Tuesday, October 27, 2015
Biar betul!! Kongsi Isteri, Elakkan 30juta Lelaki Hidup Bujang
Beijing – Seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar lelaki yang berpendapatan rendah di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup.
Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.
Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.
Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai.
Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral.
Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.
“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie memetik laporan myMetro.
Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran.
Related Posts:
[GAMBAR] DI JEPUN LELAKI LEBIH SUKA BERCINTA DAN BERKAHWIN DENGAN PATUNG BERBANDING WANITA! DI JEPUN LELAKI LEBIH SUKA BERCINTA DAN BERKAHWIN DENGAN PATUNG BERBANDING WANITA | Trend bercinta lelaki di Jepun berpindah dari bercinta dan kawin… Read More
Pengacara TV Berbog3l Kerana Christiano Ronaldo!!SEORANG pengacara wanita tampil bog3l sepenuhnya dalam sebuah program televisyen di Venezuela semasa berbincang mengenai pemain bola sepak, Christiano… Read More
Wanita Muatnaik Video “S3ks” Balas Dendam “Boyfriend” Curang UNITED KINGDOM – Seorang wanita dengan sengaja memuatnaik video intimnya dengan lelaki lain sebagai membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya. … Read More
[Gambar] Lelaki Yang Lebih Cantik Daripada Wanita!! Memang pelik tapi benar! Lelaki transeksual memang sudah jadi trend seluruh dunia. Lebih-lebih lagi mereka sudah mula memberanikan diri untuk terju… Read More
Pelik Tapi Benar!! Wanita Koma Lahirkan Anak Sekumpulan doktor di sini mencipta sejarah tersendiri baru-baru ini apabila berjaya membantu kelahiran seorang bayi meskipun ibunya telah tujuh ming… Read More
Test
ReplyDelete