Monday, November 23, 2015
Isteri Saya Mempunyai Nafsu Pelik!!! – Yeo Abdullah
SAYA sudah berkahwin hampir lapan tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Selama tempoh itu, saya tidak pernah merasai kenikmatan apabila melakukan hubungan kelamin kerana isteri saya langsung tindak memberikan tindak balas. Saya sudah berusaha pelbagai kaedah untuk isteri merasai keseronokan ketika bersama, tetapi amat menghairankan dia jarang menunjukkan reaksi berahinya.
Saya tidak pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berumah tangga kerana sedar hukum zina dalam Islam. Saya hanya mengetahui isteri saya tidak mempunyai dara selepas melakukan hubungan kelamin, tetapi kerana jujur dan ikhlas demi memulakan hidup baru, saya sanggup melupakannya.
Dia juga tidak pernah mengajak saya melakukan hubungan kelamin sejak berkahwin dan pada awalnya saya beranggapan wanita memang bersifat pemalu. Sejak beberapa tahun lalu, saya mengetahui isteri saya berlaku curang dan melakukan zina dengan ramai lelaki dan perempuan.
Isteri saya cukup licik menyimpan rahsia dan berdalih serta mampu berpura-pura seperti menangis terutama apabila ada kaum keluarga di rumah, menyebabkan saya dituduh suka menyakiti hatinya.
Dia juga sanggup meninggalkan anak di rumah semata-mata untuk melepaskan nafsu peliknya. Dia sanggup melakukan hubungan dengan suami orang dan saya mengesyaki dia juga melakukan hubungan kelamin dengan berlainan bangsa, kemungkinan rakan sekerjanya. Saya juga mengesyaki isteri saya seorang l3sbian kerana sering berdua-duaan di rumah kawannya sama ada janda atau isteri orang.
Sehingga tahun ini, sudah hampir 12 kenalan perempuannya yang saya kenali silih berganti setiap tahun. Saya amat kecewa dengan keanehan nafsu peliknya, namun sebagai Muslim saya tidak boleh menuduh dan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti mengikut syarak.
Isteri saya juga sering meninggalkan rumah tanpa kebenaran saya dan biarpun keluarganya tahu, tetapi tidak pernah memaklumkannya kepada saya.
Dia juga mahir dengan pelbagai kaedah ketika melakukan hubungan seks. Perubahan fizikal dan tanda-tanda pada buah dada dan farajnya amat ketara dan keterlaluan sekali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya pernah cuba berbincang dengan keluarganya tetapi sering kecewa kerana mereka tidak mempercayai dan menuduh saya melakukan fitnah. Saya sering menasihatinya dan cuba membuat dia mengaku dan menyesal atas perlakuannya, tetapi saya sering ditengking kerana menuduhnya tanpa bukti.
Saya cuba menekankan nilai-nilai isteri solehah yang berpegang pada akidah serta menguatkan keimanan dengan ajaran Islam yang sejati. Kadangkala isteri saya mendirikan solat tetapi selalu tidak dan bersolat duduk dengan memberikan alasan kakinya sakit dan sering solat di penghujung waktu dan memberi alasan, senang solat dua waktu sekali.
Saya cuba membabitkan diri kami dengan kegiatan di masjid bagi mendidiknya solat pada waktunya, tetapi akhirnya saya dituduh berpura-pura. Rakannya sama ada lelaki atau perempuan sering mengelak kerana tidak mahu terbabit dengan permasalahan rumah tangga orang.
Saya sedih dengan keadaan yang menimpa, lebih-lebih lagi memikirkan masa depan anak-anak yang mempunyai seorang ibu sedemikian rupa.
Bagaimanakah pengaruh yang akan dibawanya nanti? Bagaimanapun, saya simpati dengannya, tiadakah sedikit ruang cahaya Ilahi di hatinya sehingga sanggup menuruti nafsu peliknya semata-mata?
Setiap kali solat, saya iringi doa semoga ada insan yang mampu menolong saya serta anak-anak dan semoga dilimpahi rahmat Ilahi kepada isteri saya pada suatu hari nanti. Apakah yang perlu saya lakukan?
YEO ABDULLAH,
Padang Besar, Perlis.
Related Posts:
Jawapan Dr MAZA Mengenai Isu Keharusan Suami R0g0l Isteri? Isu r0g0l suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut; 1. Islam mewajibkan sua… Read More
PEMAKAIAN KIMONO SEBAHAGIAN WANITA JEPUN YANG MENCETUS KONTROVERSI!! PEMAKAIAN KIMONO SEBAHAGIAN WANITA JEPUN YANG MENCETUS KONTROVERSI | Jepun saat ini memang boleh dikatakan telah mengalami krisis identiti nilai-nil… Read More
[Gambar] Remaja Cun Selfie 'Berani Mati' Mula Menjadi Viral Dilaman Sosial! Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, co***** ditanggalkan dan kamera … Read More
Nak tahu!! 10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tid… Read More
PADAH..!! Gadis pakai terlalu S3KSI di tempat awam!! Gadis merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja be… Read More
0 comments:
Post a Comment