CURANG tidak pernah membawa kebaikan. Hasrat seorang lelaki yang telah berkahwin, untuk berfoya-foya dengan kekasihnya bertukar menjadi tragedi apabila dia meninggal dunia akibat terlebih ereksi susulan pengambilan ubat seks berlebihan, di sebuah bilik hotel di Detla, Nigeria.
Lelaki yang berusia 30-an itu yang dikenali sebagai Samson, sebelum itu telah membeli ubat `kuat’ Manpower, yang mempunyai kesan sama seperti Viagra.
Menurut laporan, ini adalah kali pertama lelaki itu mencuba ubat tersebut. Selain itu, dia juga didapati mengambil minuman keras.
Kekasihnya bagaimanapun telah melarikan diri. Mayatnya kini ditempatkan di bilik mayat berhampiran balai polis sementara menunggu keluarganya menuntut mayat tersebut.
Pengambilan ubat seks yang berlebihan adalah merbahaya kerana ia boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ereksi selama beberapa jam dan ada kalanya ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.
Elakan berlaku curang dengan pasangan masing-masing.
Showing posts with label Info nasihat. Show all posts
Showing posts with label Info nasihat. Show all posts
Saturday, January 7, 2017
Wednesday, December 21, 2016
Tips Elak Hilang Wang Dari Kad Debit Baru Tarik Perhatian Netizen
Seperti yang kita semua tahu, bermula Januari depan semua kad debit dan juga kad kredit akan menggunakan sistem sekuriti PIN, menggantikan tandatangan.Ini kerana supaya keselamatan pemegang kad debit/kredit dapat dipertingkatkan.
Ada sesetengah negara seperti Australia telah pun menggunakan sistem PIN ni. Jadi jangan pelik kenapa mereka minta masukkan PIN jika ingin lakukan sebarang transaksi di luar negara.
Meskipun anda telah tukar Debi Kad baru, anda boleh menggunakan RM250 ke bawah tanpa masukkan PIN. Tapi jikalau kad kredit anda hilang, macam mana anda nak atasinya?
Lelaki yang bernama Anwar Badroldin telah memuat naik posting berkenaan dengan tips bagaimana nak mengelakkan kehilangan wang dari kad debit baru melalui akaun Facebooknya. Dalam pada itu, posting tersebut mendapat 17.8 ribu share dan 6.4 ribu like di laman Facebooknya.
Saturday, December 17, 2016
Hati2 Semua!!!Mentol ‘Ajaib’ Rakam Video Bogel Wanita
Golongan gila seks mengunakan berbagai cara untuk memuaskan nafsu mereka yang sememangnya pelik dan menakutkan. Para wanita dinasihati berwaspada susulan penjualan kamera intip (spy camera) berbentuk lampu mentol ‘ajaib’ dan rantai kunci bagi merakam video bogel wanita secara sulit di hotel dan tandas.
Kamera intip itu dikesan boleh diperoleh dengan mudah oleh ‘kaki skodeng’ di pasaran pada harga serendah RM50 sehingga RM100.
Golongan lelaki gila seks dikatakan meletakkan kamera intip model baru itu di rumah atau bilik hotel untuk memerangkap mangsa.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, kamera intip itu turut digunakan pihak tertentu untuk memeras ugut dan menindas mangsa.
Dalam kes terbaru, seorang wanita membuat aduan diperas ugut teman lelaki selepas kegiatan seks mereka dirakam tanpa pengetahuannya.
“Mangsa yang mahu memutuskan hubungan sebaliknya diugut suspek yang mahu menyebarkan rakaman video itu di media sosial.
“Tindakan itu menyebabkan mangsa berusia 20-an berasa malu dan tertekan. Dia bimbang ketelanjurannya itu diketahui rakan sepejabat dan keluarga,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Memang tiada siapa menyangka objek menyerupai lampu mentol yang dipasang di dalam bilik itu adalah kamera intip.
“Sehingga kini pihak kami menerima lima aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas dan hotel menggunakan kamera intip sejak tahun lalu,” katanya.
Dia berkata, orang ramai terutamanya wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian itu supaya tidak menjadi mangsa.
Jage2 Para Isteri!!Coco ‘Lots Of MIX’ Didakwa Rampas Suami Wanita Mengandung
Apabila sebut sahaja nama Coco, pasti ramai yang masih ingat lagi dengan video viralnya yang bercakap menggunakan accent mat salleh sambil mendakwa dirinya mempunyai keturunan Cina, Pakistan dan Serani.Bermula dari insiden itulah, Coco terus mendapat perhatiannetizen di media sosial meskipun ada yang menjadikan accent-nya sebagai bahan ketawa.
Dengan populariti yang dikecapi itu, baru-baru ini timbul cerita kurang enak mengenai gadis berasal Kuala Lumpur ini. Ini kerana seorang wanita mendakwa Coco telah mengoda dan merampas suami kepada seorang wanita hamil.
Melalu posting yang dimuat naik, wanita itu mendakwa Coco telah meninggalkan tunangnya setelah lelaki itu menawarkannya RM40,000.
“Bukan betina murah konon, tinggalkan tunang untuk jantan yang offer RM40 ribu. Pastu cakap tunang yang tinggal kau.
“Tolong jangan berlagak suci. Kalau kau bukan perempuan murah, kau takkan goda lelaki dah kahwin untuk duit,” tulisnya.
Pada masa yang sama, posting itu turut mendapat perhatian rakan Coco yang kemudian memaklumkan kepada Coco.
Bagaimanapun, Coco dilihat mempertahankan dirinya dengan membalas komen, “Wow ada bukti? cakap jangan sampai jadi fitnah.”
Sementara itu, seorang netizen bertindak berkongsi gambar Coco bersama seorang lelaki dipercayai suami orang yang dimaksudkan menerusi ruangan komen wanita tersebut.
Dalam pada itu, kami cukup tertarik dengan kapsyen Coco menerusi sebuah gambar yang dimuat naik, semalam.
