Saturday, December 17, 2016
Hati2 Semua!!!Mentol ‘Ajaib’ Rakam Video Bogel Wanita
Golongan gila seks mengunakan berbagai cara untuk memuaskan nafsu mereka yang sememangnya pelik dan menakutkan. Para wanita dinasihati berwaspada susulan penjualan kamera intip (spy camera) berbentuk lampu mentol ‘ajaib’ dan rantai kunci bagi merakam video bogel wanita secara sulit di hotel dan tandas.
Kamera intip itu dikesan boleh diperoleh dengan mudah oleh ‘kaki skodeng’ di pasaran pada harga serendah RM50 sehingga RM100.
Golongan lelaki gila seks dikatakan meletakkan kamera intip model baru itu di rumah atau bilik hotel untuk memerangkap mangsa.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, kamera intip itu turut digunakan pihak tertentu untuk memeras ugut dan menindas mangsa.
Dalam kes terbaru, seorang wanita membuat aduan diperas ugut teman lelaki selepas kegiatan seks mereka dirakam tanpa pengetahuannya.
“Mangsa yang mahu memutuskan hubungan sebaliknya diugut suspek yang mahu menyebarkan rakaman video itu di media sosial.
“Tindakan itu menyebabkan mangsa berusia 20-an berasa malu dan tertekan. Dia bimbang ketelanjurannya itu diketahui rakan sepejabat dan keluarga,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Memang tiada siapa menyangka objek menyerupai lampu mentol yang dipasang di dalam bilik itu adalah kamera intip.
“Sehingga kini pihak kami menerima lima aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas dan hotel menggunakan kamera intip sejak tahun lalu,” katanya.
Dia berkata, orang ramai terutamanya wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian itu supaya tidak menjadi mangsa.
Related Posts:
Perempuan Itu Sendiri Kata Tak Kisah Digelar Perampas "Perkahwinan itu bukan mudah. Isteri itu amanah, bukan untuk dipakai buang," Sayu hati mengenang nasib sahabat saya ini. Berat lagi dugaan buat dia… Read More
Rileks brader!! ‘Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!’ – Pemilik bengkel ni layan customer macam sampahSalam, saya nak kongsi pengalaman saya terkena dengan kedai ini petang semalam. Kereta saya tak boleh buka pintu dari dalam bahagian pemandu. Jadi, sa… Read More
Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik!!! – Yeo Abdullah SAYA sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan h… Read More
Foto Remaja Akhir Zaman!! Inilah dia, budak-budak yang masih bersekolah tapi baru nak belajar benda-benda yang bagi mereka cool. Perkara atau fenomena budak-budak baru nak up… Read More
Kantoi!!! Surat Jawapan Isteri Kepada Suami Curang Dengan Janda Pengakuan seorang suami curang dengan janda atas alasa hilang selera kepada isterinya baru-baru ini mengundang jawapan dari pihak isterinya pula. … Read More
0 comments:
Post a Comment