanita kulit putih,IdiAmin dikurniakan 34 orang anak-halal dan haram! 9.Pada suatu majlis harijadinya,Amin menjemput rakan-rakan,terdiri daripada pengawai tinggi tentera dan polis kemajlis makan malam bersama keluarga di istana. Ditengah-tengah hidangan, dia meletakkan kepala manusia yang dihias indah seperti menu utama. 10.Menurut Duta Uganda ke Amerika ketika itu, Dr Solomon Asea,Idi Amin sepatutnya jadi pesakit dan tinggal dihospital, bukannya menjadi Presiden. "Amin tak siuman...kalau tak, takkan dia bermain gitar dan melalak-lalak menyanyi selepas membunuh." 11.Media Barat mengejek Amin sebagai badut selepas beliau mengutus surat kepada Presiden Nixon ketika itu, Richard Nixon semasa heboh skandal Watergate: "Saya akan minta sendiri pertolongan Tuhan untuk selesaikan masalah anda," tulisnya. 12.Idi Amin mengelar dirinya raja seluruh makhluk didarat dan hidupan dilaut. "Sayajuga adalah penakluk sebenar Empayar British" katanya pada suatu perhimpunan rasmi. 13.Selepas setahun menjadi presiden,Idi Amin mengusir lebih 50,000 bangsa India dari Uganda selepas cintanya ditolak seorang gadis India yang menetap diKampala.Akibatnya ekonomi negara itu tunggang-langgang kerana selama ini orang Indialah yang memacu ekonomi Uganda. 14.Dia pernah melompat kedalam kolam renang dengan pakaian field marshall semasa menghadiri suatu majlis diplomatik kerana terlalu gembira. 15.Idi Amin gemar memakai terlalu banyak pingat pada bajunya sehingga dia kelihatan susah untuk bergerak. Pernah sekali bajunya koyak kerana terlalu berat dengan pingat yang entah dari mana dikutipnya. 16.Tidak ramai yang tahu,Idi Amin sebenarnya buta huruf dan tidak tahu langsung berbahasa Inggeris.Kerana itulah,dia mengambil masa yang panjang untuk menandatangani sesuatu dokumen. Idi Amin menulis surat rasmi mengajak Presiden Tanzania,Julius Nyerere bertinju, semasa hubungan kedua-dua negara retak."Jika awak setuju saya akan ikat sebelah tangan saya kebelakang" antara yang ditulisnya. Bagaimanapun Nyerere tidak melayan hasrat Idi Amin itu. Kejatuhan kerajaan pimpinan Idi Amin adalah kerana para balacinya yang terdiri daripada rakan dan kroni yang suka mengampu. Kebanyakan mereka pula adalah sepertinya- buta huruf!. Akhirnya Idi Amin diusir dan menjadi pelarian di negara orang. Dia meninggal dalam buangan di Jeddah. Idi Amin cukup seronok melihat orang lain takutkannya apatah lagi jika orang itu berkulit putih. Sekumpulan wartawan berkulit putih di paksa mengangkat sumpah taat setia sebelum dibenar membuat laporan.

Fuhh!! Publisiti Murahan Juara ‘Kejohanan Model P@yudara’ Dikecam

MEDIA China dikecam kerana terlalu meraikan pemenang bagi “Kejohanan Model P@yudara” yang dianjurkan buat kali pertama di negara itu bulan lalu, di wilayah Hubei. Liputan diberi menunjukkan seolah-olah pemenang kejohanan itu menjadi idola masyarakat, walaupun hakikatnya pertandingan sedemikian sangat tidak senonoh. Antara yang disiarkan, satu set gambar menunjukkan Jiang mendapat perhatian peminat di sebuah pameran kereta di wilayah Jiangsu. Gadis dari Nanjing itu memenangi pertandingan yang diadakan pada 25 Oktober di bandar Xiangyang dengan ukuran dada saiz 34F. Sejak diumumkan sebagai pemenang kebangsaan model p@yudara, Jiang telah mendapat banyak peluang menjadi model.

Kantoi!!! Wanita Hamil Hancurkan Kereta Suami Curang!!

