Sunday, November 29, 2015
Kantoi!!! Surat Jawapan Isteri Kepada Suami Curang Dengan Janda
Pengakuan seorang suami curang dengan janda atas alasa hilang selera kepada isterinya baru-baru ini mengundang jawapan dari pihak isterinya pula.
Mah, isteri kepada suami curang turut menulis surat buat suaminya yang curang. Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah.
Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan. Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.
Abang yang dikasihi,
Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang.
Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.
Bagaimana Mah boleh tahu?
Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.
Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa.
Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.
Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.
Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri.
Bye abang.
yang benar,
Mah.
Related Posts:
“Misiku Zana, Terkulai Dalam Pelukan Lelaki Lain” – Suami Kisah ini bukan cerita khayalan atau fiksyen. Ini kisah benar seperti yang diceritakan oleh sumber yang tidak mahu namanya tertera. Sumber meminta … Read More
Hati2!! Isteri ku SYIAH rupanya Okay guys..kena hati-hati lah now ye! mana la tahu nasib korang sama dengan brader dibawah ni..kesian dia. Skali bini dia syiah da…hahaha. Aku pun t… Read More
“Abg tak putus dengan Ratna, abg berkahwin dengan Ratna…” – Suami Curang LEMAH lesu di perbaringan, saya memandang kosong ke dinding wad. Telefon bimbit kejap di tangan. Saya masih berkira-kira sama ada hendak menelefon s… Read More
Inilah Padah Memakai Seluar Ketat sgt!! Pemakaian seluar ketat sering dianggap mengikut trend. Malah ada juga individu yang gemar memakai seluar ketat kerana ingin kelihatan lebih tinggi d… Read More
Remaja Terima Padah Akibat Gemar Amalkan S3ks Bebas Hari ini kami terjumpa satu artikel menarik berkenaan s3ks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku pada remaja perempuan dan remaja lelaki s… Read More
0 comments:
Post a Comment