“Sentiasa ingat, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi jangan salahkan aku. Sikit tak heran jika dia pergi, come on aku king,” tulisnya.
Walauapapun, jika benar dakwaan wanita itu, Coco sudah besar, pandai-pandailah dia fikir apa yang baik untuk dia. Betul tak?
Monday, December 28, 2015
Dunia Akhir Zaman! Ustazah Kantoi Makan Luar Selepas Solat Isyak! Subahanallah!!
Ustazah Kantoi Makan Luar Selepas Solat Isyak|Sepandai pandai tupai melompat sesekali pernah jatuh juga,itulah pribahasa yang sangat tepat pada orang yang menyembunyikan rahasianya.
Tidak usah kami huraikan lagi tentang punca punca serta alasan perkara sebegini berlaku.Baru baru ini isteri muda yang mempunyai perwatakan alim menjadi bualan hangat di laman media sosial.Apa tidaknya isteri yang selama ini nampak alim rupanya hanya dari luaran saja.
Soraya Seorang Ustazah bukan nama sebenar telah kantoi dengan suaminya sendiri makan di luar akibat pergaduhan rumah tangga.awal perkahwinan mereka tahun ini cukup bahagia namun dalam sekedip mata tiba tiba menjadi huru hara oleh beberapa sebab.
Iman 31 tahun menceritakan kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin,sebelum ini sering bergaduh namun kemarahan isteri saya akan reda apabila saya pujuk katanya.
Pada satu malam itu saya baru balik dari masjid menunaikan solat isyak,saya nampak isteri saya keluar tanpa meminta izin,saya merasa pelik,biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin, saya pun berniat untuk follow keretanya dari belakang.
Penampilan isteri saya yang cantik tidak mustahil lelaki mana saja yang melihatnya akan merasa tergoda,sebelum ini rekan dekat saya pun pernah memberitahu bahwa isteri saya ada menyembunyikan sesuatu dari saya.
Namun apabila saya tanya isteri,pergaduhan lah yang akan berlaku,seperi mana yang berlaku beberapa hari sebelum saya mengetahui segalanya.
Setelah 30 minit saya mengekori kereta isteri saya tiba tiba dia berhenti dan keluar,dalam beberapa minit saya menunggu dan mengintai ada apa sebenarnya.
Tidak lama selepas saya mengintai dari dalam kereta Alangkah hancur hati,hilang segala kepercayaan hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu, saya melihat isteri saya makan sorang sorang Di restoran mahal dengan berselera.
Sampai hati dia tidak mengajak saya makan ,padahal saya pun belum makan lagi sejak dari siang tadi.luah iman dengan nada sayu.
Sebelumnya isteri iman di katakan tidak memasak dirumah karena merajuk akibat salah paham.
Sunday, December 13, 2015
Penjawat awam ditahan dan merayu "Jangan beritahu isteri saya"
Penjawat awam ditahan dan merayu ‘Jangan beritahu isteri saya’ | “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak untuk dijaga, susah untuk dia datang ke sini (balai polis),” rayu seorang penjawat awam yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam perlumbaan kereta haram di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, awal pagi semalam. Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi, penjawat awam berusia 30 tahun itu antara dua yang ditahan ketika baru menamatkan tiga pusingan perlumbaan haram menggunakan laluan itu sebagai litar.
Dia dan seorang lagi yang ditahan ialah pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berusia 23 tahun kemudian di bawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, untuk siasatan lanjut. Menurut sumber, dua lelaki itu ditahan di stesen minyak Petronas Krubong, sejurus menamatkan pusingan perlumbaan, namun ketika dihampiri anggota polis mereka berlagak selamba bagi mengelak ditahan.
“Namun, wajah kedua-duanya berubah dan menjadi kelam kabut sambil mempersoalkan sebab mengapa mereka ditahan selain berlakon seolah-olah tidak melakukan kesalahan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Cawangan Trafik IPD Melaka Tengah dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota, bermula 11 malam hingga 4 pagi.
“Mengikut maklumat yang kami terima, 30 hingga 40 kereta pelbagai jenis terbabit dalam lumba haram di beberapa jalan di daerah ini dan sebelum dua suspek terbabit ditahan, kami mendapat maklumat tiga kereta sedang berlumba di Lebuh SPA. “Pusingan perlumbaan bermula dari Stesen Minyak Petronas ke persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat dan berpatah balik ke stesen minyak terbabit. “Dua suspek ini bersama seorang lagi yang meloloskan diri memandu dalam keadaan berbahaya iaitu berlumba pada jarak kira-kira dua kilometer yang diulang beberapa pusingan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, dua suspek terbabit adalah antara kumpulan yang sering berlumba kereta di beberapa lokasi di sekitar Auto City, Lebuh SPA, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Cheng serta Lebuh AMJ berhampiran Melaka Sentral. Menurutnya, kedua-dua pemandu itu memandu secara melulu dan tindakan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal. “Difahamkan mereka tidak bertaruh wang tapi bertaruh ego dan bangga dengan kelajuan kereta yang sudah diubahsuai,” katanya.
Shaikh Abdul Adzis berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM15,000. “Dua kereta iaitu Proton Saga BLM dan Proton Wira yang dipandu suspek ketika berlumba akan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melakukan pemeriksaan enjin,” katanya. Sementara itu tinjauan mendapati, puluhan kereta diparkir di tepi jalan di Lebuh SPA dipercayai menunggu giliran dan ramai juga datang untuk menyaksikan perlumbaan haram itu. -Metro
Thursday, December 10, 2015
MESTI BACA!!! Pesanan Habib Umar Berdasarkan Mimpi 8 Ulama Besar Yaman
Habib Umar bin Hafiz merupakan seorang sufi dari Yaman. Dalam satu majlis ilmu beliau, beliau telah menyampaikan satu pesanan yang amat memeranjatkan dan begitu penting untuk kita semura dengari.
