Sunday, October 11, 2015
MH370 : Gambar Lokasi MH370 Dan Bendera Malaysia Diserah Pada Polis?
Sandakan: Lelaki yang membuat laporan polis mengenai dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik MH370 telah menyerahkan sehelai bendera Malaysia dan tiga keping gambar Pulau Sugbay yang dibawa ke Malaysia oleh ibu saudaranya.
Jamil Omar, 46, berkata dia mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dari ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, yang melawat saudara di Filipina.
Menurut laporan sebelum ini, bendera itu diambil oleh penduduk di kawasan penemuan bangkai tersebut.
“Bendera itu ditemui dalam bangkai pesawat oleh penduduk pulau itu yang pergi memburu burung.
“Saya berikan semua bukti itu kepada anak saudara sebelum diserahkan bendera itu kepada polis bersama tiga keping gambar pulau atau lokasi umum tempat itu.
“Penduduk di sana mendakwa terlihat bangkai pesawat di pulau itu ketika melawat keluarga di Pulau Sugbay, September lalu,” katanya memetik laporan myMetro.
Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.
“Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.
“Saya kemudian datang ke Sabah lalu menceritakan hal ini kepada mereka dan seorang anak buah saya membuat laporan polis agar dapat membantu dalam pencarian terbabit,” katanya.
Related Posts:
FB Promosi Mar1juana Atau G@nja Tidak Disekat SKMM? KUALA LUMPUR, 11 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran agar menyekat laman Facebook yang dikesan giat mempromosikan ma… Read More
Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun?“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apa… Read More
Kantoi!! Beras Palsu Dari China,Awas!! BERAS PALSU - Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.B… Read More
Terbaik!! Jutawan China Bawa 6,400 Pekerjanya Bercuti Di Perancis Seronok kalau ada bos macam ini! Seorang jutawan China membawa 6,400 pekerjanya bercuti selama empat hari di Perancis sekaligus memecahkan rekod du… Read More
Malaysia Bakal Menjadi Sebuah Negara Pulau Selepas Terusan Ini Wujud? Berlegar legar dilaman sosial apabila dikatakan pada 10 April 2015 lalu Kerajaan Republik China dan Kerajaan Thailand telah berjaya memetrai satu pe… Read More
0 comments:
Post a Comment