Saturday, December 17, 2016
Jage2 Para Isteri!!Coco ‘Lots Of MIX’ Didakwa Rampas Suami Wanita Mengandung
Apabila sebut sahaja nama Coco, pasti ramai yang masih ingat lagi dengan video viralnya yang bercakap menggunakan accent mat salleh sambil mendakwa dirinya mempunyai keturunan Cina, Pakistan dan Serani.Bermula dari insiden itulah, Coco terus mendapat perhatiannetizen di media sosial meskipun ada yang menjadikan accent-nya sebagai bahan ketawa.
Dengan populariti yang dikecapi itu, baru-baru ini timbul cerita kurang enak mengenai gadis berasal Kuala Lumpur ini. Ini kerana seorang wanita mendakwa Coco telah mengoda dan merampas suami kepada seorang wanita hamil.
Melalu posting yang dimuat naik, wanita itu mendakwa Coco telah meninggalkan tunangnya setelah lelaki itu menawarkannya RM40,000.
“Bukan betina murah konon, tinggalkan tunang untuk jantan yang offer RM40 ribu. Pastu cakap tunang yang tinggal kau.
“Tolong jangan berlagak suci. Kalau kau bukan perempuan murah, kau takkan goda lelaki dah kahwin untuk duit,” tulisnya.
Pada masa yang sama, posting itu turut mendapat perhatian rakan Coco yang kemudian memaklumkan kepada Coco.
Bagaimanapun, Coco dilihat mempertahankan dirinya dengan membalas komen, “Wow ada bukti? cakap jangan sampai jadi fitnah.”
Sementara itu, seorang netizen bertindak berkongsi gambar Coco bersama seorang lelaki dipercayai suami orang yang dimaksudkan menerusi ruangan komen wanita tersebut.
Dalam pada itu, kami cukup tertarik dengan kapsyen Coco menerusi sebuah gambar yang dimuat naik, semalam.
“Sentiasa ingat, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Jadi jangan salahkan aku. Sikit tak heran jika dia pergi, come on aku king,” tulisnya.
Walauapapun, jika benar dakwaan wanita itu, Coco sudah besar, pandai-pandailah dia fikir apa yang baik untuk dia. Betul tak?
0 comments:
Post a Comment