Berikut adalah pesanan beliau:
"Bacalah dan wajibkanlah bagi diri kamu membaca surah al-Kahfi setiap malam. Sekiranya kamu tidak mampu untuk membaca keseluruhan surah tersebut, bacalah 10 ayat terawal dan terakhir surah tersebut. 8 ulama Yaman telah bermimpi bahawa ikatan dajjal telah dibuka dari kurungannya."
Sama-samalah kita doakan agar diri kita, keluarga kita dan rakan-rakan dijauhi oleh fitnah dajjal. Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar supaya berdoa tidak bertemu dengan saat kemunculan dajjal kerana pada saat itu hanya orang yang kuat imannya sahaja dapat menghindari fitnah dajjal.
Sebarkan perkara ini sekiranya anda sayang umat Islam yang lain dan tidak mahu mereka turut sama terjerumus di dalam fitnah dajjal.
Akhir Zaman!! Dah Takde Rase Malu Ke?
Apa sudah jadi ni, sejak bila gadis melayu pun terlibat dengan body painting ni. Agak terkejut penulis ketika kali pertama melihat gambar ini. Sememangnya body painting ini satu seni yang telah lama bertapak di negara barat. Seni ini dilihat amat tidak relevan bagi negara Islam apatah lagi individu yang terlibat juga orang beragama Islam.
Tidak kira apa bangsa sekali pun, tidak kira sama ada pelukis atau model, jika beragama Islam sememangnya tidak sesuai untuk aktiviti seperti ini. Kerana mendedahkan aurat sememangnya dilarang Islam, apatah lagi jika sehingga keseluruhan badan didedahkan seperti ini.
Seperti sudah tergadai maruah gadis melayu ini oleh kerana body painting. Penulis tidak tahu sama ada orang malaysia ataupun orang indonesia sekali pun, namun kejadian seperti sepatutnya tidak berlaku di dalam kalangan orang Islam.
Tuesday, December 8, 2015
Suami baru je tengah tunggu lif nak pergi kerja, tapi isteri da bawa masuk jantan lain masuk rumah siap tak ngaku ada suami
Seorang wanita berstatus isteri bertindak biadap apabila menyeludup masuk ‘kekasih gelap’ warga asing ke dalam rumah beberapa minit selepas suaminya keluar bekerja.
Harian Metro melaporkan dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, wanita berusia 30-an itu dikesan berdua-duaan bersama pasangannya di dalam rumah terletak di Bandar Baru Ampang, di sini.
Sumber polis berkata suami wanita itu menyedari kecurangan isterinya selepas mendapati seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya ketika dia sedang menunggu lif.
“Dia yang berasa curiga kemudian berpatah balik ke rumahnya. Dia kemudian mengendap di luar kediaman sebelum terdengar bunyi suara isteri dan lelaki tidak dikenali.
“Suami wanita itu mendakwa terdengar soalan diajukan lelaki warga asing itu kepada isterinya berhubung tindakannya keluar dari rumah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, wanita itu sebaliknya tidak mengaku sudah berkahwin dan mendakwa si suami adalah pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan urutan badan.
“Suami wanita itu yang berang kemudian meminta bantuan jiran berhampiran untuk menahan isterinya dan lelaki warga asing itu.
“Namun, wanita itu sempat lari keluar dari rumah sebaik pintu kediaman dibuka manakala lelaki warga asing itu berada di ruang tamu dalam keadaan ketakutan,” katanya.
Katanya, suami wanita terbabit kemudian mengunci semula pintu rumah itu bagi mengelak kekasih isterinya melarikan diri.
“Anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan lelaki warga asing berusia 41 tahun itu.
“Siasatan mendapati lelaki itu memasuki rumah pengadu tanpa kebenaran manakala si isteri pula masih menghilangkan diri sehingga kini,” katanya.
Akhir Zaman!! Imam Muda Kongsi Hidup Sebagai Seorang G@y
Minggu ini, kurator akaun Twitter @twt_LGBT mengejutkan pelbagai pihak.Dengan mendakwa dirinya “imam gay”, kurator yang hanya merujuk dirinya sebagai “Adik” mahu berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya sebagai seorang umat Islam homos3ksual di Malaysia.
“Saya seorang imam dan saya seorang homos3ksual.
“Saya nak kongsi hidup sebagai seorang imam yang g@y,” demikian tulisnya.
Selain berkongsi pengalamannya, Adik turut mencetuskan beberapa pertikaian dan konotasi berhubung ajaran Islam dalam aspek homos3ksualiti dan pendapatnya mengenai seorang Muslim homos3ksual.
Dalam siri 30 tweetnya, dia mempertikaikan tiada spesifikasi tertentu dalam Islam berhubung makna homos3ksualiti dan mendakwa al-Quran hanya melarang serta membantah hubungan homos3ksual, jika ia membabitkan s3ks.
“Tiada juga tidak dibenarkan. Larangan adalah bagi perbuatan s3ksual.”, Islam melarang hubungan s3ks luar nikah untuk individu heteros3ksual, konsep itu juga sepatutnya diguna pakai untuk golongan homos3ksual.
Jelasnya, jika seseorang berkecuali daripada sebarang bentuk aktiviti s3ksual, maka hubungan homos3ksual tanpa sebarang bentuk s3ks boleh diterima oleh agama dan tidak boleh dianggap sebagai satu dosa.
“Dengarlah, saya seorang imam bujang dan saya ada pasangan. Bujang: Tidak berkahwin dan tiada s3ks.
“Mengikut undang-undang, s3ks tanpa perkahwinan adalah satu dosa. S3ks di luar tabii (lelaki dan wanita), satu dosa. Saya memilih untuk berkecuali daripada kedua-duanya,” jelasnya.
Perdebatan dalam sosial media itu bertambah hangat.
Pengguna Twitter
@muhammadyusoffn terkejut dengan konsep imam homos3ksual dan mendakwa kurator telah menghina Islam dengan pendirian dan pandangannya.