BRASSILIA – Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan. Pada mulanya dia memecahkan cermin sehingga hancur dan berlegar-legar di sekitar kereta suaminya. Dia yang sarat mengandung kemudian melompat ke atas bumbung kereta dan akhirnya, membaling batu ke arah tingkap belakang kenderaan berkenaan.
Insiden yang dirakam oleh penonton di tempat kejadian, menunjukkan wanita itu mengamuk selepas mendapati suaminya bersama dengan wanita lain yang dipercayai perempuan simpanan. Si suami dan wanita ketiga itu, dikatakan sedang makan tengah hari di sebuah restoran ketika ‘kantoi’.

Tuesday, December 8, 2015

Baca! Ini 7 Perangai Pelancong China Yang Tidak Disenangi

KEHADIRAN pelancong di mana-mana negara biasanya akan membuatkan orang tempatan berasakan negara mereka memiliki keunikan serta tarikan tersendiri berbanding negara lain. Maka pelancong asing yang berkunjung lazimnya akan mendapat layanan istimewa dan sentiasa disenangi serta dialu-alukan kedatangan mereka oleh warga tempatan. Walau bagaimanapun, kehadiran pelancong warga China di mana-mana negara pun nampak gayanya tidak begitu disenangi serta mengundang perasaan jengkel dalam kalangan pelancong negara lain mahu pun orang tempatan sendiri. Mengapa mereka seolah-olah diboikot oleh semua orang? Apa kesalahan yang telah mereka lakukan? Dan kenapa kehadiran mereka tidak disenangi? Berdasarkan beberapa sumber, di bawah ini merupakan 7 punca mengapa pelancong warga China tidak disenangi dan kurang digemari di seluruh dunia: 1. Tidak tahu bersabar / Tidak bertoleransi Jelas perangai pelancong warga China yang tidak tahu bersabar mahupun tidak faham erti toleransi ini menjadi faktor utama mengapa mereka dibenci. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa isu berkaitan yang pernah ditimbulkan.
Semalam berita mengenai pelancong China yang membuat kecoh di sebuah lapangan terbang di Bangkok telah mendapat perhatian netizen. Jelas sikap toleransi mereka sangat lemah rentetan isu penerbangan yang mereka naiki terpaksa digendalakan sementara. Selain itu, video yang dimuat naik oleh seorang wanita Thailand yang menunjukkan sikap pelancong China yang tidak tahu beratur juga pernah viral sebelum ini. 2. Tidak bertamadun! Pelancong dari China juga dikecam kerana sikap mereka yang keterlaluan serta tidak bertamadun ketika melancong.
Isu ini boleh dikaitkan dengan insiden seorang lelaki warga China yang pernah menjadi bualan media tempatan dan luar negara kerana bertindak tidak sopan selepas meramas buah dada patung bogel yang menjadi tugu di kawasan pelancongan popular di Huaqing Pool di bandar Xi’an. Seorang lelaki warga China berkelakuan tidak senonoh ketika melancong. 3. Tidak bertimbang rasa. Segelintir pelancong dari China jelas memiliki duit untuk melakukan apa sahaja tapi apa yang menyedihkan mereka tidak mempunyai etika serta tidak bertimbang rasa kepada orang di sekeliling.
Menurut sumber, mereka langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain dan merasakan mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka. 4. Bersikap oportunistik. Mereka juga dikatakan tidak akan melepaskan peluang yang ada. Boleh dikaitkan dengan sikap tidak bertimbang rasa. Pelancong dari China ini tidak akan bertolak-ansur walaupun terhadap orang yang lebih tua. 5. Pentingkan diri sendiri. Sifat pentingkan diri sendiri ini sememangnya dibenci oleh masyarakat. Ia merupakan sisi buruk yang ada dalam diri seseorang individu
Ini juga merupakan faktor yang mendorong kepada kenapa pelancong dari China ini diboikot oleh seluruh masyarakat dunia. 6. Suka melakukan vandalisme serta merosakkan pemandangan. Tabiat kebudak-budakan seperti menconteng nama sendiri di mana-mana dinding atau sesuatu tempat pelancongan untuk menunjukkan mereka pernah hadir dan datang di situ juga adalah satu daripada punca kenapa warga China ini dikutuk! Baca! Ini 7 Perangai Pelancong China Yang Tidak Disenangi Rasanya tidak perlu meletakkan simbol atau tanda seperti ‘Lin Quai was here’ dan sebagainya. Tiada siapa peduli dan tiada siapa yang mahu ambil tahu, ia hanya merosakkan pandangan serta kualiti benda yang menjadi tarikan kepada pelancong lain. 7. Pengotor! Sikap yang terakhir ini merupakan sikap yang paling jelas ditunjukkan oleh segelintir pelancong China ketika melancong. Pengotor dan tidak tahu menjaga kebersihan! Isu seperti ini telah banyak berlegar di media sosial serta menjadi bualan hangat mana-mana media. Sebagai contoh, isu terbaru yang pernah dilaporkan, seorang wanita dikatakan dengan sengaja telah membiarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan di dalam sebuah pesawat. Baca cerita penuh di sini.
Wanita biarkan anaknya membuang air di tempat penyimpanan makanan dalam sebuah pesawat. Kesimpulannya, pelancong warga China sememangnya perlu berubah dari segi sikap mereka yang menjengkelkan orang ramai ketika melancong bagi membersihkan kembali nama negara mereka. Jika tidak, selama-lamanya mereka akan dikecam serta diboikot oleh seluruh masyarakat di dunia ini gara-gara sisi buruk yang ditunjukkan mereka itu. – MYNEWSHUB.CC

