Thursday, October 8, 2015
Suami Curang Dengan ‘Maid’ , Bini Dipenjarakan!!!
Seorang isteri bakal berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR50,000 (RM56,991) selepas bertindak membongkar kecurangan suaminya menerusi video yang dirakamnya.
Memetik laporan Standard Digital, isteri tersebut yang merupakan seorang wanita Arab yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan merakam video menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan suaminya menggoda, mencium dan memeluk pembantu rumah mereka dalam kejadian di Gulf Kingdom, di sini.
Wanita tersebut memuat naik rakaman tersebut ke laman sosialnya dengan menulis kapsyen;
Hukuman minimum kepada suami kerana dia mempunyai skandal
Rakaman tersebut nyata menarik perhatian ramai pengguna media sosial di negara tersebut yang rata-rata menyokong tindakan wanita terbabit sambil menyifatkan ia mampu memberi pengajaran kepada suaminya yang curang.
Bagaimanapun, seorang peguam Arab terkenal, Majid Qaroob berkata, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara atas tuduhan memfitnah suaminya dengan merakam video tersebut.
“Dia berdepan hukuman sehingga satu tahun penjara atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi maklumat.
“Undang-undang ini termasuk hukuman tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peranti lain untuk merakam gambar individu lain serta memfitnah mereka, kata Majid.
Related Posts:
Baca! Ini 7 Perangai Pelancong China Yang Tidak Disenangi KEHADIRAN pelancong di mana-mana negara biasanya akan membuatkan orang tempatan berasakan negara mereka memiliki keunikan serta tarikan tersendiri b… Read More
Kantoi!!! Wanita Hamil Hancurkan Kereta Suami Curang!! BRASSILIA – Seorang wanita Brazil yang sedang hamil memusnahkan kereta suaminya selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan. Pada mul… Read More
Fuhh!! Publisiti Murahan Juara ‘Kejohanan Model P@yudara’ Dikecam MEDIA China dikecam kerana terlalu meraikan pemenang bagi “Kejohanan Model P@yudara” yang dianjurkan buat kali pertama di negara itu bulan lalu, di … Read More
Kenali Siapakah Presiden Yang Gila Lagi Kejam Dalam Sejarah? Idi Amin Dada-bekas Presiden Uganda yang mati dalam buangan di Jeddah, Arab Saudi pada 17Ogos2003,dilabelkan sebagai gila,seorang badut,sadis,diktat… Read More
Betol Ke Ni?? Tengok Buah Z@kar Untuk Tahu Suami Curang KAUM lelaki khususnya suami yang berniat untuk curang dengan pasangan masing-masing dinasihatkan supaya melupakan niat tersebut kerana tanpa anda se… Read More
0 comments:
Post a Comment