@rodakakiman berkata, ia tidak boleh diterima untuk seorang imam, seseorang yang biasanya berdiri di mercu ajaran Islam, untuk menerima homos3ksual, apatah lagi dirinya menjadi homos3ksual.
@sfatimahk“Ia adalah gila untuk membayangkan konsep imam g@y,”
“Saya tidak menentang g@y dan saya mempunyai rakan g@y juga. Tetapi untuk mengatakan g@y tidak bertentangan dengan Islam, ia amat salah dalam pelbagai cara,”
Pengguna lain bagaimanapun terbuka kepada tanggapan mempunyai seorang pemimpin Islam yang homos3ksual.
@meiameira “Anda seorang yang istimewa. Kita perlu lebih ramai orang bijak seperti anda.”
@AlexandreIsz yang boleh menerima tanggapan mempunyai imam g@y berkata: “Hahah. Anda lucu. Jadi kita tidak perlu label. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu dilabelkan oleh orang lain. Kita tidak memerlukan keakuran lain. ”
Akaun Twitter twt_LGBT adalah medium untuk golongan l3sbian, g@y, dwijantina dan transgender (LGBT) berhubung dan berkomunikasi.
Akaun ini beroperasi berdasarkan sistem kurator, di mana sukarelawan akan dipilih setiap minggu untuk berkongsi cerita dan pengetahuan mereka mengenai isu-isu berkaitan LGBT.
Semua sekolah Islam utama mendapati homos3ksual menyalahi undang-undang.
Monday, December 7, 2015
Rileks brader!! ‘Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!’ – Pemilik bengkel ni layan customer macam sampah
Salam, saya nak kongsi pengalaman saya terkena dengan kedai ini petang semalam.
Kereta saya tak boleh buka pintu dari dalam bahagian pemandu. Jadi, saya pergi bawa kereta untuk diperiksa di Hoikeen Padang Lalang. Mereka buka cover sebelah dalam pintu itu dan mendapati kabel terputus. Nak baiki, memang tak ada alat ganti dan kena ambil masa seminggu. Lama sangat, jadi saya ambil keputusan untuk pergi cari di kedai lain.
Saya pergi ke kedai ini di Jalan Beserah. Saya tanya pekerja Melayu sama ada dia boleh baiki tak kabel terputus itu. Katanya, dia boleh buat. Jadi saya tanya berapa harganya terlebih dahulu, namun dia kata kena buka dan tengok dulu.
Baiklah, saya akur. Seketika kemudian dia memaklumkan bahawa memang sah kabel terputus.
'Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!' - Pemilik bengkel ni layan customer macam sampah
‘Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!’ – Pemilik bengkel ni layan customer macam sampah
Bila dia dah buka dan memaklumkan kepada saya yang kabel terputus, ya saya memang tahu. Dia pergi bertanya pada majikan dia berapa harga untuk semua itu. Kembalinya dia berkata harganya adalah RM80. Di Hoikeen tadi, upah dengan sekali pasang dalam RM50. Saya cuba minta kurangkan harga sikit tetapi mereka enggan berbuat demikian.
Saya rasa macam agak jauh juga beza harga itu. Jadi saya ambil keputusan untuk cuba pergi ke kedai lain pula.
Tiba-tiba majikan dia marah.
“Tak nak bayar takpe, bayar RM35 upah check!” katanya.
“Susah sangat ke nak check sampai kena charge RM35 sedangkan saya dah beritahu berapa nak ganti kabel terputus dan saya datang sini nak tahu berapa harganya saja dulu,” balas saya.
Tiba-tiba lelaki itu naik hantu dan menyuruh pekerjanya tadi mengambil kunci kereta saya.
“Ambil kunci kereta dia. Jangan bagi pada dia sekali dia tak mahu bayar!” katanya.
Namun pekerjanya tidak berbuat demikian menyebabkan lelaki itu bangun sendiri dan pergi mengambil kunci kereta saya yang disimpan dalam laci dia.
“Jangan harap dapat kereta kalau tak nak bayar!” katanya.
Allahuakbar. Apalah daya saya seorang diri, perempuan pula. Tak nak panjangkan cerita, saya suruh dia baiki. Lantak dialah nak charge berapa sebab saya tak kuasa nak berada lama di situ. Sudahlah layanan yang diberikan macam sampah. Siap ugut-ugut lagi.
Tunggu punya tunggu, tak tahu berapa lama pekerja dia ambil stok kabel itu. Di stor mana entahlah. Lebih 30 minit menunggu, masih juga tak sampai menyebabkan saya sudah panas hati.
“Kenapa lama sangat?” tanya saya pada pemilik bengkel itu.
“Eh?! You nak dia mati ke bawa kereta laju-laju? Kalau dia mati, you nak tanggung ke?!” Datang kedai kereta mesti kena tunggu lama. You jangan datang sini mau buat kacau di kedai saya!” jeritnya.
Saya dah sebak. Apalah salah saya pada dia ini? Hanya mampu istighfar di dalam hati saja. Mata dah bergenang dan tidak tahu nak minta tolong dari siapa sebab suami tiada di Kuantan, outstation. Saya diam dan menunggu saja. Tak nak tanya apa-apa lagi dah sambil bergenang air mata di tepi kedai.
Bila sudah siap dan sebelum balik, saya sempat berpesan pada pekerja Melayu itu.
“Lain kali kalau nak check pun kena charge berapa, beritahulah awal-awal. Sedangkan sebelum awak check, saya dah cakap nak tahu harga kos berapa sebelum buat. Tolong jangan aniaya orang lain pula. Kalau awa ada di tempat saya hari ini, awak mesti rasa benda yang sama. Tak apalah, Allah ada,” kata saya sebelum terus balik dan menerima dugaan ini dengan hati yang tenang.