Pesawat Tersadai Milik Siapa? Malaysia Airports Minta Pemilik Ambil Balik Atau Dijual?

Biasanya pemilik kereta yang tidak mampu membayar ansuran bulanan sahaja membiarkan kereta mereka tersorok dan tersadai, pemilik kapal terbang pun ada yang buat sampai begitu. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terdapat tiga buah pesawat jenis Boeing 747-200F tersadai di ruang parkir pesawat di lapangan terbang itu. Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASB) di Sepang semalam telah mengeluarkan notis untuk pemilik berkenaan menuntut semula pesawat mereka sebelum tindakan diambil. Menurut notis itu, pemilik pesawat itu gagal menjelaskan bayaran caj yang dikenakan terhadap mereka. “Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1969.
Notis tuntutan yang dikeluarkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd. “Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan,” demikian menurut notis dari MASB yang disiarkan media hari ini. Tiga pesawat tersebut dari jenis Boeing 747-200F dengan dua daripadanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran TF-ARN dan TF-ARH manakala sebuah lagi berwarna putih mati dengan nombor pendaftaran TF-ARM. Ketiga-tiga pesawat itu masing-masing diletakkan di ruang parkir KLIA lot B61, B62 dan M3. Jika anda menaiki pesawat untuk penerbangan, sebelum berlepas anda akan pasti dapat melihat ketiga-tiga pesawat berkenaan tersadai di lapangan terbang itu dalam keadaan sudah semakin usang. Adakah tiga pesawat itu mampu untuk terbang juga amat meragukan kerana sudah tersadai di kawasan lapangan terbang itu untuk satu tempoh yang agak lama. Nampaknya, pihak MASB mungkin terpaksa menjawab perkara ini kerana mustahil pemilik tiga pesawat besar jenis Boeing 747 sebegitu tidak dapat dikesan.

Sunday, December 6, 2015

G25 Cadang Hapuskan Hukuman Khalwat, Anggap Ia Hak Asasi Kalau Dibuat Di Rumah Sendiri

