Friday, October 30, 2015

Terbaik!! Kerajaan Putuskan Tidak Haramkan Penggunaan Vape

Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau Vape. Khabar gembira untuk para penghisap Vape dan penjual Vape ini disampaikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob menerusi laman Facebooknya tengahari tadi. Sebelum ini, pelbagai spekulasi dan dakwaan timbul berikutan langkah kerajaan selepas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa pihaknya sedang mengkaji untuk mengharamkan alat itu. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata sebenarnya terlalu awal untuk mengatakan kerajaan akan mengharamkan penggunaan Vape seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini. Yang pasti, kementerian sedang dalam perbincangan bagi mewujudkan undang-undang yang baru sesuai melibatkan tembakau, Vaper dan juga Shisha. “Sekarang kami sedang menjalankan perbincangan melibatkan isu ini. Masih terlalu awal untuk mengatakan kami akan mengharamkan vape sepenuhnya,” katanya. Pastinya, keputusan berkenaan akan mengundang pelbagai reaksi berbeza bagi mereka yang kurang selesa dengan para pengguna Vape yang menghembus asap putih di sana sini. Eloklah andai satu undang-undang digubal bagi mengawal selia semua alatan mirip tembakau yang baru ini kerana setiap perkara pasti ada risikonya khususnya risiko kesihatan kepada para penggunanya. Undang-undang itu perlu bagi memantau penghasilan pelbagai perisa baru Vape yang mencurigakan seperti dakwaan terbaru yang mengatakan adanya perasa ganja dan ketum telah pun dihasilkan oleh penggemar rokok elektronik itu. Selain itu, sudah ada kejadian bateri alat berkenaan telah menyebabkan kebakaran di dalam pesawat ketika penerbangan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.