Saya hanya mahu berkongsi supaya tiada yang terkena seperti saya yang diugut, diherdik dan dimalukan seperti itu. Apa pun saya bersyukur Allah lindungi saya dari perkara yang tidak diingini semalam. Moga kawan-kawan yang lain lebih berhati-hati. – Ema Nazar
Ditulis semula untuk siaran.
Sumber : THEHYPEMEDIA.COM
Perempuan Itu Sendiri Kata Tak Kisah Digelar Perampas
"Perkahwinan itu bukan mudah. Isteri itu amanah, bukan untuk dipakai buang,"
Sayu hati mengenang nasib sahabat saya ini. Berat lagi dugaan buat dia yang menanggung beban. Sudah lebih tiga tahun berkahwin dan sekarang dia tengah sarat mengandung anak sulung setelah keguguran beberapa kali. Allah, hebat ujian buatmu sahabat.
Buat sang suami, lupakah dikau akan pengorbanannya? Saat kau tagih cintanya, onak dan duri sanggup kau redah. Saat kau petik dia, kau tak punya apa-apa. Saat kau susah, dia ada di belakang menyokong perjuanganmu. Sanggup bersusah payah bersamamu. Hidup susah sampai kau mampu mencari rezeki melalui pendapatan sampingan. Sanggup dia redah semua itu kerana kasih dan sayangnya seorang isteri pada suami.
Tapi suami, masih punya hati untuk memetik bunga yang lain dan si isteri yang telah lama bersusah payah membantu kau selama ini sanggup kau buang? Allah, lupakah dikau ada jantung berdegup di dalam rahimnya? Tergamak kau tinggalkan dia sendiri di rumah dalam keadaan yang tengah sarat itu? Allah, semoga Allah buka mata hatimu itu.
Anak dalam kandungannya itu anugerah terindah. Untuk sama-sama dibimbing menuju fisabilillah. Tahukah kelak kamu akan disoalNya di sana? Mana tanggungjawabmu sebagai seorang suami? Dan lagi berat tanggungjawabmu sekiranya anak dalam kandungan itu adalah perempuan.
Sungguh Allah jadikan ujian untuk setiap hambaNya berbeza. Setiap orang punya bahagian masing-masing. Soal rezeki, soal jodoh, soal anak, soal kematian dan sebagainya. Tetapi kita sebagai hambaNya turut kena menimba ilmu dalam mengharungi setiap perkara yang telah direncanakan. Tanggungjawab itu bukan mudah.
Pesanan buat anak muda yang sibuk mencari pemilik tulang rusuk dan sebaliknya, ketahuilah bahawa perkahwinan itu bukan mudah. Banyak tanggungjawab, toleransi, kesepakatan yang perlu kita pupuk di sepanjangnya. Berkasih sayang bukan untuk sehari dua. Anak-anak yang dianugerahkan Allah kemudian hari juga perlu kita corakkan akhlak mereka. Sedarkah kita akan setiap tanggungjawab yang akan disoal di akhirat kelak? Saham kita di sana.
Buat wanita, zaman sekarang ini kita perlu lebih berhati-hati. Wajar untuk kita sediakan dana kecemasan untuk kes-kes seperti ini. Sesuatu di luar jangkauan akal fikiran tetapi ada kemungkinan. Kita mungkin cuba sedaya upaya mengelaknya tetapi siapa tahu? Kadar penceraian sekarang amat tinggi. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini. Doakan yang terbaik dan semoga Allah permudahkan setiap urusan.
Buat wanita perampas, moga Allah bukakan hatimu untuk nampak kesulitan yang ditanggung si ibu ini. Buat sahabatku, semoga Allah berikan kekuatan. -
Sunday, December 6, 2015
Foto Remaja Akhir Zaman!!
Inilah dia, budak-budak yang masih bersekolah tapi baru nak belajar benda-benda yang bagi mereka cool. Perkara atau fenomena budak-budak baru nak up ini kebiasaannya berlaku di dalam kalangan pelajar sekolah menengah antara form 1 sampai form 3. Kalau dalam tempoh dia boleh berfikiran matang, maka eloklah perangai sampai ke dewasa.
Jika pada waktu ini mereka terjebak dengan fenomena budak-budak baru nak up, maka menyesal la mereka di kemudian hari.Kami kongsikan beberapa gambar di mana bebudak sekolah yang melakukan aksi konon-kononnya mampu cool, atau menyeronokkan bagi mereka tapi hakikat nya cam haram!
Jom lihat gambar-gambar di bawah:
Tak payah la adik-adik buat benda ni semua, nanti bila da besar, adik sendiri yang akan menyesal. Tak payah duk ikut sangat apa yang negara barat buat. Kita Malaysia, lebih-lebih lagi orang melayu beragama Islam, memang jauh terpesong benda-benda macam ni. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa , cuma untuk dijadikan iktibar kepada semua yang membaca .
Sunday, November 29, 2015
Kantoi!!! Surat Jawapan Isteri Kepada Suami Curang Dengan Janda
Pengakuan seorang suami curang dengan janda atas alasa hilang selera kepada isterinya baru-baru ini mengundang jawapan dari pihak isterinya pula.
Mah, isteri kepada suami curang turut menulis surat buat suaminya yang curang. Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah.
Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan. Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang.
Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa.
Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri.
Bye abang.
yang benar,
Mah.
Monday, November 23, 2015
Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik!!! – Yeo Abdullah
SAYA sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan hubungan kelamin kerana isteri saya langsung tindak memberikan tindak balas. Saya sudah berusaha pelbagai kaedah untuk isteri merasai keseronokan ketika bersama, tetapi amat menghairankan dia jarang menunjukkan reaksi berahinya.
Saya tidak pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berumah tangga kerana sedar hukum zina dalam Islam. Saya hanya mengetahui isteri saya tidak mempunyai dara selepas melakukan hubungan kelamin, tetapi kerana jujur dan ikhlas demi memulakan hidup baru, saya sanggup melupakannya.
