Sunday, October 25, 2015
Pasti Anda TERKEJUT!! Bagaimana Kereta Wira Ini Boleh TERSANGKUT Di Pagar Rumah Orang
Baling, 25 Okt: Seorang pemandu kereta Proton Wira cedera ringan di kepala selepas kereta yang dipandunya "terbang" lalu tersangkut pada tiang pagar rumah dalam satu kejadian kemalangan di Kampung Teluk Teduri semalam.
Mangsa, Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.
Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.
"Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.
"Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung," katanya memetik laporan myMetro.
Bagaimanapun mangsa bersyukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut. Keretanya tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter dalam kejadian terbabit.
Related Posts:
Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar | Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakiny… Read More
Kereta Api Laju Rempuh Ketika Sedang ‘Selfie’ INDIA – Gara-gara mahukan ‘selfie berani’ dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api. Kejadian yang berlak… Read More
Guru MENENGKING Anak Muridnya…Anda TAK JANGKA Apa yang Murid Ni Lakukan Sebagai BALASAN !!!Guru MENENGKING Anak Muridnya…Anda TAK JANGKA Apa yang Murid Ni Lakukan Sebagai BALASAN !!! | Kadangkala guru menerima banyak kritikan berkenaan bagai… Read More
Viral Coli Tersidai Di Lapangan Terbang Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakai… Read More
Tradisi Pelik dan Aneh Perayaan Hari Tanpa Seluar Seluar merupakan salah satu fesyen yang begitu berkembang pesat, baik untuk wanita mahupun lelaki. Tetapi keberadaannya begitu penting dalam melaks… Read More
0 comments:
Post a Comment