Sebelum ini, mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kini mereka mencadangkan pula pemansuhan hukuman untuk kesalahan berkhalwat yang merupakan undang-undang syariah. Itulah cadagan dari satu kumpulan yang terdiri dari bekas kakitangan awam, G25 yang mendakwa ia melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Wakil atau jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan itu menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak privasi setiap individu. Bagi mereka, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali ia dilakukan di kawasan awam. Beliau berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu. “Ini bertentangan dengan Islam. Apa orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh ketuk pintu pada pukul 3 pagi dan menahan mereka, ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam, dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah. “Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan taman awam,” tegasnya menurut akhbar Utusan Malaysia. Cadangan itu disuarakan Noor Farida dalam sidang akhbar selepas Forum Islam Dalam Demokrasi Berparlimen di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) di ibu negara, semalam. Cadangan itu disifatkan tidak masuk akal oleh sesetengah orang kerana mengakui hukuman perbuatan khalwat diperuntukkan untuk menghalang terjadinya persetubuhan haram dan pembuangan bayi tidak sah taraf semakin berleluas. Selain itu, pandangan awam yang dapat melihat orang yang tiada hubungan suami isteri keluar dan masuk kerap ke dalam rumah pelaku hanya akan memburukkan pandangan masyarakat yang melihat perlakuan sumbang berkenaan. Turut hadir dalam forum berkenaan ialah Penasihat G25, Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum, Datuk M. Redzuan Kushairi. Beliau berkata, pelaksanaan undang-undang syariah akan menjadi masalah apabila ia melanggar Perlembagaan Persekutuan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang sebagai kesalahan jenayah. “Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda,” tegasnya.

Seorang guru makan hamster kerana mahu ajar murid tentang "Nilai Hidup"

Seorang guru makan hamster kerana mahu ajar murid tentang ‘Nilai Hidup’ | SEORANG guru ditahan kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap haiwan berikutan laporan yang mendakwanya memakan hamster semata-mata mahu memberi pengajaran kepada murid-murid yang salah laku. Murid-muridnya terkejut menyaksikan kejadian itu apabila guru berkenaan mengambil haiwan perliharaan tersebut dari sangkar di kelas dan kemudian menelannya hidup-hidup. Guru berkenaan berkata, dia mahu mengajar murid-muridnya supaya menghormati hak asasi haiwan. Susulan insiden mengejutkan itu, guru tersebut ditahan kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan. Media Rocket 24 melaporkan bahawa sekolah itu pada awalnya cuba merahsiakan insiden yang berlaku di Korea Selatan awal bulan ini. Bagaimanapun, beberapa murid memberitahu ibu bapa mereka dan polis dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum guru berkenaan terpaksa membuat pengakuan. Kata guru itu, dia memakan hamster kerana dia percaya kanak-kanak boleh berlaku kejam kepada haiwan dan tidak memahami nilai kehidupan. Tambahnya: “Saya mengumpulkan kekuatan saya dan menelan hamster hidup-hidup untuk cuba menyampaikan dengan cara yang berbeza mengenai mengapa kita perlu menyayanyi haiwan. Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai pertuduhan yang dihadapi guru tersebut.

Biar Betoi!!! Gadis cantik bertudung buat lelaki2 bujang trauma bila nak kahwin....

PASTI RAMAI TERKEJUT!!! Gadis cantik bertudung buat lelaki2 bujang trauma bila nak kawin.. Nur Aila Liala, 27, Pasir Gudang.. Profession: Guru Silat Kuntau "mencari pasangan yang mahir bersilat dan mampu merebahkan saya" Wang Hantaran: RM 3,000,000 P/s; sape2 berani boleh la cuba..hihi

Zalimnye!!! Suami Memasukkan Tangan Dalam Isteri Punye Hingga Mati Kerana Enggan Berasmara!

UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan s3ks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya. Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly. “Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar. Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya. Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian. “Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat. Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar. Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari. Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” – Agensi

Friday, November 20, 2015

Saya Punya Tak Cukup Untuk Awak Ke ?

Awek mengamuk pakwe hadiahkan hadiah hari jadi pembedahan pembesaran payudara | Kerana silap membeli hadiah hari jadi, seorang lelaki ditinggalkan teman wanitanya, tetapi sebelum itu dia dipukul dan kemaluannya ditendang. Lelaki berkenaan, Wang Chen, 26, menempah untuk kekasihnya, Wen Ting, 24, menjalani pembedahan pembesaran payudara di sebuah klinik pembedahan kosmetik, sebagai hadiah hari jadi memetik Harian Metro. WEN menyerang kekasihnya di luar pusat bedah kosmetik. Bagaimanapun, Wen mengamuk sebaik mereka tiba di depan klinik berkenaan. Wanita itu berasa begitu terhina kerana payudaranya tidak cukup untuk teman lelakinya.