Dia juga tidak pernah mengajak saya melakukan hubungan kelamin sejak berkahwin dan pada awalnya saya beranggapan wanita memang bersifat pemalu. Sejak beberapa tahun lalu, saya mengetahui isteri saya berlaku curang dan melakukan zina dengan ramai lelaki dan perempuan.
Isteri saya cukup licik menyimpan rahsia dan berdalih serta mampu berpura-pura seperti menangis terutama apabila ada kaum keluarga di rumah, menyebabkan saya dituduh suka menyakiti hatinya.
Dia juga sanggup meninggalkan anak di rumah semata-mata untuk melepaskan nafsu peliknya. Dia sanggup melakukan hubungan dengan suami orang dan saya mengesyaki dia juga melakukan hubungan kelamin dengan berlainan bangsa, kemungkinan rakan sekerjanya. Saya juga mengesyaki isteri saya seorang l3sbian kerana sering berdua-duaan di rumah kawannya sama ada janda atau isteri orang.
Sehingga tahun ini, sudah hampir 12 kenalan perempuannya yang saya kenali silih berganti setiap tahun. Saya amat kecewa dengan keanehan nafsu peliknya, namun sebagai Muslim saya tidak boleh menuduh dan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti mengikut syarak.
Isteri saya juga sering meninggalkan rumah tanpa kebenaran saya dan biarpun keluarganya tahu, tetapi tidak pernah memaklumkannya kepada saya.
Dia juga mahir dengan pelbagai kaedah ketika melakukan hubungan seks. Perubahan fizikal dan tanda-tanda pada buah dada dan farajnya amat ketara dan keterlaluan sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya pernah cuba berbincang dengan keluarganya tetapi sering kecewa kerana mereka tidak mempercayai dan menuduh saya melakukan fitnah. Saya sering menasihatinya dan cuba membuat dia mengaku dan menyesal atas perlakuannya, tetapi saya sering ditengking kerana menuduhnya tanpa bukti.
Saya cuba menekankan nilai-nilai isteri solehah yang berpegang pada akidah serta menguatkan keimanan dengan ajaran Islam yang sejati. Kadangkala isteri saya mendirikan solat tetapi selalu tidak dan bersolat duduk dengan memberikan alasan kakinya sakit dan sering solat di penghujung waktu dan memberi alasan, senang solat dua waktu sekali.
Saya cuba membabitkan diri kami dengan kegiatan di masjid bagi mendidiknya solat pada waktunya, tetapi akhirnya saya dituduh berpura-pura. Rakannya sama ada lelaki atau perempuan sering mengelak kerana tidak mahu terbabit dengan permasalahan rumah tangga orang.
Saya sedih dengan keadaan yang menimpa, lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yang mempunyai seorang ibu sedemikian rupa.
Bagaimanakah pengaruh yang akan dibawanya nanti? Bagaimanapun, saya simpati dengannya, tiadakah sedikit ruang cahaya Ilahi di hatinya sehingga sanggup menuruti nafsu peliknya semata-mata?
Setiap kali solat, saya iringi doa semoga ada insan yang mampu menolong saya serta anak-anak dan semoga dilimpahi rahmat Ilahi kepada isteri saya pada suatu hari nanti. Apakah yang perlu saya lakukan?
YEO ABDULLAH,
Padang Besar, Perlis.
Thursday, November 19, 2015
Semua Mesti Bace!!! 'Apa Hal Mamat Ni Nak Tolong Isi Minyak?'
Kisah pelik pagi ini. Singgah di stesen Shell, nak isi minyak. Semasa nak parking, nampak ada kereta Proton Inspira berwarna hitam pun parking di pam sebelah.
Selepas membuat pembayaran di kaunter, ada seorang lelaki berusia lingkungan 20'an berdiri di sebelah kereta saya dan ready nak tolong isi minyak. Tapi saya tak rasa yang dia adalah pekerja stesen Shell. Pertama, sebab saya tak pernah nampak dia. Kedua, dia tidak memakai sebarang uniform kakitangan Shell.
Saya masuk dalam kereta since dia dah buka penutup tangki minyak dan ready nak isi minyak. Saya pun lock pintu kereta. Tiba-tiba lelaki itu kata minyak tidak keluar. Terpaksa saya keluar balik dari kereta.
Bila saya pergi pada dia, soalan pertama yang dia tanya ialah,
"Eh cik mengandung ke? Berapa bulan? Anak ke berapa?"
Saya cuma menjawab kandungan berusia tujuh bulan dan check kenapa minyak tak keluar.
Apabila dia menekan sekali lagi, barulah meter pam bergerak. Saya cepat-cepat masuk semula ke dalam kereta dan lock pintu sekali lagi, sambil mata memandang ke arah pam.
Bila dah berhenti, lelaki itu masih tidak meletakkan nozzle itu kembali ke tempat asal. Dia suruh saya buka tingkap kereta, katanya ada masalah.
Saya cepat-cepat menurunkan tingkap kereta sikit dan kata memang saya isi minyak 20 liter sahaja.
"Dah cukup, saya memang isi 20 liter sahaja,"
Mendengar jawapan saya, barulah dia meletakkan nozzle kembali ke tempat asal. Saya naikkan tingkap, angkat tangan sebagai tanda mengucapkan terima kasih dan memandu keluar dari stesen Shell itu.
Semasa saya nak keluar, barulah saya perasan bahawa lelaki itu adalah pemilik kereta Proton Inspira di sebelah saya. Rupanya dia tak isi minyak pun. Saya nampak dia hidupkan enjin dan mengekori saya. Saya cuba bertenang, pandu kereta seperti biasa. Bila sampai di Balai Polis Pedas, saya cepat-cepat masuk tanpa signal dan dia pun terlajak. Saya tunggu dalam balai selama 10 minit. Bila rasa keadaan sudah selamat, barulah saya keluar dari balai berkenaan.
