Sunday, October 25, 2015
Suami “Sewakan” Isteri RM23000 Sebulan!!
Demi meraih wang pendapatan lumayan, seorang lelaki ini tergamak bertindak menyewakan isterinya kepada 2,742 orang pelanggan yang berurus niaga dengannya melalui Internet semenjak 4 tahun lalu.
Lelaki rakyat Perancis yang berusia 54 tahun itu dikatakan berjaya meraih pendapatan mewah sebanyak lebih RM23,000 setiap bulan dengan hanya bertugas melacurkan tubuh isterinya yang berusia 46 tahun.
Perniagaan s3ks yang berhasil mendatangkan pulangan lumayan kepada lelaki warga emas terbabit malah dijalankan di rumahnya sendiri yang terletak di pinggir bandar kecil di Meaux, utara ibu kota Paris.
Dia dilaporkan tinggal di rumah tersebut bersama-sama dengan isterinya itu dan anak mereka yang berusia 5 tahun, menurut berita yang disiarkan oleh kebanyakan media tempatan pada Jumaat.
Sementara isterinya seronok ‘diratah’ oleh pelanggan di dalam rumah mereka, lelaki tersebut bersama anaknya hanya akan duduk dan tunggu di dalam kereta mereka di luar kediaman berkenaan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah ditangkap minggu lalu, namun hanya lelaki berkenaan dikenakan hukuman kerana pihak pendakwa raya percaya isterinya hanyalah mangsa eksploitasi suspek rakus itu.
Emmanual Dupic dari pihak pendakwaan Perancis berkata: ” Si suami telah mengenakan kuasa psikologi terhadap isterinya daripada berhenti memberikan layanan s3ks kepada pelanggannya.”
Walaupun bidang pelacuran sebenarnya sah di sisi undang-undang awam di Perancis, namun industri pemerdagangan manusia untuk tujuan s3ks komersial tidak boleh diterima sama sekali.
Lelaki tersebut berhadapan dengan perbicaraan mengenai jenayahnya dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat. – Agensi
Related Posts:
(Video) Sekurang-kurang 9 Maut Pesawat Terhempas Dalam Sungai Taiwan: Sekurang-kurangnya sembilan maut setelah sebuah pesawat TransAsia yang membawa 58 penumpang mendarat cemas di sebuah sungai di Taiwan, lapor… Read More
Subhanallah! (VIDEO) 500 Pekerja Dari China Peluk Agama Islam Selepas Lihat Pengebumian Raja Abdullah Sifat kesederhanaan yang ditonjolkan dalam majlis pengebumian Raja Abdullah Abdul Aziz yang meninggal dunia pada baru-baru ini telah berjaya menarik… Read More
Cikgu Guna Cara Pelik Motivasi Pelajar Untuk memotivasi anak didiknya yang selalu mendapat markah buruk dalam peperiksaan, seorang guru di China telah mencari penyelesaian yang pelik lagi… Read More
Pensyarah Saman Bekas Isteri Guna Benih Orang Lain LONDON – Seorang pensyarah memfailkan saman ke atas bekas isterinya sebanyak £83,500 (RM462,772) kerana mendakwa wanita berkenaan menggunakan sperm… Read More
Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia Dunia kritik uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew penerbangan wani… Read More
0 comments:
Post a Comment