Monday, October 19, 2015
Harga Topup Prabayar Kembali Pada Asal 1 November Ini??
Para pengguna talian mudah alih prabayar nampaknya akan dapat menarik nafas lega bulan depan apabila harga pembelian tambah nilai perkhidmatan itu akan kembali seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 November depan.
Pengumuman akan dibuat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam). Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata Kastam telah membincangkan hal berkenaan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya pengguna idak lagi dikenakan bayaran tambahan.
Dengan nada tegas, kerajaan tidak akan bertoleransi lagi dengan syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan langkah berkenaan.
Tindakan selanjutnya akan diambil jika Telco masih berdegil.
“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu, yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10, kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,” katanya.
Johari berkata demikia dalam sidang media selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak di ibu negara semalam.
Katanya, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada pihak Telco seperti sebelum ini bahawa sistem komputer mereka belum bersedia, kerana tempoh yang telah diberikan kepada Telco terlalu lama.
“Jika pihak Telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.
“Sebab, secara logiknya kalau pihak Telco tidak bersedia kenapa pengguna pula kena tanggung kos tambahan,” katanya.
Perkembangan terbaru ini pastinya membawa harapan kepada banyak pengguna pra bayar khususnya mereka yang bergelar pelajar dan yang berpendapatan rendah.
Diharapkan pada 1 November nanti, tiada lagi perubahan akan berlaku seperti sebelum ini apabila pengumuman sama ditangguhkan ekoran pihak Telco masih tidak bersedia.
Related Posts:
KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI KADAR RESMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2015 1436H SETIAP NEGERI MALAYSIA | Umum mengetahui bahwa ummat islam yang berkemampuan diwajibkan membayar zakat … Read More
Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun?“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apa… Read More
Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud? Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu pe… Read More
Ahmad Maslan Dikutuk Teruk Di Laman Sosial, Rupanya Fitnah?? KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menerima banyak pahala daripada netizen yang mengutuk dan mengejeknya … Read More
Kantoi! 6 warga emas dicekup tanpa segan silu makan di kedai makan bukan Islam Beberapa warga emas dicekup di sebuah kedai makan bukan Islam pada hari pertama Ramadan. – Astro AWANI BANDAR MELAKA: Hari pertama bulan Ramadan d… Read More
0 comments:
Post a Comment