Apa yang saya musykil ialah:
1. Mengapa dia beria-ria nak menolong saya mengisi minyak? Kalau kata nak mengurat, memang butalah kot? Terang-terang saya memakai baju mengandung. Di kereta siap ada tampal pelekat "Baby on board" dan mustahil dia tidak nampak carseat anak-anak saya yang penuh dalam kereta.
2. Kenapa dia parking di pam minyak kalau tak isi minyak? Sebab pam yang dia parking tak boleh bayar guna kad, mesti guna cash.
3. Apa motif dia keluar pam minyak sama masa dengan saya sedangkan masa sampai sama-sama tetapi dia tidak isi minyak, tapi rajin pula tolong isikan minyak saya. Lepas itu bila saya blah, dia pun blah. Tak ke pelik?
Apa-apa pun niat dia, kalau baik, alhamdulillah. Tetapi disebabkan banyak sangat kes ragut, rompak, bunuh dan sebagainya sekarang ini. Memang saya agak paranoidlah kan. Tambah-tambah lagi bila lelaki yang tidak dikenali berminat sangat pula nak tahu kita mengandung berapa bulan bagai. Pelik saya rasa. - Dr Siti
Akhir Zaman!! 'Mmmm, Sunyi Mama, Sabtu Ni Papa Takde'
JIJIK lagi menjelekkan! Itulah yang kami rasai tatkala membaca screen shoot perbualan lucah pasangan yang sedang ‘sangap’ ini.
Mana tidaknya, perbualan mereka penuhi dengan fantasi s3ks yang melampau-lampau lagi ‘menghairahkan’.
Apa yang lebih mengejutkan, berdasarkan perbualan mereka dapat diduga bahawa pasangan ini barangkali mempunyai ikatan ibu dan anak.
Ini kerana lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Rie’ ini, memanggil wanita itu sebagai mama, manakala suami lelaki itu sebagai papa
Malah, wanita tersebut turut membahasakan lelaki tersebut sebagai anaknya.
Barangkali dunia sudah mahu kiamat, seorang ibu ini tergamak merancang melakukan maksiat bersama anaknya sendiri di sebuah resort secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan suaminya.
Lebih parah, si anak nampaknya tanpa segan silu turut menyatakan sudah menantikan saat-saat untuk meratah tubuh badan ibunya.
Menerusi perbualan WhatsApp itu, boleh diagak jelas bahawa ini bukan kali pertama dua beranak ini melakukan maksiat bersama.
Alahai, mengucap panjang dan menggeleng kepala kami melihat situasi sebegini.
Moga-moga mereka diberi hidayah agar segera bertaubat kepada Yang Maha Esa.
Wednesday, October 21, 2015
RAKYAT MALAYSIA TERKEJUT TENGOK JAWAPAN WHATSAPP DR MASHITAH HUKUM "ORAL" SUAMI ISTERI !!
GEMPAR!!! Jawapan Dr. Mashitah Pasal Hukum Menjilat Kem@luan Isteri Yang Amat MENGEJUTKAN!!!
Hukum Jilat Kem@luan.
Menjilat kem@luan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral s3x" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan s3ks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kem@luan isteri anda?
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral s3ks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kem@luan suami dan isteri tanpa ‘oral s3ks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral s3ks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kem@luan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan s3ksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal s3x’ atau s3ks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral s3ks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral s3x ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral s3ks” juga tergolong dalam kategori perlakuan s3ks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap k3maluan suaminya (oral s3x), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (k3maluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di k3maluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral s3x’ dibimbangi boleh membawa penyakit k3maluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral s3ks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku s3ks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kem@luan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi s3ks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).
4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral s3ks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada
Sampai Hati Abang Duakan Tia Dengan Pekerja!!!
BUKAN niat untuk mendedahkan demi simpati atau mengaibkan diri sendiri dan keluarga apatah lagi bekas suami. Kisah ini saya imbau demi iktibar dan pedoman kepada rakan-rakan wanita.
Dan mudah-mudahan ia juga memberikan kekuatan kepada diri saya untuk meneruskan kehidupan yang masih bersisa.
Ketika menelusuri denai berlopak di hadapan stesen bas berdekatan Kampung Baru, saya lihat kelibat seorang perempuan berusia 30-an mengheret seorang kanak-kanak dua tahun. Hujan masih renyai. Saya suruh suami berhenti dan perlahan-lahan saya keluar dari kereta. Saya berlari-lari kecil mendekati wanita itu.
“Nak pergi mana hujan-hujan ni?”
“Cari kerja bu. Saya dihalau majikan. Enggak tahu mahu ke mana.” Demi mendengar jawapannya, dada saya meruntun hiba. Benarlah telahan saya bahawa wanita ini bersama anaknya dalam kesusahan.
Entah apa salah silapnya terhadap majikan namun bagi saya, menghalau mereka di waktu hampir senja, dalam hujan renyai adalah perbuatan tidak wajar. Tiada belas kasihan dan kasih sayang.
Saya pandang suami dalam kereta. Dia yang seakan memahami menganggukkan kepala, membenarkan saya menjemput wanita itu masuk ke dalam kereta.
“Makasih ya pak sama ibu. Saya Ratna. Ini anak saya, Juita. Dari Medan. Udah banyak tahun di Malaysia. Saya kahwin sama orang Indonesia tapi udah cerai setahun lalu dan dia pulang ke seberang bawa anak lagi satu.” Ratna memperkenalkan diri tanpa dipinta. Saya dan suami hanya berpandangan. Memang kasihan.
Malam itu, kami berbincang untuk membenarkan Ratna bekerja di restoran milik suami dan tinggal di rumah pekerja, juga kebanyakannya wanita Indonesia. Ratna mudah serasi dengan pekerja lain dan dia juga dapat pengasuh untuk anaknya.
Bulan pertama, saya sibuk menguruskan dokumentasi Ratna termasuk pas pekerja dan permit. Seperti mana pekerja lain, Ratna dilayan sama rata dan diberikan gaji mengikut kebolehannya.
