Monday, October 12, 2015
Suami Isteri Didenda RM455,846 Kerana Lahirkan Ramai Anak?
BEIJING:Sepasang suami isteri dari sini telah didenda sebanyak 700,000 yuan (RM455,846) hanya kerana memiliki
ramai anak.
Di China, menjadi kesalahan memiliki ramai anak kerana ia adalah melanggar polisi satu anak yang dikuatkuasakan di negara itu.
Pasangan yang tinggal di daerah Tongzhou ini dikatan mempunyai anak pertama mereka pada tahun 1984 dan kini pasangan itu terpaksa hidup dalam kemiskinan bersama tiga anak lelaki dan empat anak perempuan.
Kerana kemiskinan yang dihadapi itu, mereka hanya mampu untuk mendapatkan sijil perakuan isi rumah China iaitu hukou untuk tiga orang anak sahaja kerana mereka tidak mampu untuk membayar yuran peyelanggaraan sosial yang dikenakan kepada mereka kerana melanggar polisi satu anak.
Jadi untuk mendapatkan hukuo untuk empat anak yang lain, pasangan tersebut perlu membayar hampir 700,000 yuan.
Memetik laporan Beijing News, berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya penduduk dan keluarga perancang tempatan, jumlah itu adalah berdasarkan kepada pendapatan tahunan penduduk luar bandar pada tahun 2012 ditambah dengan surcaj tertunggak.
Kerana masalah itu, tiga anak pasangan ini terpaksa berhenti sekolah manakala empat daripada mereka lagi terpaksa berhenti sekolah selepas sembilan tahun.
“Tanpa pendidikan yang baik, saya hanya boleh bekerja di kilang-kilang kecil,” kata Zhang anak ketiga pasangan ini.
Malah menurut Zhang lagi, adiknya juga sukar untuk menerima rawatan di hospital manakala adik perempuannya juga terpaksa bercerai ekoran terpaksa berdepan masalah kerana tidak mempunyai hukou dan kini sedang mengalami masalah kemurungan.
Dalam pada itu, pegawai tempatan berkata, keluarga itu telah diingatakan berulang kali mengenai denda yang akan dikenakan namun tidak diendahkan.
Related Posts:
Cikgu Guna Cara Pelik Motivasi Pelajar Untuk memotivasi anak didiknya yang selalu mendapat markah buruk dalam peperiksaan, seorang guru di China telah mencari penyelesaian yang pelik lagi… Read More
Budak 3 Tahun Tembak Ibu Bapa New Mexico – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah menembak bapa dan ibunya yang sarat mengandung selepas menemui pistol 9mm di dalam beg tan… Read More
(Video) Sekurang-kurang 9 Maut Pesawat Terhempas Dalam Sungai Taiwan: Sekurang-kurangnya sembilan maut setelah sebuah pesawat TransAsia yang membawa 58 penumpang mendarat cemas di sebuah sungai di Taiwan, lapor… Read More
Subhanallah! (VIDEO) 500 Pekerja Dari China Peluk Agama Islam Selepas Lihat Pengebumian Raja Abdullah Sifat kesederhanaan yang ditonjolkan dalam majlis pengebumian Raja Abdullah Abdul Aziz yang meninggal dunia pada baru-baru ini telah berjaya menarik… Read More
Allahuakbar..Perkara Pelik Berlaku Semasa Hari Pengebumian Raja Abdullah Inilah Makam / kubur Raja 'Abdullah. Tak ada senjata tertembak ke langit, tak ada terompet dan nyanyian. And… Read More
0 comments:
Post a Comment