Thursday, November 26, 2015
Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun??
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.
Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.
Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.
Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.
Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.
“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post.
Related Posts:
Meghan Trainor ‘Comolot’ Ghairah Atas Pentas!!! PASANGAN duet, Meghan Trainor dan Charlie Puth mencetuskan sensasi di kalangan peminat mereka apabila bercium mesra di atas pentas ketika mempersemb… Read More
Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun?? Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Naze… Read More
Emma Maembong Mahu Saman Penulis?? Hanya kerana isu berkaitan Emma Maembong membeli alat ujian kehamilan untuk kakaknya, Yaya Maembong, kini keluarga tersebut akan mengambil tindakan … Read More
Biar betul!!! Emma Maembong Hamil Anak Pertama? Emma Maembong Mengandung Anak Luar Nikah | Pelakon terkenal, Emma Maembong telah disalah anggap oleh pekerja farmasi yang menyangka aktres cantik it… Read More
Al-Fatihah' Yus Jambu Meninggal Dunia! Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yus… Read More
0 comments:
Post a Comment