Monday, December 7, 2015
Rileks brader!! ‘Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!’ – Pemilik bengkel ni layan customer macam sampah
Salam, saya nak kongsi pengalaman saya terkena dengan kedai ini petang semalam.
Kereta saya tak boleh buka pintu dari dalam bahagian pemandu. Jadi, saya pergi bawa kereta untuk diperiksa di Hoikeen Padang Lalang. Mereka buka cover sebelah dalam pintu itu dan mendapati kabel terputus. Nak baiki, memang tak ada alat ganti dan kena ambil masa seminggu. Lama sangat, jadi saya ambil keputusan untuk pergi cari di kedai lain.
Saya pergi ke kedai ini di Jalan Beserah. Saya tanya pekerja Melayu sama ada dia boleh baiki tak kabel terputus itu. Katanya, dia boleh buat. Jadi saya tanya berapa harganya terlebih dahulu, namun dia kata kena buka dan tengok dulu.
Baiklah, saya akur. Seketika kemudian dia memaklumkan bahawa memang sah kabel terputus.
'Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!' - Pemilik bengkel ni layan customer macam sampah
‘Selagi kau tak bayar, jangan harap dapat kunci kereta ni!’ – Pemilik bengkel ni layan customer macam sampah
Bila dia dah buka dan memaklumkan kepada saya yang kabel terputus, ya saya memang tahu. Dia pergi bertanya pada majikan dia berapa harga untuk semua itu. Kembalinya dia berkata harganya adalah RM80. Di Hoikeen tadi, upah dengan sekali pasang dalam RM50. Saya cuba minta kurangkan harga sikit tetapi mereka enggan berbuat demikian.
Saya rasa macam agak jauh juga beza harga itu. Jadi saya ambil keputusan untuk cuba pergi ke kedai lain pula.
Tiba-tiba majikan dia marah.
“Tak nak bayar takpe, bayar RM35 upah check!” katanya.
“Susah sangat ke nak check sampai kena charge RM35 sedangkan saya dah beritahu berapa nak ganti kabel terputus dan saya datang sini nak tahu berapa harganya saja dulu,” balas saya.
Tiba-tiba lelaki itu naik hantu dan menyuruh pekerjanya tadi mengambil kunci kereta saya.
“Ambil kunci kereta dia. Jangan bagi pada dia sekali dia tak mahu bayar!” katanya.
Namun pekerjanya tidak berbuat demikian menyebabkan lelaki itu bangun sendiri dan pergi mengambil kunci kereta saya yang disimpan dalam laci dia.
“Jangan harap dapat kereta kalau tak nak bayar!” katanya.
Allahuakbar. Apalah daya saya seorang diri, perempuan pula. Tak nak panjangkan cerita, saya suruh dia baiki. Lantak dialah nak charge berapa sebab saya tak kuasa nak berada lama di situ. Sudahlah layanan yang diberikan macam sampah. Siap ugut-ugut lagi.
Tunggu punya tunggu, tak tahu berapa lama pekerja dia ambil stok kabel itu. Di stor mana entahlah. Lebih 30 minit menunggu, masih juga tak sampai menyebabkan saya sudah panas hati.
“Kenapa lama sangat?” tanya saya pada pemilik bengkel itu.
“Eh?! You nak dia mati ke bawa kereta laju-laju? Kalau dia mati, you nak tanggung ke?!” Datang kedai kereta mesti kena tunggu lama. You jangan datang sini mau buat kacau di kedai saya!” jeritnya.
Saya dah sebak. Apalah salah saya pada dia ini? Hanya mampu istighfar di dalam hati saja. Mata dah bergenang dan tidak tahu nak minta tolong dari siapa sebab suami tiada di Kuantan, outstation. Saya diam dan menunggu saja. Tak nak tanya apa-apa lagi dah sambil bergenang air mata di tepi kedai.
Bila sudah siap dan sebelum balik, saya sempat berpesan pada pekerja Melayu itu.
“Lain kali kalau nak check pun kena charge berapa, beritahulah awal-awal. Sedangkan sebelum awak check, saya dah cakap nak tahu harga kos berapa sebelum buat. Tolong jangan aniaya orang lain pula. Kalau awa ada di tempat saya hari ini, awak mesti rasa benda yang sama. Tak apalah, Allah ada,” kata saya sebelum terus balik dan menerima dugaan ini dengan hati yang tenang.
Saya hanya mahu berkongsi supaya tiada yang terkena seperti saya yang diugut, diherdik dan dimalukan seperti itu. Apa pun saya bersyukur Allah lindungi saya dari perkara yang tidak diingini semalam. Moga kawan-kawan yang lain lebih berhati-hati. – Ema Nazar
Ditulis semula untuk siaran.
Sumber : THEHYPEMEDIA.COM
Related Posts:
Sampai Hati Abang Duakan Tia Dengan Pekerja!!! BUKAN niat untuk mendedahkan demi simpati atau mengaibkan diri sendiri dan keluarga apatah lagi bekas suami. Kisah ini saya imbau demi iktibar dan p… Read More
Akhir Zaman' Gadis Bangga Tayang Tidur Atas Katil Dengan BF Dalam Facebook Foto mesra dua remaja berciuman sambil p@yudara diramas beredar di Facebook dan menuai reaksi pelbagai daripada netizen. Dalam foto itu terlihat se… Read More
“Misiku Zana, Terkulai Dalam Pelukan Lelaki Lain” – Suami Kisah ini bukan cerita khayalan atau fiksyen. Ini kisah benar seperti yang diceritakan oleh sumber yang tidak mahu namanya tertera. Sumber meminta … Read More
Inilah Padah Memakai Seluar Ketat sgt!! Pemakaian seluar ketat sering dianggap mengikut trend. Malah ada juga individu yang gemar memakai seluar ketat kerana ingin kelihatan lebih tinggi d… Read More
Remaja Terima Padah Akibat Gemar Amalkan S3ks Bebas Hari ini kami terjumpa satu artikel menarik berkenaan s3ks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang berlaku pada remaja perempuan dan remaja lelaki s… Read More
0 comments:
Post a Comment