Monday, October 26, 2015
Penumpang Malindo Air Cemas, Vaper Terbakar Dalam Pesawat?
Penumpang dan anak kapal pesawat Malindo Air cemas seketika selepas bateri Vaper (rokok elektronik) milik seorang penumpang penerbangan itu terbakar secara tiba-tiba.
Kejadian itu berlaku pada pukul 6.45 petang semalam selepas pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu untuk ke KLIA2.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kebakaran itu berlaku semasa penumpang itu sedang menonton tayangan video di paparan skrin tempat duduknya.
“Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar.
“Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, tindakan pantas anak kapal penerbangan itu berjaya mengawal kebakaran dan pesawat Boeing 737-800 itu berjaya mendarat dengan selamat di KLIA2 pada pukul 8.44 malam.
Beliau berkata lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat.
Namun tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu.
Related Posts:
[Video]Lelaki Hina Muka Ahmad Maslan Macam Taiik B@bi Meninggal Dunia Free Malaysia Today telah merakam sebahagian ceramah itu. Ia diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan hanya dihadiri kira-kira 50 orang walaupun … Read More
Terbaik!! Jutawan China Bawa 6,400 Pekerjanya Bercuti Di Perancis Seronok kalau ada bos macam ini! Seorang jutawan China membawa 6,400 pekerjanya bercuti selama empat hari di Perancis sekaligus memecahkan rekod du… Read More
[Video] Kemalangan lori @rak terbabas,ramai2 kutip weh!! Kejadian berlaku beberapa hari lepas di jalan selekoh maut di kelapa sawit,kulai johor.sebuah lori mambawa muatan arak telah terbabas menyebabkan ti… Read More
Mahathir Mohammad Cedera Dipukul di PRK Permatang Pauh!!! PERMATANG PAUH: Hari ini berlangsungnya PRK Parlimen Permatang Pauh. Bermula pada jam 7.00 pagi para pengundi mula berkumpul di beberapa buah pusat … Read More
Dua Gadis Terima Saman Aurat Di Kelantan!! KOTA BHARU – Dua gadis belasan tahun merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terh… Read More
0 comments:
Post a Comment