Wednesday, October 14, 2015
Betapa Kejam Dalang Pembunuh Nahas MH17 Terus Berdiam Diri
Pastinya ketika ini anggota keluarga kesemua 298 orang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akur dan bersedih dengan laporan akhir siasatan nahas pesawat itu yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda.
Pesawat itu yang terhempas 17 Julai tahun lepas disahkan telah ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK buatan Russia, demikian didmaklumkan oleh Pengerusi OVV Tijibbe Joustra ketika membentangkan siasatan penuh nahas itu semalam.
Siasatan mendapati peluru berpandu darat ke udara itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat penumpang itu.
“MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK,” katanya.
Pembentangan laporan itu dibuat di Pangkalan Udara Gilze-Rijen, selatan Belanda dan disiarkan secara langsung.
Pengesahan juga dibuat berdasarkan rekod rakaman perbualan mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan kuat itu.
Serpihan peluru berpandu BUK itu turut ditemui di dalam kawasan nahas dan juga di dalam bangkai nahas pesawat itu.
Dalam laporan akhir itu, Joustra berkata Ukraine sedia maklum berkenaan risiko yang ada di kawasan berkenaan kepada pesawat awam namun mereka gagal untuk menimbang ancaman yang wujud.
Pesawat MH17 jenis Boeing 777 terhempas menyembah bumi membunuh kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal.
Dalam laporan itu, peluru berpandu berkenaan didakwa dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Soalnya, betapa pihak yang bertanggungjawab tidak langsung ada belas kasihan dengan berdiam diri biarpun selepas membunuh kesemu penumpang hanya dengan menembak peluru berpandu.
Atas dasar kekejaman apakah?? mereka mahu berdiam diri dan menolak dari mengaku membunuh orang yang tidak berdosa yang mempunyai ahli keluarga dan orang yang menyayangi mereka.
Russia dalam nada berbeza pula tergamak menggunakan kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membatalkan resolusi Malaysia untuk menubuhkan satu Tribunal Antarabangsa untuk mencari siapa yang bertanggungjawab.
Kita percaya pada kecekapan pihak yang layak di negara ini untuk mencari dalang dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Dalang yang menembak jatuh pesawat MAS berkenaan akan pasti dapat dicari dan didakwa untuk memberikan pengakhiran kepada kesedihan ahli keluarga yang kini bersedih mengenang mereka yang sudah terkorban.
Related Posts:
Kerana takut sakit bersalin, wanita ini sedut syabu? Seorang ibu muda yang sarat mengandung sempat mengambil dadah untuk melepaskan gian ketika menunggu hari bersalin sebelum ditahan dalam satu operasi… Read More
Kantoi “projek" dalam toilet siap ada bunyi-bunyi lagi!! Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni? Difahamkan bahawa dorang ni berasmara dana dalam bilik mandi di sebuah rumah sewa dekat Simpang Ampat,… Read More
Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun Dit3lanjangkan Lelaki Separuh Bog3l!! SIBU, 20 Mei – Seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa r0gol apabila dia dipercayai dite1anjang oleh seorang lelaki di belakang lorong r… Read More
Tak Bayar SAMAN TRAFIK? Jangan risau, kejap lagi Polis datang pajabat anda? Korang tahu tak yang Ops Warta telah dilancarkan semalam dan seramai 147 pesalah trafik telah dicekup polis dekat tempat mereka bekerja? Kalau koran… Read More
Kejam!! Mayat Bayi Dikerat 15 Bahagian Di Johor' Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di … Read More
0 comments:
Post a Comment