Thursday, November 19, 2015

Kantoi!!! 'Masa Dia Datang Pun Muka Dah Ketat' - Pegawai JPN

Susulan kes seorang wanita mengadu seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Manjung berkelakuan biadab, tampil pegawai bernama Rezuan menjelaskan keadaan yang berlaku pada 2 minggu lalu. BACA : 'Hang Mai Sini Buat Apa? Pergilah Buat Ic Di Balai Polis Dah Nak Sangat Dengar Cakap Polis' - Pegawai JPN Baca penjelasan pegawai JPN di bawah: Ceritanya, dua minggu lepas, perempuan ini mai nak buat IC hilang. Masa dia mai kat aku pun muka dah ketat. Aku tanya hilang macam mana, tercicir ke, orang curi ke. Dia bagi report polis kat aku. Aku baca report dia, kes dia, dia letak purse dia dalam raga motosikal. Lepas itu aku pun katalah yang ini adalah kes kecuaian. Kali pertama hilang, bayaran RM110. Dia kata pasai pa pula? Dia pergi buat report, tadi polis kata kali pertama takyah bayar. Lepas itu, nak letak purse di mana lagi dia kata. Aku katalah yang polis itu tidak tahu prosedur JPN. Dia kata aku nak makan duit dia pula dah. Dia kata lagi kerajaan memang suka makan duit rakyat. "Aku refer pada penyelia aku, tunjuk report polis perempuan itu. Penyelia aku kata bagi free sajalah," Selepas itu aku nasihatkanlah dia, lain kali jangan letak benda-benda penting dalam raga motosikal. Dia pula tidak puas hati kenapa aku kata macam itu. Aku pun terus buat IC dia. Dia pula rakam gambar aku dua minggu lepas, tapi tak viral lagi masa itu. Hari ini dia datang sekali lagi nak buat pendaftaran kelahiran untuk anak menakan dia. Pegawai di kaunter sebelah aku yang buatkan. Datangnya, semua dokumen tidak dibuat salinan. Pegawai kaunter sebelah suruh dia pergi buat salinan dulu, baru boleh terus proses. Dia terus membebel, dia kata di klinik, jururawat tak suruh buat salinan pun. Pegawai itu pun tunjukkan pada dia bahawa dalam borang kelahiran ada mengatakan dokumen-dokumen yang perlu dibuat salinan. Selepas itu dia boleh pula sound kata jururawat di klinik tak reti buat kerja. "Orang Kerajaan semua tak reti buat kerja!" Selepas itu dia pun pergilah buat salinan dan datang semula ke kaunter 10 apabila nombor gilirannya dipanggil. Saja-saja nak bebai kat orang mana boleh? - Rezuan

Wednesday, November 18, 2015

Perh!! 'Aku Makan Alat Sulitnya Kerana Dia Mer0gol Isteriku'

INDONESIA - Berang mengetahui isterinya telah dirogol seminggu sebelum perkahwinan, seorang lelaki berusia 25 tahun telah memotong dan makan kemaluan seorang lelaki dalam kejadian di wilayah Lampung, Sumatera. Rudi Efendi, 25, yang bernikah dengan Nuriah, 20, mendapati isterinya itu sudah hilang dara di malam pertama, sebulan sebelum kejadian tersebut. Setelah didesak oleh suami, Nuriah memberitahu bahawa dia telah dir0gol oleh seorang pemandu kereta sewa yang juga bernama Rudi, berusia 30 tahun, seminggu sebelum mereka berkahwin. Ekoran itu, Rudi meminta isterinya mengaturkan pertemuan dengan lelaki terbabit.
Ketua Polis (kiri) bercakap dengan suspek, Rudi Efendi Difahamkan, Rudi Efendi pada mulanya berpura-pura mahu menumpang kereta sewa lelaki itu. Apabila berada di dalam kereta, Rudi mengambil kesempatan membunuh mangsa dengan senjata tajam sebelum membakar keretanya. Menurut Ketua Polis Lampung, Brigadier Jeneral Edward Syah Pernong berkata, suspek juga mengaku telah mengerat alat sulit mangsa dan membawa pulang ke rumah untuk dimasak. "Sampai di rumah, dia terus menggoreng alat sulit mangsa dan memakannya sebagai ubat bagi merawat hatinya yang terluka," jelasnya. Bagaimanapun, Rudi menegaskan dia melakukan jenayah itu seorang diri dan isterinya tidak terlibat dalam jenayah yang dilakukan.