Dia pandai memasak dan pandai juga mengambil hati pengunjung. Jujur saya akui, beberapa bulan bekerja, Ratna antara pekerja yang rapat dengan saya dan mudah dibawa bersembang.
Saya dan suami turut membelikan tiket kapal terbang untuk Ratna pulang ke Medan menghantar anaknya dan menjenguk anak yang seorang lagi, selain menghantar belanja di kampung. Tiada istilah berkira kerana pekerja adalah sumber pendapatan kami sekeluarga.
Terbongkar lagi
Hampir dua tahun bekerja, saya mengandung anak ketiga. Alahan teruk menyebabkan saya tidak mampu untuk selalu berada di restoran menguruskan kaunter dan menutup akaun. Biasanya jam 3 atau 4 pagi baru saya balik ke rumah tapi sejak hamil jam 9 atau 10 saya sudah balik meninggalkan Ratna yang saya amanahkan untuk menjaga restoran.
Kandungan masuk enam bulan. Saya mula mendengar cerita tidak enak mengenai sikap Ratna dan suami yang dikatakan sering bersama. Agakan saya, mungkin atas urusan akaun.
Saya perhatikan sikap mereka sama sahaja, bak majikan dengan pekerja. Tapi lama-kelamaan, cerita yang kedengaran seakan bukan bualan kosong. Tiga bulan berlalu, saya diam dan cuba telan berita tidak enak mengenai mereka berdua.
Namun hati isteri mana yang mampu tenang. Cerita demi cerita, semakin menghimpit perasaan. Pekerja sarankan saya pergi pada jam tertentu di mana suami dan Ratna bercumbuan.
Mereka meluat melihat Ratna yang semakin terang-terangan memperlihatkan kemesraannya dengan majikan. Malam itu, dengan perut yang memboyot, saya gagahkan diri ke restoran jam 2 pagi. Waktu ini, pelanggan mula susut dan biasanya saya, suami atau Ratna sudah di kaunter memulakan kira-kira.
Saya berjalan perlahan dari pintu belakang restoran. Pekerja yang menyedari kedatangan saya diam tak berkutik. Saya perlahankan langkah. Dari belakang sayup-sayup terdengar gelak ketawa Ratna dan suami di kaunter. Saya mengintip. Tangan Ratna enak melingkar di bahu suami. Kepalanya meliuk-lentuk begitu mesra dan manja. Beberapa kali, saya melihat suami memandang kiri dan kanan sebelum satu kucupan hinggap di pipi Ratna. Ya ALLAH… suami saya orang agama… saya terduduk.
Hendak bersalin
Saya mengongoi macam budak kecil. Ibu, abang, adik-beradik, semua saya sudah panggil. Mereka berhimpun di rumah saya subuh itu. Suami yang baru balik kerja terkejut tetapi seakan menduga.
“Tia nampak semuanya abang… sekarang ni, depan mak dan adik-beradik Tia nak abang lepaskan Tia. Sampai hati abang duakan Tia dengan pekerja? Tak cukup ke apa yang abang dah buat pada Tia selama ni?
Abang dah curang berpuluh-puluh kali! Tia dah maafkan abang berpuluh-puluh kali! Abang siap bertaubat, bawa Tia pergi Makkah, naik haji, jadi orang agama, kenapa abang ulang lagi?!!!” Air mata saya mengalir laju. Sumpah, saya amat sayangkannya!
Mak dan adik-beradik lain terkejut dengan kata-kata saya. Selama ini, baru mereka sedar bahawa suami saya yang alim di hadapan mereka telah banyak melukakan hati saya dengan sikap kaki perempuannya.
Abang kandung menggenggam penumbuk. Saya sudah tidak kisah apa akan berlaku pada suami. Dia memang layak dikerjakan.
“Sumpah mak, abang, saya tak buat apa-apa dengan Ratna! Tia tolonglah abang sayangkan Tia dan anak-anak. Tia, kita berhentikan Ratna. Hantar dia balik Indonesia. Abang janji! Tolonglah Tia.
Tia mengandung. Jangan buat macam ni” Demi mendengar perkataan sumpah dari suami, saya menjerit macam orang gila. Saya benci dengan sumpahnya! Saya benci penipuannya! Saat itulah saya tidak sedar bila saya rebah dan tahu-tahu, saya sudah di hospital hendak bersalin.
Monday, October 19, 2015
Akhir Zaman' Gadis Bangga Tayang Tidur Atas Katil Dengan BF Dalam Facebook
Foto mesra dua remaja berciuman sambil p@yudara diramas beredar di Facebook dan menuai reaksi pelbagai daripada netizen.
Dalam foto itu terlihat sepasang remaja yang sedang berbaring berselimut berwarna hijau di atas katil. Di dalam foto lainnya, mereka dilihat berciuman sambil memegang di bahagian sensitif.
Remaja perempuan yang hanya dikenali sebagai F itu didakwa sebagai pelajar Jurusan Kesetiausahaan dan Pentadbiram di SMK PGRI 5 Jakarta.
Dalam akaun Facebooknya, F, menggunakan nama akaun Fitri A-Duhai, dipetik daripada Merdeka, Selasa (10/3).
“Astagfirullah. Nggak punya pikiran ini orang,” komentar teman F.
Yang lain turut memberi komen.
“Hati-hati neng, jangan bangga dijadikan obyek kayak gini. Kamu masih kecil.”
Menanggapi kecaman yang bertubi-tubi, remaja tersebut berkata. “Hahaha Suka-suka gue dong,” tulis F.
Dek kerana kecaman makin membanjiri laman Facebooknya, F akhirnya memuatnaik status, “Sok pada bagus, bener, perfect, alim diri lo pada! Kayak bener aje ngejudge orang,” tulisnya.

































