Monday, October 19, 2015
Punca Julia Ziegler Tak Mahu Padam Gambar Bikini Semasa Bercuti
Mencipta kontroversi baru-baru ini apabila berkongsi gambar berbikini ketika percutiannya ke Pulau Redang, Julia Ziegler tampil mempertahankan dirinya menerusi Pancaindera semalam. Seperti yang diberitahu sebelum ini, pelakon tersebut memaklumkan pemakaian bikininya adalah bersesuaian dengan situasi dan tempat yang dilawatinya, iaitu sebuah pantai. Bikini dan pantai memang tidak boleh dipisahkan untuk seorang wanita, lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai bentuk badan yang superb seperti Julia Ziegler.
Julia Ziegler bertegas yang dia tidak akan membuang gambar-gambar bikininya sampai bila-bila walaupun ramai peminat yang memintanya berbuat demikian. Kata Julia Zielger:-
Kenapa saya perlu tunduk dengan kehendak segelintir pihak yang mahu saya memadamkan gambar berkenaan sedangkan secara jelasnya saya tidak melakukan sebarang kesalahan?
Saya tahu diri saya. Lagipun, gambar itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik peribadi saya dan bukannya meminjam akaun individu lain.
Kalaupun ada pihak yang ‘terganggu’ selepas melihat gambar tersebut, saya sendiri juga tidak pernah memaksa orang lain untuk melihatnya.
Malah saya bertanggungjawab sepenuhnya… Sebab itu saya bertegas untuk tidak akan memadamkan gambar berkenaan sampai bila-bila
Julia Ziegler juga melahirkan rasa kesalnya dengan sikap sesetengah manusia yang suka menilai orang dari segi luaran semata-mata. Kata Julia Ziegler lagi:-
Semua orang nak menjadi baik tapi macam mana perkara itu boleh berlaku jika berterusan dihentam oleh pihak yang gemar mencari kesalahan.
Apa yang sangat saya kesalkan dengan sikap segelintir pihak yang gemar menilai luaran seseorang dan terus membuat kesimpulan sendiri. Saya juga manusia biasa yang melakukan kesilapan.
Kalaupun saya ada melakukan kesilapan, tidak bolehkah ditegur dengan cara berhemah berbanding dilemparkan kata-kata sinis.
Konflik sebegini yang buat saya tidak sedap hati sepanjang dalam proses bermuhasabah diri.
Related Posts:
5 GAMBAR EMMA MAEMBONG BUAT PEMINAT TERKEJUT!! Pelakon terkenal dan kekasih kepada Zizan Razak, Emma Maembong telah berkongsi beberapa gambar dirinya berpeluk erat dada dengan seorang lelaki. Nam… Read More
Billionair China Tawar Bintang P0rno RM 28 Juta Untuk Khidmat Ekslusif Selama 15 Tahun? Beijing: Seorang billionair dari China dikhabarkan memberi satu tawaran £5 juta atau RM28 juta kepada seorang bintang p0rno Jepun, Rola Misaka untuk… Read More
PANAS!! Gambar Busana Ketat Eina Azman Yang Terlajak Tembus Nampak Bentuk Jadi Kritikan Ramai Peminat? #Gambar Busana Ketat Eina Azman Yang Tembus Pandang | Berdasarkan pemerhatian daripada mata kami yang agak rabun ini, warna rambut Eina Azman sekara… Read More
KONTROVERSI!!!! Gambar panas mirip Sheila Sinetron tersebar? Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dlm disebarkan di internet… Read More
Mamat Buat Komen Mengejutkan Tentang Kumpulan Sepah? Mamat merupakan bekas ahli kumpulan pelawak Sepah yang memenangi pertandingan Raja Lawak dan juga Maharaja Lawak bersama Jep dan Shuib. Pelawak in… Read More
0 comments:
Post a Comment