Monday, November 16, 2015

“Ini Bukan Setakat Masin, Pakej Masam Sekali!!!

Dalam Islam, penyediaan makanan perlulah bersih dan tidak was-was kerana ianya melibatkan bahan yang akan menjadi darah daging kita. Kita ada 1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain, 2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain 3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena benda najis. Baru-baru ini gambar tiga wanita sedang membuat sayur masin tersebar di laman sosial telah mengundang rasa loya netizen. “Ini bukan setakat masin, pakej masam sekali!” kata netizen. Gambar yang tersebar itu tidak diketahui lokasi sebenarnya. Namun apa yang boleh kami pastikan ialah perkara itu tidak berlaku di Malaysia dan berkemungkinan besar berlaku di negara jiran berikutan pencarian kami mendapati gambar tersebut mula dimuat naik ke laman sosial dari negara berkenaan. Bagaimanapun, netizen mempertikaikan tahap kebersihan sayur masin yang disediakan itu berikutan tiga wanita terbabit masuk ke dalam ‘kolam’ yang digunakan untuk merendam sayur sawi tersebut bagi memilih sayur-sayur masing itu diletakkan dalam bekas besar untuk dibungkus dalam paket. “Aduh, itu kan makanan. Sudahlah tidak mematuhi kebersihan, manalah tahu berpeluh ke, badan berkurap ke, berkudis ke, boleh pula diorang masuk dalam kolam rendam macam tu je. Hilang selera aku nak masak sayur masin hari ni,” kata Alfiah

Friday, October 30, 2015

Kesiannye!!! (2 GAMBAR) Bayi ditikam kerana gigit ibu semasa menyusu

Seorang bayi lelaki bernasib kerana masih hidup walaupun selepas ditikam 90 kali oleh ibunya kerana menggigit wanita terbabit ketika menyusu.Disebabkan serangan ganas itu, Xiao Bao terpaksa menerima lebih 100 jahitan kebanyakannya di bahagian muka... Media semalam melaporkan, Xiao tinggal bersama ibu dan dua bapa saudaranya di Xuzhou di wilayah Jiangsu, timur China.Mereka hidup dengan menyelongkar sampah untuk mendapatkan bahan terbuang dan yang boleh dikitar semula.Xiao bernasib baik kerana keadaannya yang cedera parah itu diketahui seorang daripada bapa saudaranya... Menurut media, lelaki terbabit terkejut melihat Xiao terbaring berlumuran darah di kawasan luar rumah mereka dan segera menghantarnya ke hospital.Ibu Xiao kemudian mengaku menikam bayi berusia lapan bulan itu kerana marah apabila putingnya digigit ketika menyusukan anaknya.. Sumber polis berkata, wanita terbabit menggunakan gunting untuk menikam Xiao... Sementara itu, penduduk setempat merayu kepada kerajaan supaya mengambil bayi itu daripada ibunya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang. Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk mengambil alih hak penjagaan Xiao...
Kata sumber, tiada bukti menunjukkan ibu Xiao mengalami masalah mental.“Pihak berkuasa juga berpendapat bahawa Xiao masih boleh dijaga dua bapa saudaranya,” katanya. - Agensi

Tuesday, October 27, 2015

Biar betul!! Kongsi Isteri, Elakkan 30juta Lelaki Hidup Bujang

Beijing – Seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar lelaki yang berpendapatan rendah di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup. Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga. Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri. Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai. Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral. Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu. “Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie memetik laporan myMetro. Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran.
loading...

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.